omniture

Lloyds Energy Failkan Permohonan Eksport LNG

Lloyds Energy
2017-01-17 20:54 711

POINT COMFORT, Texas, 17 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Lloyds Energy Group LLC (http://www.lloyds-energy.com) hari ini mengumumkan ia telah mengemukakan permohonan rasmi dengan Jabatan Tenaga (DOE) untuk mengeksport Gas Asli Cecair (LNG) ke negara-negara yang mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan AS yang dihasilkan di kemudahan yang dicadangkan di Daerah Calhoun, Texas. (Pautan ke Fail Permohonan DOE) Projek Lloyds Texas akan dikenali umum sebagai Point Comfort LNG. Permohonan FTA ini dijangka diluluskan pada Musim Bunga 2017. Ia merupakan salah satu langkah pertama dalam usaha membangunkan projek LNG, yang akan memberi faedah penting dan berkekalan kepada kawasan Pesisiran Pantai Texas Selatan Tengah.

     (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/457656/Lloyds_Energy_Logo.jpg )

"Lloyds Energy mempunyai kedudukan kukuh untuk memenuhi permintaan pelanggan dan penyerahan permohonan FTA Point Comfort LNG kami merupakan langkah pertama yang penting dalam usaha membuat keputusan pelaburan muktamad," kata Philip Holland, Ketua Pegawai Eksekutif Lloyds Energy. "A.S. mempunyai bekalan gas asli yang tinggi dan pasaran antarabangsa menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap bahan api yang lebih bersih dan lebih cekap."

Pengerusi Lembaga Penguasa Pelabuhan Daerah Calhoun, Randy Boyd berkata: "Misi kami di Lembaga Penguasa Pelabuhan Daerah Calhoun adalah untuk merangsang perkembangan ekonomi. Point Comfort LNG ini akan menjana pendapatan beratus-ratus juta dolar untuk daerah dan negeri, selain menyediakan ratusan pekerjaan jangka panjang."

Lloyds Energy akan menggunakan dua (2) kapal LNG Terapung Pesisir Dekat 4.5 MTPA, setiap satunya kira-kira sebesar kapal pengangkut pesawat, serta tongkang sokongan tambahan dan kemudahan di pantai. Selain peluang pekerjaan yang diwujudkan semasa fasa pembinaan, projek itu akan dapat mencipta kira-kira 700 peluang pekerjaan jangka panjang secara langsung dan ribuan pekerjaan tidak langsung selain faedah ekonomi tambahan.   

Lloyds Energy Group LLC ialah subsidiari LE Group Holding Pte Ltd 

Lloyds Energy ditubuhkan pada tahun 2013 dengan matlamat strategik untuk menyediakan LNG kepada pasaran global menerusi pemprosesan cekap bekalan gas saluran paip yang penting. Matlamat ini dicapai dengan memanfaatkan konsep LNG pesisir dekat. Selama tiga tahun, Lloyds Energy berkembang pesat dalam bidang LNG Pesisir Dekat, memberikan bekalan gas berkualiti tinggi dan sambungan saluran paip pertengahan untuk 1.25 Bcf/d, iaitu bersamaan kira-kira 9, MTPA atau 468 juta mmBtu setiap tahun, menjalin kerjasama peringkat antarabangsa yang kukuh dengan pihak pembeli serta dua syarikat kejuruteraan utama yang mengkhusus dalam LNG, selain membina pasukan pakar-pakar. Lloyds Energy terus mengembangkan aktiviti-aktivitinya dalam sektor rantaian bekalan LNG menerusi tawaran perkhidmatan yang luas dan inovatif.

Source: Lloyds Energy
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion