omniture

Teknologi Lipid Fungsian Infinitus Diiktiraf Menerusi Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan China

LKK Health Products Group
2017-01-17 23:44 758

GUANGZHOU, China, 17 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Pada 9 Januari 2017, Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group, dianugerahkan Kelas Kedua Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan oleh Majlis Negeri Republik Rakyat China, bagi mengiktiraf usahanya menyempurnakan Persediaan Cekap Lipid Fungsian daripada Program Biji Minyak dan Penciptaan Produk ("Program"). Majlis penganugerahan diadakan di Dewan Besar Rakyat. Pengiktirafan ini memperlihatkan bahawa Infinitus telah menjadi peneraju dalam teknologi pengekstrakan dan sediaan lipid fungsian.

Teknologi Lipid Fungsian Infinitus Diiktiraf Menerusi Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan
Teknologi Lipid Fungsian Infinitus Diiktiraf Menerusi Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan

Apabila membincangkan tentang lipid, perkara pertama yang difikirkan oleh kebanyakan orang ialah "berminyak" dan "obesiti". Hakikatnya, lipid, berserta protein dan karbohidrat merupakan tiga nutrien yang utama: ketiga-tiganya memberikan bahan-bahan yang amat diperlukan oleh tubuh manusia, seperti asid lemak penting, yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Bagi lipid fungsian pula, ia merupakan bahan aktif yang meningkatkan tahap kesihatan dan memberi faedah perubatan lain, termasuk bertindak untuk menghalang masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis dan penyakit-penyakit lain. Kebanyakan herba perubatan Cina berhomolog-ubatan-dan-makanan mengandungi banyak lipid fungsian. Sebagai contoh, asid alfa-linolenik yang terdapat dalam biji perilla frutescens, mampu mengurangkan lipid dalam darah, meningkatkan daya ingatan, mencegah penyakit Alzheimer dan melambatkan proses penuaan.

Pada masa lalu, kaedah pengekstrakan tradisional lipid fungsian sukar memenuhi keperluan industri lipid bagi mendapatkan lipid berkualiti tinggi. Program yang meraih anugerah yang disertai oleh Infinitus ini berjaya membangunkan teknologi mesra alam yang utama dalam industri bagi tujuan pengekstrakan dan persediaan lipid fungsian. Teknologi ini sebahagian besarnya menangani kelemahan yang terdapat pada lipid fungsian, termasuk ketidakstabilan, mudah teroksida, kadar pelarutan yang rendah dan ketidakupayaan memenuhi keperluan kesihatan pelbagai kumpulan yang berbeza. Teknologi ini dapat diaplikasikan dengan jayanya untuk Kapsul Yi Rui Infinitus dan Teh Pu'er Kulit Oren Mandarin Kering Infinitus, membolehkan penukaran daripada idea teknologi inovatif kepada produk-produk yang boleh dijual.

Sejak beberapa tahun lalu, Majlis Negeri China terus meninggikan tahap pencapaian yang diharapkan dari segi kualiti produk atau teknologi yang mungkin melayakkan sesuatu program menerima Anugerah Kemajuan Sains dan Teknoologi Kebangsaan. Dari tahun 2011 hingga 2015, 12 program makanan layak menerima Anugerah ini, iaitu hanya 1.63 peratus daripada semua program yang memenangi anugerah, manakala hanya segelintir daripada program tersebut melibatkan makanan kesihatan. Akhirnya, Infinitus berjaya merangkul anugerah ini hasil pelaksanaan Program selama empat tahun berturut-turut (sejak tahun 2012), bukti kekukuhan syarikat dalam penyelidikan saintifik dan inovasi.   

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group, mengulas, "Dengan inovasi, syarikat kami mempunyai potensi pertumbuhan yang tiada batasan. Kejayaan meraih anugerah peringkat kebangsaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap penyelidikan inovatif kami dalam bidang produk-produk kesihatan herba, dan akan mendorong kami untuk terus menginovasi dan berbakti kepada masyarakat."

Latar Belakang Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan

Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan, salah satu daripada lima anugerah utama peringkat kebangsaan dalam bidang sains dan teknologi dilancarkan oleh Majlis Negeri China, bagi mengiktiraf warga Cina dan organisasi-organisasi yang membuat sumbangan kreatif terhadap perkembangan saintifik dan teknologi, termasuk penyelidikan teknologi, pembangunan dan inovasi, promosi dan aplikasi pencapaian saintifik dan teknologi canggih, penukaran berteknologi tinggi bagi proses pembuatan sedia ada, dan penyiapan projek dan rancangan saintifik serta teknologi utama. Para pemenang Anugerah ini melibatkan program-program yang telah membuat sumbangan besar terhadap negara dan masyarakat, termasuk Projek Eksplorasi Lunar China dan Kereta Api Qinghai-Tibet, antara projek-projek lain yang bertaraf dunia.

Untuk maklumat tambahan, layari laman sesawang korporat LKK Health Products Group: www.lkkhpg.com

Ikuti kami melalui Facebook: https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170113/0861700519

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards