omniture

Ceva Sempurnakan Perjanjian Peroleh Portfolio Vaksin Khinzir dan Lembu Merial serta Antiradang Bukan Steroid daripada Boehringer Ingelheim

Ceva Sante Animale
2017-01-20 13:38 812

LIBOURNE, Perancis, 20 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Ceva Santé Animale hari ini menyempurnakan pemerolehan portfolio pelbagai produk, termasuk vaksin khinzir dan lembu serta antiradang bukan steroid untuk pelbagai spesies daripada Boehringer Ingelheim berikutan pengambilalihan Merial Animal Health.

Kesemua produk akan tersedia serta merta melalui syarikat-syarikat Ceva tempatan atau melalui rakan pengedarnya, tanpa sebarang gangguan bekalan.

Ceva tekal menjadi salah satu antara 10 syarikat veterinar terbaik yang paling pesat berkembang pada dekad lalu, membuat pelaburan besar dalam pembangunan vaksin, sebagai sebahagian daripada strategi kesihatan pencegahan di peringkat global.

Mengulas tentang perjanjian itu, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Ceva, Dr. Marc Prikazsky berkata:

"Kami gembira dapat mengambil alih rangkaian produk ini serta himpunan aset R&D yang kukuh. Kepakaran di sebalik produk-produk ini bermula sejak zaman Pasteur, Rhone-Merieux, Merial dan kini sebagai Ceva kami sedar bahawa kami menggalas satu tanggungjawab untuk mengekalkan tradisi saintifik veterinar yang kukuh ini. Pelanggan-pelanggan kami diberi jaminan bahawa kami akan terus melabur demi membangunkan produk-produk untuk masa kini dan masa depan."

LATAR BELAKANG CEVA SANTE ANIMALE  

Ceva Santé Animale ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan sebuah syarikat kesihatan veterinar global, memberi tumpuan terhadap penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran produk-produk farmaseutikal serta vaksin-vaksin untuk haiwan kesayangan, ternakan, khinzir dan juga ayam itik. Ibu pejabatnya terletak di Libourne (Gironde). Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ceva ialah Marc Prikazsky.

Laman Sesawang: http://www.ceva.com

MAKLUMAT PERHUBUNGAN AKHBAR
Martin Mitchell
Pengarah Komunikasi
+33-05-57-55-40-80
martin.mitchell@ceva.com    

Syarikat: Davidson Ryan Dore
Lawrence Dore
Lawrence.dore@drdpartnership.com
Telefon: +44(0)207-520-9218 

Sumber: Ceva Santé Animale

Source: Ceva Sante Animale
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers