omniture

TRIGO, Disokong Ardian, Peroleh Pakar Perancis EURO-SYMBIOSE

TRIGO Group
2017-01-20 08:00 601

PARIS, 20 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Pemerolehan perkukuh kepakaran dalam audit, latihan dan rundingan kualiti

Dengan sokongan daripada majoriti pemegang saham Ardian, syarikat pelaburan persendirian bebas, TRIGO Group telah mengambil alih EURO-SYMBIOSE 100%, penyedia perkhidmatan latihan, audit dan rundingan kualiti pakar Perancis, daripada pengasasnya. 

 (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/458284/TRIGO_Logo.jpg )
 (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/458285/EURO_SYMBIOSE_Logo.jpg )
 (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/458283/Ardian_Logo.jpg )

Ditubuhkan pada 1991, EURO-SYMBIOSE kebanyakannya berkhidmat untuk industri automotif, aeroangkasa, dan pengeluaran Perancis. Dengan kumpulan perunding yang amat berpengalaman, dan juga perkongsian jangka panjang dengan persatuan perdagangan utama dalam kedua-dua industri automotif dan aeroangkasa, syarikat ini memberi nasihat kepada pengeluar automotif dan aeroangkasa cara untuk memenuhi piawaian kualiti kritikal yang mengawal sektor ini di Eropah kini. Badan perdagangan ini termasuklah IATF/FIEV dan VDA, dan IAQG/GIFAS, masing-masing dalam sektor automotif dan aeroangkasa.

Keupayaan ini digandingkan dengan kualiti kelayakan dan perundingan memperbaik operasi EURO-SYMBIOSE akan menambah kedalaman dan kepakaran pada portfolio komprehensif TRIGO dalam perkhidmatan jaminan kualiti.

Ekoran pengambilalihan pakar perkhidmatan kualiti Jerman BÖLLINGER, pada Julai 2016, pengambilalihan EURO-SYMBIOSE juga memperkukuh tawaran TRIGO kepada sektor automotif Jerman, hasil perkongsian EURO-SYMBIOSE dengan peneraju badan perdagangan automotif Jerman, VDA-QMC untuk latihan VDA dalam bahasa Perancis.

Benoit Leblanc, Naib Presiden Eksekutif Eropah TRIGO, berkata: "TRIGO dan EURO-SYMBIOSE melengkapi satu sama lain dengan sempurna. Bermula dengan menggunakan kaedah termaju EURO-SYMBIOSE untuk melatih pembekal hinggalah kepada keperluan kualiti khusus OEM yang terkini, kepada menyelesaikan krisis kualiti di bahagian pengeluaran dengan jurutera dan pegawai pemeriksa TRIGO, kami boleh lakukan semuanya! Kami mengalu-alukan rakan sekerja baru ke TRIGO dan tidak sabar untuk bergabung keupayaan untuk memberi sokongan kepada pelanggan kami."

Françoise Jasnault dan Eric Canu, pengurus EURO-SYMBIOSE, menambah: "Perkongsian dengan TRIGO ini memberi kesan yang baik kepada EURO-SYMBIOSE, yang kini boleh menawarkan pelanggan lebih banyak set penyelesaian mempertingkatkan kualiti, dan juga memberikan mereka akses kepada keupayaan pelaksanaan hampir di mana-mana saja dalam dunia. Ia juga membolehkan profesional yang berbakat dalam kumpulan EURO-SYMBIOSE lebih banyak peluang perkembangan dalam TRIGO, dan ini sangat mengujakan."

Latar Belakang TRIGO Group

Ditubuhkan pada 1997, TRIGO ialah syarikat multinasional yang menawarkan penyelesaian Pengurusan Kualiti operasi untuk sektor pengeluaran, terutamanya dalam industri automotif dan aeroangkasa. Dengan kumpulan seramai beberapa ribu orang profesional yang bertempat di lebih 20 negara merentasi 4 benua, TRIGO menawarkan portfolio komprehensif perkhidmatan Jaminan Kualiti daripada pemeriksaan ke audit pakar, perundingan dan latihan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.trigo-group.com

Latar Belakang EURO-SYMBIOSE

Selama hampir tiga puluh tahun, EURO-SYMBIOSE telah memberi sokongan kepada pelanggan dalam usaha mereka mempertingkat pencapaian global. Syarikat ini menumpukan kepakarannya dalam pengurusan berkualiti dan keberkesanan dalam dua aktiviti, perundingan (pengurusan projek; sesi latihan) dan pedagogi kejuruteraan dan latihan (sesi terbuka dan sesi latihan "dalaman").

Syarikat beroperasi di seluruh Perancis dan juga antarabangsa melalui perjanjian perdagangan dengan Plexus International (AS, India, China, Korea, Jepun, Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Itali, Australia, Switzerland dan Rusia), OPCO (Portugal), SEG -Bidea (Sepanyol) dan Calitop (Romania) dan rangkaian pemegang lesen VDA QMC.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.euro-symbiose.fr

Latar Belakang ARDIAN

Ardian, diasaskan pada 1996 dan diterajui oleh Dominique Senequier, merupakan syarikat pelaburan persendirian bebas dengan aset US$60 bilion diurus atau dinasihati di Eropah, Amerika Utara dan Asia. Syarikat dengan pegangan majoriti dimiliki pekerja, mengekalkan keusahawanan sebagai tunjang dan memberikan pencapaian pelaburan kepada pelabur global dan pada masa yang sama memarakkan perkembangan ekonomi serata dunia. Proses pelaburan Ardian merangkumi tiga nilai: kecemerlangan, kesetiaan dan keusahawanan. Ardian mengekalkan rangkaian yang benar-benar global dengan lebih daripada 430 kakitangan yang bekerja di dua belas pejabat di Paris, London, Frankfurt, Milan, Madrid, Zurich, New York, San Francisco, Beijing, Singapura, Jersey, Luxembourg. Syarikat menawarkan 560 orang pelaburnya kepelbagaian pilihan pembiayaian yang meliputi keseluruhan kelas aset, termasuklah Dana atas Dana Ardian (utama, awal kedua, kedua), Hutang Persendirian Ardian, Belian Saham Penuh Pengambilalihan Ardian (termasuk Belian Saham Penuh Pengambilalihan Modal Pertengahan Ardian Eropah dan Amerika Utara, Peluasan Ardian, Pertumbuhan Ardian dan Pelaburan Bersama Ardian), Infrastruktur Ardian, Hartanah Ardian dan Mandat Ardian.

http://www.ardian.com

Hubungi

Hubungan TRIGO Group
Mercedesz Trum | Pengurus Pemasaran Kumpulan, TRIGO Group | +36-30-485-83-53 | mercedesz.trum@trigo-group.com

Hubungan EURO-SYMBIOSE
Francoise JASNAULT | Pengasas | +33-6-73-98-31-83 | f.jasnault@euro-symbiose.fr

Source: TRIGO Group
Keywords: Aerospace/Defense Auto Banking/Financial Service Transportation Acquisitions, mergers, takeovers