omniture

Nexen Tire Adakan Majlis Perasmian bagi Nexen Tire Japan Inc.

-- Nexen Tire Percepat Peluasan Rangkaian Perniagaan Global
Nexen Tire
2017-01-18 21:34 973

SEOUL, Korea Selatan, 18 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire telah mengadakan majlis pembukaan rasmi bagi subsidiarinya Nexen Tire Japan Inc. – usaha sama dengan Toyota Tsusho Corporation.

Dari Kiri: Travis Kang (Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire), Daisuke Kudo (Naib Presiden Nexen Tire Japan Inc.), Ryu Nishimura (Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire Japan Inc.), Ichiro Kashitani (Ketua Pegawai Bahagian Automotif Toyota Tsusho Corp.)
Dari Kiri: Travis Kang (Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire), Daisuke Kudo (Naib Presiden Nexen Tire Japan Inc.), Ryu Nishimura (Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire Japan Inc.), Ichiro Kashitani (Ketua Pegawai Bahagian Automotif Toyota Tsusho Corp.)

Majlis ini diadakan di Tokyo, Jepun dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire, Travis Kang dan Ichiro Kashitani, Ketua Pegawai Bahagian Automotif Toyota Tsusho Corp dan lain-lain pihak berkaitan. Kedua-dua syarikat membincangkan kerjasama memperoleh sinergi yang bermula pada Jun 2015, seterusnya kepada pemeteraian perjanjian pemegang saham untuk menubuhkan usaha sama, Nexen Tire Japan Inc.

Toyota Tsusho Corporation, syarikat perdagangan bagi Toyota Group, Jepun yang mengeksport kenderaan dan bahagian automotif, tetapi juga terlibat aktif dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah logam, bahan kimia dan elektronik. Ditubuhkan pada 1948, Toyota Tsusho Corporation merupakan salah satu syarikat yang berada di kedudukan ke-5 teratas antara syarikat perdagangan Jepun, dengan pendapatan sebanyak JPY 67 bilion (USD 591 juta) pada tahun fiskal 2015 dengan enam bahagian operasi dan lebih 150 pejabat termasuklah 900 subsidiari dan ahli gabungan seluruh dunia.

Dengan Nexen Tire memegang 51% saham dan Toyota Tsusho memegang 49% saham selebihnya, Nexen Tire Japan Inc. memulakan penjualan produk Nexen Tire pada bulan ini. Dengan adanya pengurusan tempatan dalam organisasi, Nexen Tire Japan akan menyesuaikan operasi perniagaan untuk meneguhkan perolehan tertahan (RE) perniagaan dalam pasaran dan juga memperkukuh bekalan peralatan asli (OE) kepada pembuat kenderaan Jepun yang menjalankan berbagai aktiviti pemasaran.  

Dengan pengaruh kesedaran jenama dan rangkaian pengedar dari Toyota Tsusho, Nexen Tire berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka cyang seterusnya menyumbangkan kepada kesedaran jenama Nexen Tire dan meningkatkan jualan dalam pasaran Jepun.

Nexen Tire membekalkan OE kepada pembuat kenderaan global seperti Porche, Volkswagen, Renault dan Fiat Chrysler Automobiles dan juga aktif melaksanakan pelbagai aktiviti untuk berbagai jenis pemasaran. Ia berkomunikasi secara rapat dengan pelanggan melalui media sosial – seperti Facebook, YouTube dan blog, yang memberikan banyak maklumat berguna. Nexen Tire juga meningkatkan kesedaran jenama seluruh dunia melalui pelbagai aktiviti pemasaran termasuklah perkongsian rasmi dengan 'Formula Drift' siri drift Amerika Syarikat dan Kelab Bola Sepak Manchester City Liga Perdana Inggeris, dan juga sebagai penaja BK MladaBoleslav, Liga Hoki Ais Perdana Republik Czech.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada 1942, merupakan pengeluar tayar global peneraju yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 wakil penjual yang berpangkalan di 141 negara serata dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Kilang keempat di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan dengan teknologi canggih dan kecemerlangan rekaan. Syarikat ini juga menumpukan pengeluaran tayar UHP yang dibuat berasaskan teknologi termaju. Syarikat juga mengekalkan ulasan global yang positif bagi jenama mereka setiap tahun dengan meraih grand slam menerusi 4 anugerah rekaan terbaik di dunia buat kali pertama dalam kalangan pembuat tayar di dunia dan memenangi anugerah seperti Sebutan Khas Anugerah Reka Bentuk German (Special Mention, German Design Award) 2015 dan hadiah utama Anugerah Reka Bentuk Terbaik Jepun 2016. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.nexentire.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170117/8521700302

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion Joint ventures