omniture

LEAGOO Lancar Strategi Jenama Baharu untuk 2017

Leagoo
2017-01-19 10:00 788

SHENZHEN, China, 19 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Pada 16 Januari, LEAGOO International Co., Ltd., sebuah jenama telefon pintar Cina baru muncul, yang menumpu pada penyediaan telefon pintar berkualiti tinggi dan bergaya kepada pengguna seluruh dunia, mengadakan Majlis Sambutan Tahunan mereka bagi meraikan pencapaian tahun 2016 syarikat itu dan menyaksikan permulaan LEAGOO 2.0 di Vanke Qianhai Enterprise Residence.

A Night of LEAGOO - The start of LEAGOO 2.0
A Night of LEAGOO - The start of LEAGOO 2.0

Kira-kira 700 hadirin menyertai Majlis tahunan tersebut; para peserta termasuk:

Cik Xie Guolei, Ahli Jawatankuasa Majlis Daerah Xinpu Bandar Raya Zunyi Wilayah Guizhou dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pentadbiran; En. Sun Wenping, Persatuan Industri Mudah Alih Shenzhen; En. Tang Yuhui, Wheatek Technology Stock Limited; Dato' Calvin, Ketua Pegawai Eksekutif LEAGOO Malaysia; selain rakan niaga, rakan media dan semua pengguna LEAGOO.

Walaupun merupakan pengeluar telefon pintar yang masih baharu, LEAGOO bercita-cita tinggi untuk menjadi jenama komunikasi bertaraf global yang berpengaruh. LEAGOO memecahkan rekodnya sendiri dari segi jumlah jualan global dan ejen-ejen berkontrak pada tahun 2016, dengan lebih 2,000,000 unit dikeluarkan, meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 2015; dan mempunyai lebih 100 ejen berkontrak di seluruh dunia, menjadikan jumlah ejen berganda berbanding tahun 2015. Telefon pintar LEAGOO kini tersedia untuk pengguna di lebih 200 negara, bukan sahaja di Asia Tenggara, yang merupakan kawasan sasaran utama LEAGOO sebelum tahun 2017.

Walau bagaimanapun, "LEAGOO tidak akan berhenti setakat ini sahaja," kata Ketua Pegawai Eksekutif LEAGOO, En. Johnson. "Kami akan mencapai kejayaan lebih hebat pada tahun 2017, yang merupakan permulaan buat LEAGOO 2.0." Pada Majlis tahunan itu, En. Johnson turut menyatakan matlamat LEAGOO untuk tahun 2017 dan strategi jenama untuk LEAGOO 2.0. Pada tahun 2017, jumlah jualan telefon pintar dijangka mencecah sehingga 4,000,000 unit dan nilai pengeluaran tahunan mencecah sehingga USD 100 juta. Sasaran LEAGOO 2.0 adalah untuk menjadi antara 10 jenama terbaik di Kawasan Afro-Asia menjelang tahun 2020, dengan strategi jenama termasuk: operasi penjenamaan, perkakasan pintar dan internet mudah alih. Matlamat LEAGOO 2.0 melibatkan tiga aspek: mencipta jenama bertaraf antarabangsa, mewujudkan ekologi berdasarkan ekosfera internet mudah alih dan menyediakan platform inkubasi terbuka.

Di sini, kami dengan penuh mesra mengalu-alukan semua orang yang berminat dengan LEAGOO untuk menyertai kami bagi mencapai kejayaan lebih hebat. Jumpa anda di Majlis Tahunan LEAGOO akan datang!

Latar Belakang LEAGOO

LEAGOO International Co., Ltd. ialah jenama telefon pintar yang diasaskan pada tahun 2014. LEAGOO telah mencipta, menghasilkan dan mengedarkan lebih 100 juta telefon pintar kepada pengguna di lebih 200 negara. LEAGOO dipilih sebagai Jenama Luar Negara Berpotensi pada tahun 2014, Jenama Luar Negara Jualan Terhangat pada tahun 2015 dan turut dinobatkan sebagai Perusahaan Teknologi Tinggi dan Baharu China pada tahun 2016.

Hubungi:

Ingrid Xiong
+86-755-8281-0108 
service@leagoo.com 
http://www.leagoo.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170117/0861700600

Source: Leagoo
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Sales reports