omniture

Tablet Pen yang Berfungsi Mengikut Cara Anda: Wacom Intuos Pro Baharu

Bagi kebanyakan seniman dan pereka, ekspresi kreatif bermula pada helaian kertas dengan bantuan pensel, pen atau berus kegemaran. Hanya setelah memulakan konsep mereka pada kertas dan mengimbas hasilnya, barulah artis dan pereka bekerja menggunakan komputer dan memulakan aliran kerja digital mereka. Namun begitu, bagaimana sekiranya seseorang itu boleh melangkau langkah pengimbasan dan mempunyai versi lakaran menggunakan dakwat digital yang membolehkan penyuntingan dibuat, tersedia hanya dengan sentuhan butang yang mempunyai kelebihan memperbaiki dan melengkapkan lakaran sesudah itu, menerusi pengalaman tablet pen paling semula jadi daripada Wacom? Alami Wacom Intuos Pro Edisi Kertas baharu - Tablet pen yang berfungsi mengikut cara anda.
Wacom
2017-01-11 10:06 1184

SINGAPURA, 11 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Wacom mempersembahkan Intuos Pro dan Intuos Pro Paper Edition (Edisi Kertas) baharu dengan tablet pen dan sentuhan kepada komuniti global dan produk-produk ini akan diperkenalkan buat pertama kali di acara ShowStoppers sempena CES pada 5 Januari, bermula jam 6 Petang hingga 10 Malam, bertempat di Wynn Hotel, Las Vegas, Nevada. Intuos Pro generasi baharu ini menyediakan pelbagai ciri dan faedah baharu untuk artis, pereka dan jurugambar yang menginginkan yang terbaik daripada instrumen kreatif mereka. Pro Pen 2 baharu pula memberikan pengalaman kreatif menyeluruh dengan ciri peka tekanan dan ketepatan yang dipertingkat, namun Intuos Pro Paper Edition baharulah produk yang benar-benar menonjol, memberikan pengguna kebolehan untuk menggunakan kertas dalam aliran kerja kreatif mereka. Lukisan dakwat-pada-kertas dirakam dan disimpan secara digital pada Intuos Pro Edisi Kertas dan boleh diperbaiki selanjutnya pada tablet menggunakan sebarang aplikasi perisian raster atau vektor berlapis yang serasi. Anda tidak perlu lagi membuat imbasan yang renyah dan memakan masa.

Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_201701.shtml

 

 

Intuos Pro sederhana
Intuos Pro sederhana

 

Intuos Pro besar
Intuos Pro besar

 

Intuos Pro Paper Edition sederhana
Intuos Pro Paper Edition sederhana

 

Intuos Pro Paper Edition besar
Intuos Pro Paper Edition besar

"Kami sedia maklum bahawa ia suatu yang mencabar untuk menghidupkan idea apabila instrumen yang digunakan kekurangan keupayaan untuk merungkai potensi minda-minda kreatif dengan mudah," kata Masahiko Yamada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Wacom. "Itulah yang dilakukan oleh Intuos Pro baharu. Ia memberikan cara untuk memulakan proses kreatif dengan membuat penyesuaian kepada sebarang aliran kerja agar pengguna berasa diperkasa dan diberi upaya ketika mereka begitu bersemangat mewujudkan dunia yang lebih kreatif."

Rangkaian produk tablet pen dan sentuhan Intuos Pro terhasil daripada maklum balas pengguna, dengan tumpuan khusus diberikan kepada kepentingan yang dimainkan oleh kertas dalam proses kreatif dan kemahuan untuk mempunyai hubungan lancar dengan elemen digital dalam aliran kerja kreatif. Intuos Pro Paper Edition mempunyai semua ciri hebat yang sama seperti mana Intuos Pro, namun model Edisi Kertas ini menambah fungsi Klip Kertas (untuk melampirkan kertas lukisan kegemaran artis), pen dakwat gel Hujung Halus yang peka tekanan dan Aplikasi Inkspace Wacom untuk menukar lukisan agar dapat digunakan bersama aplikasi perisian kreatif utama. Kemudahan Aplikasi Inkspace juga membolehkan pengguna menyimpan dan berkongsi hasil kerja mereka dalam Wacom Cloud.

Reka Bentuk Nipis dan Fungsi Canggih

Dengan ketebalan kurang daripada setengah inci, Intuos Pro generasi seterusnya ini merupakan produk paling nipis yang seumpamanya dan lebih kompak berbanding versi terdahulu, memberikan kawasan aktif bersaiz yang sama dalam ruang keseluruhan yang lebih kecil. Intuos Pro hanya menempati ruang meja yang amat kecil dan mudah dibawa di dalam beg sandang atau beg komputer riba untuk perjalanan harian mahupun lawatan kerja. Ia dilengkapi dengan sokongan aluminium teranod, pemegang pen bersaiz lebih kecil dengan 10 mata pen dan bekas menyimpan pen baharu. Kedua-dua saiz Intuos Pro, iaitu Sederhana dan Besar menggunakan TouchRing, ciri Berbilang Sentuh dan lapan ExpressKeys™ bagi mewujudkan jalan pintas tersuai untuk mempercepat aliran kerja kreatif.

"Wacom berdedikasi untuk membantu para artis memanfaatkan inspirasi dan menyimpan idea," tambah Masahiko Yamada. "Menerusi Intuos Pro dan Intuos Pro Paper Edition, golongan profesional kreatif berpeluang mengembangkan idea-idea mereka dengan mudah, bermula daripada inspirasi, menjadi ekspresi yang memberikan impak."

Teknologi Pen Terunggul

Wacom Pro Pen 2 baharu didatangkan dengan Intuos Pro dan Intuos Pro Paper Edition demi memberikan pengalaman pen Wacom terbaik setakat ini. Pro Pen 2 memberikan tahap peka tekanan sebanyak empat kali ganda berbanding Pro Pen terdahulu, menyediakan 8,192 tahap tekanan bagi menyokong proses kreatif yang semula jadi dan intuitif.

Pen Hujung Halus Wacom yang baru dilancarkan, turut tersedia bersama Intuos Pro Paper Edition, selain menyediakan dakwat gel yang lancar dan ketepatan yang tiada tandingan. Direka buat mereka yang memulakan proses kreatif pada helaian kertas, Pen Hujung Halus ini membolehkan pengguna menggambarkan idea-idea secara visual yang ditukar kepada format digital secara automatik. Pengguna juga boleh memilih Pen Mata Bulat sebagai pembelian pilihan.

Konfigurasi, Harga dan Ketersediaan Produk

Tersedia dalam model bersaiz Sederhana dan Besar, Intuos Pro mempunyai fungsi Bluetooth dan serasi dengan komputer Mac dan komputer peribadi (PC). Intuos Pro didatangkan dengan Wacom Pro Pen 2, pemegang pen dan menampilkan lapan ExpressKeys™, TouchRing serta kawalan gerakan berbilang sentuhan. Intuos Pro Saiz Sederhana ($349.90 USD) dan Besar ($499.90 USD) akan mula dijual pada Januari ini.

Intuos Pro Paper Edition akan mengandungi ciri-ciri tambahan sebagai pakej tergabung bagi membolehkan penciptaan kertas-kepada-digital. Intuos Pro Edisi Kertas Saiz Sederhana ($399.90 USD) dan Besar ($549.90 USD) akan mula dijual pada Januari ini.

Rangkaian produk Intuos Pro telah lama menjadi bahagian penting untuk program-program Kesenian, Reka Bentuk dan Fotografi di seluruh dunia. Keupayaan unik pada Intuos Pro Paper Edition dapat membantu pelajar menguasai kemahiran melukis tradisional pen kepada kertas dan juga penciptaan kandungan digital 2D dan 3D yang menyeluruh. Bagi mendapatkan maklumat tentang harga untuk tujuan Pendidikan, fakulti-fakulti yang layak, pihak kolej dan universiti boleh menghubungi pejabat jualan Wacom di kawasan setempat mereka

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpangkalan di Jepun (Bursa Saham Tokyo: 6727) yang mempunyai beberapa subsidiari dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk lebih mengeratkan antara manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta sebilangan seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama mereka kepada syarikat dan pengguna di kediaman bagi mengekspresi personaliti mereka. Sila layari www.wacom.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Daphne Tan
Pengurus Pemasaran Saluran (S.E.A)
(+65) 6258 8640
creative.mktg@wacom.com.sg

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201701/wacom/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161229/8521608402-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161229/8521608402-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161229/8521608402-c 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161229/8521608402-d 

Source: Wacom
Related Stocks:
OTC:WACMY Tokyo:6727
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components New products/services