omniture

Teknologi Gergasi Terkini Diperkenal - Honor 6X

Oleh Honor dan Rakan Kongsi Globalnya
Honor
2017-01-11 00:34 1002

LAS VEGAS, 11 Januari 2017 /PRNewswire/ - Honor, telefon pintar e-jenama terkemuka di bawah Kumpulan Huawei , menperkenalkan teknologi gergasinya yang terbaharu - Honor 6X di CES 2017, menampilkan pelbagai ciri-ciri premium seperti kamera belakang dwilensa, bateri tahan lama dan prestasi yang kukuh. Kemunculan sulung Honor 6X menandakan satu lagi tahun pertumbuhan pesat dan kemakmuran Honor. Memasuki tahun 2017, Honor telah mengumumkan siri kolaborasi strategik dengan rakan kongsi global yang juga  berasaskan internet dan didefinasikan  oleh dorongan produk, perkhidmatan dan model perniagaan milenia mereka.

Honor - membina masa depan bersama rakan kongsi kami
Honor - membina masa depan bersama rakan kongsi kami

Rakan kongsi digital global Honor bagi 2017 meliputi bidang muzik, berita, alat-alatan dan permainan. Langkah untuk mengembangkan peluasan dalam internet dan ekosistem berasaskan aplikasi ialah satu lagi langkah berani Honor untuk menyelami era baru penciptaan bersama ,  pengalaman yang menyeronokkan yang direka untuk generasi milenia.

Encik George Zhao, Presiden Honor, berkata: "Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan kongsi kami di seluruh dunia. Kami percaya bahawa perkongsian menang-menang yang telah kami wujudkan, menghasilkan sinergi bagi kebanyakan syarikat untuk mencapai hasil yang luar biasa dalam perniagaan yang mana ia tidak boleh dicapai dengan keupayaan bersendirian, pada masa yang sama menawarkan pengalaman internet mudah alih yang lebih baik bagi pengguna digital natif untuk menangani keperluan dan keutamaan mereka yang sering berubah. Pencapaian yang dihasilkan daripada perkongsian yang meluas ini mengesahkan motto Honor 6X yang merangkumi: 'Ganda atau Tiada'! "

Ciri-ciri Utama Honor 6X

Honor 6X beroperasi menggunakan SoC Kirin dengan CPU teras-okta dan memiliki paparan HD penuh 5.5 inci (1920*1080p) dengan kaca lengkung 2.5D. Jurufoto yang serius pasti akan tertarik dengan kamera dwi lensa 12MP + 2MP baharu dengan mod tangkapan yang pelbagai, manakala beberapa kejutan kecil dalam bentuk fungsian baharu termasuk: skrin pisah, skrin skrol, mod peningkatan video dan mata selesa dan 3,340 mAh hayat bateri. Kesemua ini, dan beberapa peningkatan lain dalam prestasi, kamera, paparan dan keseluruhan pengalaman pengguna dilaksanakan bagi membolehkan golongan milenia menikmati dunia muzik, permainan dan wayang.

Sorotan Utama Perkongsian Global Honor

Gameloft

Sebagai sebahagian daripada pelancaran Honor 5X pada Mei 2016, Honor bekerjasama dengan Gameloft, peneraju dalam pembangunan dan penerbitan permainan mudah alih, untuk melancarkan kempen yang menarik: Piala  Honor Asphalt 8. Cabaran membolehkan para pemain di seluruh Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing satu sama satu untuk komuniti Honor dan Gameloft dalam permainan mudah alih yang popular, Asphalt 8: Airborne. Lanjutan daripada kejayaan kerjasama Honor 8, tiga permainan Gameloft juga akan dimuatkan dalam Honor 6X terbaharu.

AccuWeather

AccuWeather akan menyediakan Honor 6X dengan wiget yang dikuasakan oleh AccuWeather dan maklumat cuaca terperinci yang akan menyediakan pengguna keadaan cuaca global masa sebenar dengan Ketepatan Unggul berserta ramalan 5 hari dan setiap jam.

Santa Claus's War of Honor Kika

Untuk meraikan pelancaran Honor 6X pada musim perayaan, Honor berganding bahu dengan Kika, pembangun kreatif teknologi inovatif yang menyokong ungkapan pengguna melalui aplikasi papan kekunci generasi akan datang, untuk mencipta permainan, Santa Claus's War of Honor, di mana pemenang mempunyai peluang untuk memenangi Honor 6X atau kad hadiah Kika.

Peraduan Muzik JAM Honor

Demi memperkasakan generasi milenia untuk memupuk seni dalam diri mereka dan mencipta muzik sendiri pada mana-mana telefon pintar, Honor telah bekerjasama dengan pembuat muzik, JAM. Kerjasama ini akan menyaksikan kedua-dua jenama menganjurkan Peraduan Muzik Global Double or Nothing, yang mengajak milenia di seluruh dunia untuk menyerlahkan kreativiti muzik mereka dan menghasilkan hasil muzik menggunakan aplikasi Jam yang baharu dengan unsur-unsur Honor.

Latar Belakang Honor

Honor adalah telefon pintar e-jenama terkemuka di bawah Kumpulan Huawei. Selaras dengan slogan, "Untuk Yang Berani", jenama ini telah dicipta untuk memenuhi keperluan pengguna digital natif menerusi produk internet yang dioptimumkan bagi menawarkan pengalaman unggul pengguna, memberi inspirasi kepada tindakan, menggalakkan kreativiti dan memperkasakan anak muda untuk mencapai impian mereka. Dalam usaha ini, Honor mengungguli dengan mempamerkan keberaniannya melakukan sesuatu yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawakan teknologi dan inovasi terkini kepada para pelanggannya.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170109/0861700285

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Wireless Communications New products/services Trade show news