omniture

Orang Paling Kaya China, Hartawan Hiburan Wang Jianlin, Gegarkan Dunia

Wanda Group
2017-01-23 18:24 873

DAVOS, Switzerland, 23 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Ketika rakan media dan pengguna internet terus dikejutkan dengan kemahiran nyanyian lelaki terkaya China, minggu ini sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF), Wang Jianlin, Pengerusi Dalian Wanda Group, sepantas kilat menukar peranan beliau daripada "penghibur" kepada "ahli perniagaan", memberi penekanan tambahan kepada misi beliau untuk mengubah syarikat gergasi hartanah itu menjadi konglomerat yang menerajui bidang filem, sukan dan pelancongan, selain meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia.

Pengerusi Wanda Group, Wang Jianlin, menyanyikan lagu rock, “Nothing to my name” dalam sebuah majlis gala tahunan setelah mengumumkan kejayaan peralihan Kumpulan.
Pengerusi Wanda Group, Wang Jianlin, menyanyikan lagu rock, “Nothing to my name” dalam sebuah majlis gala tahunan setelah mengumumkan kejayaan peralihan Kumpulan.

Wang Jianlin, seorang majikan Wanda Group yang lantang bersuara, dikenali dalam media sosial Cina kerana menetapkan matlamat "kecil yang mampu dicapai". Pada tahun 2016, matlamat utama Wang adalah untuk mengalihkan tumpuan Kumpulan tersebut daripada sektor hartanah kepada beberapa sektor perkhidmatan utama dengan memberi penekanan baharu dan semakin meningkat ke arah hiburan, pelancongan dan juga sukan. Hasilnya menakjubkan, dengan jumlah peningkatan aset sebanyak 21.4 peratus pada tahun 2016, menurut laporan tahunan Kumpulan itu yang dikeluarkan pada 14 Januari.

Untuk mengorak langkah peralihan Kumpulan, Wang turut menyanyikan empat buah lagu pada majlis gala tahunan, bermula daripada lagu-lagu rock hinggalah lagu opera tempatan Cina. Persembahan Wang mendapat liputan meluas daripada rakan media global dan dianggap sebagai tindakan PR yang bijak, walaupun pihak media percaya ia sentiasa menjadi satu risiko apabila seseorang pegawai eksekutif melakukan sesuatu di luar kebiasaan di depan khalayak. Video-video Wang menyanyi telah tersebar begitu meluas, mencapai lebih 1.5 bilion orang di seluruh dunia setakat ini, dengan lebih 1/3 orang di luar China.

Nampaknya hobi peribadi pengerusi itu bukan sahaja membentuk budaya korporat Kumpulan -- Wanda Group mengadakan pertandingan nyanyian untuk seluruh syarikat "The Voice of Wanda" setiap tahun untuk kakitangannya – tetapi turut memacu strategi Kumpulan, seperti yang ditunjukkan melalui laporan tahunan. Di WEF, Wang menyatakan sebab di sebalik peralihan ini, "Hartanah ialah sektor yang menguntungkan, tetapi ia tidak dapat berkekalan dan juga tidak stabil. Oleh yang demikian, kami perlu membuat peralihan. Mereka yang berduit akan menyasarkan sektor kesihatan dan hiburan. Hiburan adalah suatu yang membuat anda gembira, dan sukan pula adalah suatu yang menyihatkan anda. Oleh itu, saya akan beralih kepada sukan dan hiburan."

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170123/0861700801

 

Source: Wanda Group
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Real Estate Sports Corporate Expansion