omniture

GAC Motor cipta semula SUV dengan keunggulan GS7 di NAIAS 2017

GAC MOTOR
2017-01-13 23:21 645

DETROIT, 13 Januari 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, satu-satunya pengeluar kenderaan  dari China yang mempamer di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 di Detroit dari 8 hingga 22 Januari 2017, tiga model baharu yang merintis pasaran termasuklah kenderaan elektrik pertama, GE3, SUV GS7 baharu, dan kereta konsep ENSpirit. GS7, SUV blokbuster bersaiz sederhana ini telah direka menggunakan teknologi paling inovatif dan konsep berpandangan jauh syarikat.

Alami Siaran Berita Multimedia yang interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/8018651-gac-motor-gs7-naias

Di pameran antarabangsa bagi kenderaan terhebat dalam industri automotif, GS7 telah menarik perhatian profesional, pakar, media dan pengunjung industri. Model ini telah ditakdirkan untuk menyambung legasi syarikat di era baharu untuk SUV yang bermula dari GS4 mereka yang laris terjual yang juga dilancarkan di NAIAS pada 2015.

"Sebagai jenama kenderaan berkelas dunia, kami berharap pengguna kami dari seluruh dunia boleh menikmati pengalaman hebat memandu dan menaiki kenderaan yang ditawarkan GAC, sama seperti GS4, GS7 ialah kereta yang dicipta, direka dan dibuat di China yang bukan hanya mempunyai konfigurasi tahap tertinggi tetapi juga mempunyai rekaan unik untuk membawa SUV ini ke tahap berbeza," kata Yu Jun, pengurus besar GAC Motor.

SUV GS7 yang lasak ini dikuasakan dengan enjin 2.0T siri-G GAC serba baharu yang boleh mencapai kuasa maksimum 148kW (201.28 kuasa kuda), dan dengan tork puncak 320Nm, kereta ini boleh memecut dari 0-100km/j (0-60 batu sejam) dalam masa 9.5 saat.  

GS7 boleh berfungsi dalam semua keadaan jalan raya sambil memastikan pengunaan abah-abah yang minimum. Ia juga memberikan pengalaman memandu dan menaiki kereta yang mesra, pintar dan menyeronokkan dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang merintis pasaran.

"Bahagian hadapan GS7 melambangkan imej yang hebat. Lampu depan "LED Matriks" original kami dipadankan dengan jenama utama kami, jeriji "Dinamik Terbang" ("Flying Dynamic"), menjadikan ia pameran yang berkualiti tinggi dan original," kata Zhang Fan, naib presiden Institut GAC Engineering. "Pada bahagian badannya, kami boleh melihat ciri garis pusingan ke atas yang jelas dan sporty serta tiang-D yang tegap untuk menambah kekuatan SUV ini secara visual."

Keistimewaan GAC Motor iaitu ruang dalaman besar dan selesa pada GS7 termasuklah bumbung matahari panoramik, ruang barang yang cukup besar, dan banyak tempat penyimpanan tersembunyi, yang lengkap dengan skrin sentuh berpusat 10-inci, tempat duduk kulit berbilang fungsi, pengecasan tanpa wayar, kemasukan tanpa kunci dan sistem "injoy" pintar antara muka mesin manusia (Human Machine Interface) HMI baharu.

"GS7 ialah salah satu pelancaran baharu yang paling mengujakan pada 2017, GAC Motor telah sekali lagi melebihi jangkauan sendiri dengan SUV yang berteknologi inovatif, berseni dinamik dan berfungsian mudah yang pasti akan memecah pasaran baharu SUV bersaiz sederhana di pasaran global dan menerajui trend reka bentuk baharu industri kenderaan," kata Chen Xiuxia, ejen penjual GAC Motor di Nigeria.

Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan automotif yang bernilai dan inovatif kepada pelanggan seluruh dunia, GAC Motor berusaha untuk membina R&D, sumber dan rantaian bekalan, pengeluaran, pemasaran luar negara dan sistem perkhidmatan yang berdaya saing dengan matlamat untuk mengembangkan jumlah jualan luar negara melalui pelancaran produk dan teknologi baharu.

"Pelancaran di NAIAS 2017 juga menunjukkan keyakinan dan keazaman kami untuk mengukir lanskap baharu di pasaran antarabangsa sebagai jenama kenderaan Cina yang paling pesat berkembang," kat Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti tinggi, mencapai 96% kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor berada pada kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2016, J.D. Power Asia Pasifik yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut:

Facebook:   https://www.facebook.com/GACMoto/posts/1275665359142728 
Instagram: 
 https://instagram.com/p/BMCLdjegUnI/ 
Twitter: 
 https://twitter.com/gac_motor/status/791324958353821697

Hubungan Media:                                                              
Suki Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news