SINGAPURA, 11 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Sempena Pameran Elektronik Pengguna (Consumer Electronics Show), Wacom memperkenalkan produk terkini dalam rangkaian pad pintar Bamboo: Bamboo Folio saiz kecil.
Untuk melihat siaran media penuh, sila klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_bamboo_201701.shtml
"Pad pintar Bamboo kami dihasilkan agar sesuai secara alami untuk sebarang aliran kerja, menggabungkan kemudahan penulisan secara semula jadi menggunakan pen dan kertas menerusi teknologi digital untuk mengubah pemikiran menjadi idea," kata Mike Gay, naib presiden kanan, Unit Perniagaan Pengguna Wacom. "Bamboo Folio kecil menyediakan penyelesaian aktif buat mereka yang ingin mengatur dan melindungi idea-idea berharga tatkala mereka membawakan idea-idea tersebut daripada kertas ke awan – sama ada di rumah, sekolah mahupun di tempat kerja."
Bentuk menepati fungsi untuk pengambilan nota & penjanaan idea aktif
Bamboo Folio kecil baharu ini membolehkan pengguna menukar nota tulisan tangan atau lakaran mereka kepada fail digital hanya dengan menekan butang. Ia menampilkan teknologi Wacom yang sama seperti Bamboo Slate dan Folio besar yang dilancarkan baru-baru ini. Aplikasi Inkspace Wacom dan perkhidmatan awan bersepadu menawarkan fungsi penyuntingan dan akses mudah di mana-mana jua.
Bamboo Folio kecil menyediakan satu lagi faedah tambahan buat mereka yang ingin memindahkan nota serta idea mereka dengan mudah dan selamat. Penutup kelabu bertekstur dapat memastikan semuanya tersimpan dengan baik dan memberi perlindungan bergaya untuk mana-mana kertas bersaiz separuh surat (A5).
Ia juga amat ideal untuk pengambil nota dan pencipta idea yang sentiasa aktif – sama ada pengembara perniagaan yang memerlukan pad nota profesional untuk menyimpan serta mengatur nota dan idea ketika mesyuarat; pelajar yang mencatat dan menyimpan nota kelas, sesi belajar dan di rumah; mahupun guru yang perlu merekod dan melindungi rancangan pengajaran mereka yang bernilai.
Jadilah teratur dan kekal teratur
Pad pintar Bamboo memberi ketenangan minda agar anda tidak perlu lagi bimbang akan kehilangan idea yang bagus. Simpan dan susun nota-nota dalam Inkspace Wacom atau pindahkannya dengan mudah ke Dropbox, Evernote atau OneNote daripada telefon pintar. Fail-fail juga boleh disimpan setempat (sehingga 100 halaman) dalam Bamboo Folio. Kedua-dua versi Bamboo Folio menyediakan penutup bersepadu dengan slot tambahan untuk kad perniagaan dan dokumen lain untuk pengaturan tambahan.
Setelah nota tulisan tangan ditukar kepada fail digital, pengguna boleh memuat turun aplikasi Bamboo Paper untuk mengetengahkan nota dengan mudah untuk mengulang kaji bersama rakan sekelas atau menambah catatan pada pembentangan. Menerusi langganan berbayar Wacom Inkspace Plus, pengguna juga dapat menukar imej kepada fail vektor dan berkolaborasi dalam mod masa sebenar, agar rakan-rakan dan rakan sejawat dapat melihat idea dihidupkan secara jarak jauh ketika dilakarkan pada kertas.
Tahun Baharu, Anda yang Baharu: Tingkatkan Produktiviti
Usaha mencapai resolusi Tahun Baharu tidak pernah semudah ini. Cetuskan idea, rancang lebih awal, selesaikan tugas-tugas anda dan pantau kemajuan anda. Menerusi pad pintar Bamboo, anda berpeluang menjimatkan masa serta mampu meningkatkan produktiviti anda.
Untuk mendapatkan tip-tip tambahan tentang produktiviti yang baik, layari: http://bit.ly/2isdDbY
Harga dan ketersediaan produk
Bamboo Folio kecil baharu ini sedia dibeli secara dalam talian daripada Wacom Estore dan outlet runcit terpilih bermula pada harga $149.95 USD.
Aplikasi Inkspace Wacom untuk iOS dan Android boleh dimuat turun secara percuma daripada gedung aplikasi masing-masing. Langganan untuk perkhidmatan awan Inkspace Basic adalah percuma, tetapi memerlukan ID Wacom percuma. Langganan Inkspace Plus lanjutan tersedia melalui Wacom Marketplace untuk tempoh tiga bulan secara percuma, dan kemudian berharga hanya $2.99 USD setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang Bamboo Slate, Bamboo Folio (saiz kecil dan besar) serta Inkspace, sila kunjungi halaman berikut:
Bamboo Slate: http://www.wacom.com/en-sg/products/smartpads/bamboo-slate
Bamboo Folio: http://www.wacom.com/en-sg/products/smartpads/bamboo-folio
Inkspace: http://www.wacom.com/en-sg/products/apps-services/inkspace
Blog Bamboo: http://bamboo.wacom.com/mindful-productivity/have-a-productive-day/
Latar Belakang Wacom
Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat global yang berpangkalan di Jepun (Bursa Saham Tokyo: 6727) yang mempunyai beberapa subsidiari dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk lebih mengeratkan antara manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta sebilangan seni digital, filem, kesan khas, fesyen dan rekaan paling menarik di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama mereka kepada syarikat dan pengguna di kediaman bagi mengekspresikan personaliti mereka. Sila layari www.wacom.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Maklumat perhubungan media:
Daphne Tan
Pengurus Pemasaran Saluran (S.E.A)
Wacom Singapore Pte. Ltd.
T: (+65) 6258 8640
E: creative.mktg@wacom.com.sg
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201701/wacom_bamboo/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521608436-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521608436-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521608436-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521608436-d