omniture

Dana GCI Kuang-Chi USD 250J Baharu Fokus Peluang Teknologi Israel

Syarikat-syarikat Portfolio Dapat Manfaat daripada Kolaborasi dengan Pemimpin Teknologi China
KuangChi Science Holdings Limited
2017-01-12 15:54 759

TEL AVIV, Israel, 12 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Kuang-Chi Group, sebuah konglomerat teknologi berpangkalan di Shenzhen, hari ini mengumumkan pelancaran Dana II Komuniti Inovasi Global (GCI) dan pembukaan Ibu Pejabat Inovasi Antarabangsanya yang berpangkalan di Israel. Selaku dana Cina yang pertama seumpamanya, Dana GCI menyasarkan syarikat-syarikat yang ingin menjalin kerjasama dengan firma-firma Cina tempatan bagi menembusi pasaran domestik mereka. Dana II GCI akan melabur sebanyak US$250 juta dalam syarikat-syarikat teknologi global yang aktif dalam bidang-bidang: bandar pintar/kediaman pintar, IoT, kepintaran buatan, VR/AR dan robotik, serta disokong oleh inkubator baharu yang berpangkalan di China, ditubuhkan oleh Kuang-Chi bagi tujuan membantu membawa syarikat-syarikat portfolionya ke dalam pasaran Cina.

Dr. RuopengLiu, Pengerusi Kuang-Chi, berkata: "Kami dapat menggunakan Dana I GCI sebanyak US$50 juta dengan pantas terhadap syarikat-syarikat luar biasa yang beroperasi dalam sektor-sektor yang kami arif tentangnya dan kami ingin meneruskan momentum ini menerusi Dana II." "Dengan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Israel, kami telah mengenal pasti banyak peluang untuk mengembangkan portfolio kami dan menganugerahkan mandat strategik dan kewangan yang diperluas kepada pasukan pelaburan bersama kami."

Dorian Barak, pelabur veteran usaha sama Israel dan kini merupakan Pegawai Strategi Global Kuang-Chi, menyatakan bahawa pelaburan oleh Dana GCI "mewujudkan peluang-peluang unik untuk syarikat-syarikat baharu, khususnya syarikat-syarikat dari Israel." "China merupakan pasaran yang semulajadi untuk firma-firma Israel yang membangunkan teknologi dalam bidang-bidang termasuk bandar pintar, visi komputer, kediaman terhubung, kepintaran buatan dan robotik," kata beliau.

Dana I GCI ditubuhkan pada tahun 2016, dan kini mempunyai pegangan dalam beberapa syarikat Israel, termasuk: pelopor visi komputer eyeSight; pembangun analitik suara Beyond Verbal; dan penyedia kepintaran dan analitik video AgentVi. Dana ini turut melabur dalam penginovasi pengesahan biometrik Norway Zwipe, dan syarikat penerbangan Kanada SkyX.

Terdahulu, Kuang-Chi telah bertapak kukuh dalam sektor penerbangan menerusi pelaburan yang dibuat dalam syarikat yang berpangkalan di Kanada, SolarShip dan Martin Jetpack Australia. Dalam sektor telekomunikasi pula, syarikat membuat pelaburan besar terhadap pembekal perkhidmatan telekomunikasi Asia Tenggara, Hyalroute.

Yangyang Zhang, pengasas bersama Kuang-Chi dan Ketua Pegawai Eksekutif KuangChi Science, ahli gabungan Kuang-Chi Group yang tersenarai di Hong Kong berkata, "Kami telah mencapai kejayaan demi kejayaan di Israel dan saya berbesar hati dengan kadar kemajuan cemerlang kami yang ditunjukkan menerusi pelaburan terkini kami yang dibuat dalam eyeSight, AgentVi dan Beyond Verbal," kata beliau.

Dalam tempoh enam bulan pelaburannya, Kuang-Chi dan eyeSight bersama-sama membina pasukan tempatan di China untuk menyediakan pasaran dengan penyelesaian visi komputer terbenam paling canggih yang tersedia masa kini. Pada bulan Disember, Beyond Verbal menandatangani perjanjian kerjasama pertamanya di China, dengan Hospital Gabungan Kedua Zhejiang University School of Medicine di Hangzhou.

Menurut Liu, "Syarikat-syarikat portfolio GCI akan berkongsi akses teknologi canggih termasuk lebih 2,000 paten dan penyelidikan & pembangunan (R&D) dari serata dunia. Setiap pelaburan ini disertai dengan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka di China dan mengukuhkan hubungan dengan para pemimpin pasaran global merentasi pelbagai industri."

Ditubuhkan pada tahun 2010 dengan pasukan seramai lima orang, Kuang-Chi menubuhkan Komuniti Inovasi Global yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan di 18 negara dan rantau yang dikhususkan untuk inovasi disruptif dan pelaburan utama dalam sektor-sektor teknologi canggih termasuk komunikasi, bahan meta dan teknologi angkasa. Syarikat subsidiari Kuang-Chi, KuangChi Science Limited (00439.HK) menumpu pada perkembangan teknologi masa depan. Kumpulan ini turut beroperasi menerusi Zhejiang Longsheng (002625.SZ) yang didagangkan di Shenzhen dan Martin Aircraft Company (ASX: MJP), selain institusi-institusi penyelidikan dan syarikat-syarikat swasta.

Hubungi: yuyan.liu@kuang-chi.com

 

 

Source: KuangChi Science Holdings Limited
Related Stocks:
HongKong:0439
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Corporate Expansion Financing agreements New products/services