omniture

Stella Artois Gesa Rakan Kongsi Sertai Perjuangan Tamatkan Krisis Air Global Bersama Matt Damon Dan Gary White Sempena Forum Ekonomi Dunia

Stella Artois
2017-01-17 15:00 629

Jenama global umum perkongsian beberapa tahun dengan Water.org bantu beri air bersih kepada lebih 3.5 juta penduduk di negara-negara membangun  

DAVOS, Switzerland, 17 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF), Stella Artois dan Water.org menyeru para pemimpin perniagaan antarabangsa, syarikat-syarikat, media dan pengguna menyertai misi bagi membantu menamatkan krisis air sedunia. Sewaktu melaksanakan misi itu, Stella Artois memulakan komitmennya terhadap usaha ini menerusi lanjutan kempen "Belikan Wanita Minuman" selama beberapa tahun bersama Water.org, yang diasaskan bersama Matt Damon dan Gary White. Menerusi kerjasama ini, mereka bermatlamat untuk membantu menyediakan akses air bersih yang lestari dalam tempoh jangka panjang kepada 3.5 juta penduduk menjelang tahun 2020.

Alami Siaran Berita Multimedia interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/8021951-stella-artois-partner-water-org

"Kami percaya air mempunyai kuasa merungkai potensi masyarakat di seluruh dunia," kata Ricardo Tadeu, Presiden Zon Afrika, AB InBev. "Atas sebab inilah Stella Artois begitu bersemangat dan komited untuk membantu Water.org menamatkan krisis air global, namun kami tidak dapat melakukannya sendirian. Kami menyeru pengguna dan pemimpin perniagaan untuk menyertai kami dan bertindak bagi membantu menamatkan krisis air dunia ini."

Satu dalam 10 orang di negara-negara membangun tidak mendapat akses air yang selamat. Masalah ini memberi kesan yang jauh lebih besar kepada kaum wanita dan kanak-kanak yang menghabiskan masa selama berjuta-juta jam sehari untuk mengambil air berbanding bekerja, menjaga keluarga atau bersekolah.

"Saya mempunyai empat orang anak perempuan dan sukar untuk membayangkan mereka berjalan selama berjam-jam setiap hari untuk mendapatkan air bersih, seperti mana yang dilakukan oleh begitu ramai wanita di seluruh dunia," kata Matt Damon, pengasas bersama Water.org. "Kami ingin menamatkan perjalanan ini. Menerusi kerjasama kami dengan Stella Artois dan pelancaran kempen yang dibuat di Forum Ekonomi Dunia, kami mengundang para pengguna dari seluruh dunia untuk membantu kami melaksanakan usaha ini."

Perkongsian antara Stella Artois dan Water.org menyumbang kepada Inisiatif Air Global 2017 oleh Forum Ekonomi Dunia. Ia turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan #6 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bermatlamat menjamin akses air yang selamat dan mampu milik untuk semua menjelang tahun 2030, dan dipacu oleh keyakinan bahawa masalah sebesar ini hanya dapat diselesaikan menerusi kolaborasi.

"Ia adalah suatu yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima apabila setiap 90 saat, seorang kanak-kanak maut akibat penyakit berpunca daripada air," kata Gary White, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Water.org. "Kami memerlukan rakan kongsi dan sumber yang komited – dari segi manusia dan modal – untuk membantu menamatkan krisis air global."

Sejak pelancaran kempen "Belikan Wanita Minuman" dua tahun lalu, Stella Artois berjaya membantu Water.org menyediakan lebih 800,000 penduduk di negara-negara membangun dengan akses air bersih selama lima tahun, menerusi jualan lebih 225,000 Gelas Berkaki Edisi Terhad dan dengan menyumbang terus sebanyak lebih $3 juta kepada Water.org. Tahun ini, capaian dan skala kempen akan berkembang dengan lebih luas menerusi peningkatan pelaburan dan penambahan negara-negara baharu yang mengambil bahagian dalam program (seperti Brazil, Kanada, Chile, dan Uruguay) selain titik sentuh pengguna baharu – termasuk bangunan kedai runcit, bar serta restoran, yang mana pengguna telahpun berinteraksi dengan jenama Stella Artois. Selain itu, perkongsian ini juga bermatlamat untuk mencabar syarikat-syarikat bertaraf global yang lain untuk menyertai perjuangan dengan menunjukkan bahawa usaha membantu dunia juga dapat menjadi suatu perniagaan yang menguntungkan.

Bagi memperlihatkan kesan program ini, Stella Artois dan Water.org menayangkan buat julung kali sebuah filem digital pendek dalam mesyuarat Davos yang menampilkan Elizabeth, seorang ibu muda dari Kapuonja Utara, Kenya yang mendapat akses terhadap air bersih melalui program kemasyarakatan baharu yang dilaksanakan oleh Water.org dan rakan kongsi setempatnya KWAHO. Filem ini menceritakan kisah menarik bagaimana akses terhadap air bersih membebaskan Elizabeth daripada perjalanan selama berjam-jam setiap hari bagi mengambil air untuk keluarganya, membolehkan beliau mencungkil bakat semula jadi beliau dan bekerja sebagai seorang tukang jahit untuk masyarakat.

Gelas Berkaki Eksklusif, Edisi Terhad Direka oleh Artis Tempatan di Kemboja, Brazil dan Uganda
Pengguna dapat turut serta dan membantu menamatkan krisis air global dengan membeli Gelas Berkaki Stella Artois Edisi Terhad baharu. Bagi setiap Gelas Berkaki yang dijual, Stella Artois akan membantu Water.org menyediakan air bersih selama lima tahun kepada seorang penduduk di negara-negara membangun. Setakat ini, lebih 225,000 Gelas Berkaki Edisi Terhad telah berjaya dijual menerusi program "Belikan Wanita Minuman".

Gelas berkaki tahun ini membawakan rekaan unik oleh tiga artis yang berpengaruh – Lisa Mam dari Kemboja, Fernando Chamerelli dari Brazil dan Eria Nsubuga dari Uganda. Setiap rekaan mencerminkan pengalaman artis dan tafsiran artis tersebut terhadap krisis air dunia di negara mereka dan turut melambangkan salah sebuah negara yang menerima sokongan Water.org.

Berwajah baharu untuk tahun 2017, kempen ini turut memperkenalkan dua mekanisme sumbangan tambahan yang meningkatkan lagi capaian dan skala program. Bagi setiap enam atau 12 pek botol Stella Artois yang terjual di kedai-kedai runcit terpilih (di A.S. dan U.K.), Stella Artois akan membantu Water.org menyediakan air bersih selama enam atau 12 bulan kepada seorang penduduk dari negara-negara membangun. Bagi setiap pain atau botol bir yang terjual di bar-bar serta restoran-restoran terpilih (di A.S. dan U.K.), Stella Artois akan membantu Water.org menyediakan air bersih selama sebulan kepada seorang penduduk dari negara-negara membangun.

Ketahui cara untuk menjadi generasi yang dapat menamatkan krisis air global dengan melayari www.BuyALadyADrink.com.

Sertai perbualan dalam talian @StellaArtois #1Chalice5Years

1 Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Program Pemantauan Bersama (JMP) UNICEF. (2015) Tahap Kemajuan Air Minuman dan Sanitasi, Maklumat Terkini dan Penilaian MDG 2015.

Latar Belakang Stella Artois 
Stella Artois® merupakan sebahagian daripada tradisi bru Belgium yang wujud sejak tahun 1366. Ia merupakan bir Belgium Nombor 1 di dunia dan boleh didapati di 95 negara. Stella Artois ialah pilsner perang muda yang ditapis di bahagian bawahnya. Ia juga merupakan bir yang menghilangkan dahaga dengan perisa malt pertengahan dan akhir yang segar, memberikan rasa yang lengkap dan sedikit rasa pahit. Stella Artois paling enak dinikmati apabila dihidangkan pada suhu antara 3 hingga 5 darjah Celsius, dan sebaiknya dihidangkan dalam Gelas Berkaki Stella Artois yang unik menurut Ritual Menuang 9 Langkah demi menjamin pengalaman sempurna lager standard emas ini. Layari www.stellaartois.com untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Water.org 
Selama lebih 20 tahun, Water.org telah mendepani usaha dalam membangunkan dan menyediakan penyelesaian untuk menangani krisis air dunia. Diasaskan oleh Gary White dan Matt Damon, Water.org mempelopori inisiatif-inisiatif yang inovatif, berpacu masyarakat dan berasaskan pasaran bagi memastikan semua orang mendapat akses terhadap air bersih dan sanitasi – memberi harapan kepada wanita, kesihatan kepada kanak-kanak dan masyarakat dengan jaminan masa depan. Setakat ini, Water.org telah mengubah kehidupan secara positif bagi lebih 5 juta orang di serata dunia, demi menjamin kehidupan yang lebih baik untuk generasi-generasi mendatang. Ketahui lebih lanjut di www.water.org | www.waterequity.org | www.facebook.com/water.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Stella Artois/AB InBev:
Jessica Adkins
Komunikasi Global
Jessica.Adkins@ab-inbev.com

Duncan Gordon
Komunikasi Global
duncan.gordon@sabmiller.com

Water.org
Rosemary Gudelj
rgudelj@water.org

 

Source: Stella Artois
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Household/Consumer/Cosmetics Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility