omniture

iWV Perkukuh Kedudukan MSP di Singapura dan Malaysia

Pengurus Jualan Negara Baharu bagi Singapura & Malaysia
ICONZ-Webvisions Pte Ltd
2017-01-18 09:23 739

SINGAPURA, 18 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Terence Yeo dan Allen Kam menyertai ICONZ-Webvisions (iWV) sebagai Pengurus Jualan Negara yang baharu masing-masing bagi Singapura dan Malaysia. Melapor terus kepada Albert Wong Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, mereka akan ditugaskan untuk mengembangkan perniagaan Pengehosan Terurus di rantau ini.

Terence mempunyai lebih daripada 16 tahun pengalaman dalam industri IT menjangkau jualan, pembangunan perniagaan dan pengurusan perkhidmatan & sokongan pelanggan.  Terdahulu Terence memegang jawatan sebagai Pengarah Jualan Negara di Oracle Corporation Singapura yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan sokongan pelanggan yang canggih. Beliau telah berkhidmat dengan Oracle selama 10 tahun dengan memegang pelbagai peranan bermula dengan jualan langsung hingga memimpin seluruh perkhidmatan pelanggan untuk negara ini.

"Pengalaman Pelanggan ialah faktor penting untuk pelanggan dalam memilih kami sebagai   Penyedia PerkhidmatanTerurus terpilih. Bermula daripada mendapatkan perkhidmatan kami kepada penerimaan Sokongan Pelanggan, kami akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyelesaian kami untuk menyediakan interaksi yang lancar dan mudah untuk para pelanggan kami. Dengan proses penglibatan positif, pelanggan kami boleh terus mendapat manfaat daripada Penawaran Nilai iWV, memperoleh perkhidmatan terurus pengehosan Awan yang berkualiti, tangkas, selamat dan yang paling penting dengan harga berpatutan bagi menyokong keperluan infrastruktur IT mereka, "kata Terence.

Allen berpengalaman hampir 15 tahun yang menjangkau jualan langsung, pengurusan strategi penyelesaian dan pembangunan perniagaan strategik merentasi sektor Perbankan & Kewangan, IT, Perkhidmatan Profesional dan Insurans. Terdahulu, Allen memegang jawatan sebagai ketua Jualan Penyelesaian Ricoh dalam Unit Perniagaan Aplikasi & Tempat Kerja.

"Matlamat saya adalah untuk mengukuhkan kehadiran iWV di pasaran terpilih kami dengan memanfaatkan 20 tahun pengalaman yang disediakan oleh pusat Perkhidmatan Terurus Awan Asia kami. Bekerjasama dengan bakat-bakat yang ada dalam Pasukan, kami akan melengkapi para pelanggan untuk beralih kepada Awan, dan bagi mereka yang telah pun berada di Awan, kami akan membantu melindungi data selain mengoptimumkan perbelanjaan IT mereka, "kata Allen.

Dengan tumpuan mereka beralih kepada awan dan perkhidmatan terurus, iWV sedang bersiap sedia menjadi salah satu Penyedia Perkhidmatan Terurus yang terbaik untuk pasaran SMB. "Kami mempunyai suit penyelesaian awan yang amat menyeluruh terdiri daripada Sandaran, Pemulihan Bencana, HRMS, Pencegahan Kebocoran Data dan Perisikan Perniagaan. Nilai kami kepada pelanggan bukanlah terletak pada apa yang kami jual. Kami mahu memahami apa yang diperlukan dan memberikan mereka satu penyelesaian yang terbaik pada harga yang berpatutan," kata Albert. "Dengan adanya Terence dan Allen menerajui pasukan, saya yakin kami boleh mencapai satu kelainan."

Setelah baru-baru ini dianugerahkan dengan Keselamatan Awan Berbilang Tingkat (MTCS) Piawaian Singapura (SS) 584, yang merupakan piawaian keselamatan awan yang pertama di dunia yang meliputi pelbagai peringkat keselamatan awan, iWV menyasarkan untuk menyediakan persekitaran awan dikawal rapi dan sangat selamat untuk menangani kebimbangan keselamatan yang dihadapi oleh pelanggan.

"Kami perlu terus menilai perkhidmatan yang kami tawarkan dan mengembangkan portfolio dengan menambah lagi penyelesaian yang berguna bagi memenuhi keperluan pelanggan kami. Dengan barisan penyelesaian baharu seperti WebShield, Enhanced Monitoring dan Microsoft Azure, kami yakin boleh membantu para pelanggan kami melindungi data mereka dengan lebih baik di samping memastikan kesinambungan perniagaan," ulas Albert.

Latar belakang ICONZ-Webvisions

Beribu pejabat di Singapura, ICONZ-Webvisions (iWV) memberi khidmat kepada lebih daripada 10,000 pelanggan di seluruh rantau ini. Sebagai salah satu daripada penyedia Awan dan Pengehosan pertama di Asia Pasifik, kami membantu syarikat-syarikat untuk memberi tumpuan khusus kepada perniagaan mereka selama lebih 20 tahun.

Awan iWV merupakan Infrastruktur-Sebagai-Perkhidmatan (IaaS) yang terdiri daripada perkakasan kelas perusahaan (HP) yang terbaik dan penyelesaian virtualisasi (VMware) terkemuka yang menjanjikan prestasi tinggi dan Ketersediaan Yang Tinggi.

Kami bukan sekadar Penyedia Pengehosan Awan, menawarkan suit perkhidmatan terurus seperti Keselamatan, Sandaran, Pemantauan dan Pemulihan Bencana. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.iwv.com.sg

Hubungan Media:

Kuah Sok Khim
Pengarah Pemasaran Kumpulan
Telefon: +65 6868 1166
E-mel: sk.kuah@iwv.email

Kevin Tham
Penolong Pengurus Pemasaran
Telefon: +65 6868 1169
E-mel: kevin.tham@iwv.email

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170116/8521700275LOGO

Source: ICONZ-Webvisions Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Personnel announcements