omniture

OrbusNeich Meluaskan Portfolio Dengan Generasi Baharu Belon Scoring Koronari

OrbusNeich
2017-01-11 18:00 708

HONG KONG, 11 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Pelancaran ScoreflexNC memenuhi keperluan pakar kardiologi terhadap belon scoring tidak berkompromi untuk lesi yang lebih tegar  

OrbusNeich, sebuah syarikat global berkepakaran dalam pembekalan penyelesaian vaskular yang mengubah kehidupan, telah melancarkan Scoreflex NC, satu belon scoring tidak berkompromi untuk menyasarkan lesi yang lebih tegar.  Unik dalam pasaran, Scoreflex NC adalah satu sistem belon wayar-duaan berdaya fokus yang dibina untuk membantu modifikasi plak terkawal dengan kukuh dan tepat. Untuk membantu pakar kardiologi menguruskan kes-kes yang semakin kompleks, Scoreflex NC dilengkapi dengan rekabentuk baharu yang terdiri daripada bahan yang lebih lasak untuk menangani lesi yang tegar dan terkalsifikasi, sambil mengekalkan profil penyilangan paling rendah bagi kategori peranti angioplasti berdaya fokus.

Ciri utama pada Scoreflex NC termasuklah rekaan logam sepenuhnya dari hab ke hujung, memberikannya kebolehtujahan yang cemerlang, Hujung Tiga-Zon untuk penyilangan lesi yang lancar dan lapisan berpelincir untuk mengurangkan geseran. Ianya disyorkan untuk penyediaan lesi, lesi ostium, lesi terkalsifikasi dan fibriotik, penyakit resap lama dan restenosis dalam-stent.

"Penawaran Scoreflex kami sekarang adalah salah satu daripada produk yang paling pantas berkembang dalam portfolio belon kami untuk memenuhi keperluan penyediaan lesi yang lebih baik. Pasaran kini memerlukan versi tidak berkompromi bagi peranti ini, jadi kami berbangga kerana dapat memenuhi permintaan ini dengan menghasilkan satu produk melalui pelbagai penambahbaikan rekabentuk asal," kata David Chen, Pengerusi OrbusNeich. "Kami menjangkakan Scoreflex NC akan menjadi peranti yang tidak ternilai dalam kit peralatan setiap pakar kardiologi untuk membantu menangani kerumitan lesi tegar dan terkalsifikasi."

Pengenalan Scoreflex NC berturutan daripada pengembangan portfolio OrbusNeich bagi merawat penyakit periferal awal tahun ini. Belon PTA JADE™ dan Scoreflex™ adalah peranti pertama syarikat OrbusNeich untuk intervensi anggota badan bahagian bawah dan fistula arteriovena (AV).

OrbusNeich adalah peneraju dalam rawatan penyakit koronari dengan Sten Dwi-Terapi COMBO yang inovatif dan pertama yang mempercepatkan liputan endotelial dan mengawal pengembangbiakan neo-intimal melalui kombinasi Teknologi Pro-Penyembuhan yang terbukti berkesan bersama dengan ubatan abluminal sirolimus yang dibekalkan daripada polimer bio-resap yang akan terurai sepenuhnya dalam masa 90 hari.

Latar Belakang OrbusNeich – Perintis Teknologi yang Merubah Kehidupan

OrbusNeich ialah perintis global dalam pembekalan penyelesaian vaskular yang mengubah kehidupan dan menawarkan portfolio produk luas menjadi penanda aras dalam industri intervensi vaskular. Produk terkini ialah Sten Dwi-Terapi pertama dunia COMBO, dan stent pro-pemulihan pertama dunia, Sten Genous™. Produk lain termasuklah sten dan belon yang dipasarkan di bawah nama Azule™, Scoreflex™, Sapphire™ II, Sapphire™ II PRO dan Sapphire™ II NC. OrbusNeich beribupejabat di Hong Kong dan beroperasi di Shenzhen, China; Fort Lauderdale, Florida, AS.; Hoevelaken, Belanda; dan Tokyo, Jepun. OrbusNeich membekalkan peranti perubatan kepada para doktor di lebih daripada 60 negara. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.OrbusNeich.com.

Sumber: OrbusNeich

Source: OrbusNeich
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services