omniture

GAC Motor Bina Mobiliti Masa Depan dengan Pengenalan Model Baharu Revolusioner di NAIAS 2017

GAC Motor
2017-01-12 17:41 968

DETROIT, 12 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Jenama kenderaan yang paling pesat berkembang di China, GAC Motor kembali ke Pameran Kenderaan Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) yang berprestij buat kali ketiga dan memperkenalkan tiga keluaran baharu termasuklah kenderaan elektrik yang pertama GE3, SUV GS7 baharu, dan kereta konsep ENSpirit di acara pelancaran besar-besaran yang diadakan pada 9 Januari di Pusat Cobo di Detroit, A.S.

Yu Jun, pengurus besar GAC Motor memberi ucapan dasar di pameran dunia pertama GS7.
Yu Jun, pengurus besar GAC Motor memberi ucapan dasar di pameran dunia pertama GS7.

 

Yu Jun, pengurus besar GAC Motor; Rod Alberts, pengarah eksekutif NAIAS 2017; Feng Xingya, presiden GAC Group; Zhang Qingsong, timbalan pengurus besar GAC Group; dan Wang Qiujing, presiden GAC Engineering di pameran dunia pertama GS7.
Yu Jun, pengurus besar GAC Motor; Rod Alberts, pengarah eksekutif NAIAS 2017; Feng Xingya, presiden GAC Group; Zhang Qingsong, timbalan pengurus besar GAC Group; dan Wang Qiujing, presiden GAC Engineering di pameran dunia pertama GS7.

Satu-satunya syarikat kenderaan Cina yang membuat pameran di NAIAS 2017 dari 8 hingga 22 Januari, GAC Motor telah mempamerkan pemikiran inovatif dalam pengeluaran kenderaan dan kesedaran alam sekitar dalam kejuruteraan, dalam mencipta pengalaman menaiki kenderaan yang lain daripada yang lain.

Rod Alberts, Pengarah Eksekutif NAIAS 2017, menyampaikan anugerah "Memperingati Komitmen Kepada NAIAS 2017" kepada GAC Motor di pameran ini atas sumbangan mereka kepada industri kenderaan global. Beliau juga berkata bahawa syarikat itu telah menghadiri pameran perdagangan ini sebanyak tiga kali dan telah menunjukkan kekuatan mereka sebagai pembuat kenderaan antarabangsa dan beliau ingin melihat lebih banyak lagi syarikat kenderaan Cina yang ulung untuk menyertai pameran kenderaan Amerika Utara.

Pameran dunia pertama bagi tiga kenderaan GAC Motor telah menarik perhatian media dan pengunjung professional, termasuklah Hong Lei, Konsul Besar Republik Rakyat China di Chicago, yang mengambil foto kereta baharu tersebut dan memeriksa konfigurasi berkaitan dan juga melihat kejayaan besar yang dicapai oleh syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Hong berkata ia sesuatu yang hebat dan mengujakan untuk menemukan kenderaan Cina di pameran kenderaan antarabangsa selepas melawat GS7 di reruai. Beliau juga berkata bahawa pembangunan industri kenderaan Cina memainkan peranan yang penting dalam industri kenderaan dan ekonomi China-AS.

"Kami sedang membina sistem pengeluaran kereta bertaraf dunia, dan memastikan kualiti terbaik bagi produk GAC. Usaha kami dalam mengejar kesempurnaan selalunya dizahirkan dalam setiap kereta yang kami keluarkan," kata Yu Jun, pengurus besar GAC Motor di acara pelancaran NAIAS.

SUV GS7 lima-tempat duduk baharu ialah kenderaan yang teguh berkuasa dengan teknologi pintar direka untuk pengguna yang mencari reka bentuk yang bergaya dan pengalaman pemanduan yang lancar. EnSpirit, sebuah kereta konsep elektrik hibrid, dengan ciri-ciri posisi sandar ke hadapan dan fastback ikonik telah mengabungkan ciri-ciri terbaik sedan, SUV dan kereta berhud semua dalam satu untuk mengajukan gaya dan cara kehidupan baharu yang bebas, maju dan menyeronokkan manakala GE3 yang mempunyai reka bentuk "poligon rendah" yang kemas merupakan kereta elektrik pertama yang dibinakan dengan platform tenaga baharu GAC Motor yang tujuan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang pintar dan mesra pengguna.

Rick Snyder, gabenor Michigan yang melawat pameran GAC Motor, menyatakan bahawa GAC Motor telah menjalankan beberapa pertukaran dengan kerajaan negeri Michigan pada masa lalu dan beliau berharap untuk mencapai lebih banyak kerjasama yang menumpu kepada Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan teknologi inovatif untuk meneroka pembangunan masa hadapan bagi industri automotif bersama.

Pada 2016, GAC telah mencapai peningkatan jualan sebanyak 27% dan telah memasuki senarai Fortune Global 500 empat tahun berturut-turut dengan kedudukan ke-303, 59 tempat lebih tinggi berbanding 2015. Hala tuju baharu syarikat dalam medan tenaga baharu bertujuan meluaskan batasan dalam pembinaan kenderaan yang mesra alam dan juga teknologi pemanduan tanpa pemandu.   

Kini GAC Motor mempunyai jualan global dan rangkaian servis yang beroperasi di 15 negara termasuklah Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Chile, Kemboja dan Nigeria. Pusat R&D syarikat di Amerika Utara akan dipertanggungjawabkan untuk pengumpulan bakat, penyelidikan dan pembangunan teknologi maju, dijangka akan dilancarkan pada separuh pertama tahun ini, dan mencapai kehadiran global yang lebih besar.

"Kami percaya kenderaan Cina akan dilihat lebih kerap di pentas dunia pada masa hadapan," kata Feng Xingya, presiden GAC Group, "GAC Motor komited untuk menyedikan produk dan servis terbaik kepada pengguna global dengan membangunkan R&D global yang berdaya saing, sumber dan rantaian bekalan global, pengeluaran global, pemasaran luar negara dan sistem perkhidmatan."

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti tinggi, mencapai 96% kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor berada pada kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2016, J.D. Power Asia Pasifik yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Facebook: GAC Motor:  https://www.facebook.com/GACMoto/posts/1275665359142728  
Instagram: GAC Motor: 
https://instagram.com/p/BMCLdjegUnI/  
Twitter: GAC Motor: 
https://twitter.com/gac_motor/status/791324958353821697

Hubungan Media:

Suki Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170110/0861700361-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170110/0861700361-b 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news