BAD ZURZACH, Switzerland, 12 Januari 2017 /PRNewswire/ --
Kempen Global Baharu, Penggambaran Oleh Selebriti dan Jurugambar Fesyen Terkenal Rankin
Mendorong Wanita untuk 'Mencari Satu Yang Paling Sesuai Untuk Setiap Wanita'
Triumph begitu teruja untuk mengumumkan pelancaran kempen Musim Bunga/Musim Panas '17 global yang baharu, 'Mencari Satu Yang Paling Sesuai Untuk Setiap Wanita'. Dibintangi oleh model dan usahawan antarabangsa, Jessica Hart dan penggambaran dilakukan oleh jurugambar fesyen terkenal Rankin, kempen yang bertenaga ini menandakan satu hala tuju kreatif baharu yang menarik untuk jenama Triumph.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7968351-jessica-hart-triumph-lingerie-campaign
Kempen ATL Musim Bunga/ Panas '17 oleh Triumph meraikan 'Setiap Wanita', iaitu sebuah kisah tentang wanita moden dan pelbagai sisi kehidupan mereka. Wanita ialah atlet, wanita ialah ahli perniagaan, wanita ialah ibu, wanita itu seksi dan wanita itu yakin. Konsep kreatif baharu ini menunjukkan sejauh mana pakaian dalam wanita Triumph menyokong wanita dan segala yang dilakukan wanita, dengan menonjolkan keluasan pakaian dalam Triumph, untuk membantu wanita 'Mencari Satu Yang Paling Sesuai' untuk setiap usia, bentuk, saiz dan juga acara.
Jessica Hart dan model-model pembantu diperagakan dalam pelbagai peranan yang menonjolkan daya penarik dan karakter, yang dirakamkan dengan begitu sempurna oleh Rankin menerusi gaya beliau yang terkenal dan penuh berani. Bagi kempen bersama Triumph ini, Rankin menonjolkan personaliti sebenar dan bukannya bayangan ideal, sekali gus menghasilkan kempen yang dinamik, yang menjuarai individualiti, kewanitaan dan juga gaya.
Rankin mengulas: "Perkara yang paling menarik apabila mengusahakan kempen Musim Bunga/Panas '17 Triumph ialah jenama Triumph kini bergerak pada satu hala tuju yang berbeza secara keseluruhannya. Imej-imej yang dirakamkan adalah moden, boleh diakses dan amat berkeyakinan. Kami benar-benar ingin menonjolkan hakikat bahawa Triumph bukan semata-mata untuk wanita "sempurna". Triumph adalah untuk setiap wanita dan setiap wanita boleh memakai Triumph dan berasa benar-benar yakin dengan Triumph."
Jessica Hart menambah: "Wajah baharu Triumph benar-benar menarik dan saya berasa amat teruja menjadi sebahagian daripadanya dengan memperlihatkan sisi Triumph yang lincah berbicara dengan setiap wanita. Triumph memahami bahawa wanita memainkan begitu banyak peranan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya diri kita sebagai wanita ialah makhluk yang mempesonakan! Perkara paling utama untuk menjadi diri kita sendiri ialah berasa selesa. Suatu hari, anda mungkin ingin berasa lebih selesa dan mendapat sokongan, manakala pada hari yang lain anda mungkin ingin berasa seksi dan gagah. Padanan dan keselesaan luar biasa produk Triumph membolehkan anda menjadi siapa jua diri anda yang anda mahukan dan itulah perkara yang amat saya sukai."
Turut ditampilkan dalam kempen itu ialah beberapa gaya Triumph yang paling menjadi rebutan yang mencakup Amourette 300 yang ikonik dan feminin, Magic Boost yang menyemarakkan keyakinan dan juga Triaction yang inovatif.
'Mencari Satu Yang Paling Sesuai Untuk Setiap Wanita' di triumph.com/findtheone. Datanglah untuk mencuba atau membuat janji temu anda secara dalam talian.
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/451965/Triumph_lingerie.jpg )