HO CHI MINH CITY, Vietnam, 23 Januari 2017 /PRNewswire/ -- VPBank Finance Company Limited (FE CREDIT) telah melancarkan FE CREDIT PLUS+ MasterCard yang unik menyasarkan pengguna permulaan kategori. Kad ini akan membantu pemegang kad buat pertama kali mendapat faedah yang relevan dalam pasaran yang mempunyai penerimaan kad yang terhad.
FE CREDIT PLUS+ MasterCard yang sah digunakan di peringkat antarabangsa mempunyai beberapa ciri PERTAMA kali diperkenal yang unik:
En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata,"FE CREDIT, peneraju pasaran dalam kewangan pengguna, menyasarkan untuk terus menyediakan pelanggan dengan produk dan ciri-ciri cemerlang seperti PLUS+ MasterCard. MasterCard mengiktiraf FE CREDIT sebagai satu-satunya institusi kewangan bukan bank untuk pengeluaran kad paling berkesan pada tahun 2016."
En. Arn Vogels, Pengurus Negara Indochina MasterCard dan Ketua Perwakilan berkata,"Di Vietnam, di mana kad kredit kurang menembusi pasaran, kami percaya bahawa FE CREDIT mempunyai keupayaan untuk membentuk pasaran dengan mendekati segmen pengguna baharu dengan kaedah yang mencabar model perniagaan konvensional."
En. Nimish Dwivedi, Pengarah Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menambah,"FE CREDIT PLUS+ MasterCard telah memperkenalkan suit faedah bagi pengguna kad kali pertama dengan matlamat untuk memperkayakan kehidupan mereka dengan Kelebihan yang belum pernah disaksikan sebelum ini."
Latar Belakang FE CREDIT
Salah satu perintis dalam industri Kewangan Pengguna, selepas hanya 6 tahun beroperasi, FE CREDIT telah menetapkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju dalam pasaran pinjaman pengguna tanpa cagaran. FE CREDIT pada masa kini menyediakan perkhidmatan pinjaman pengguna dengan produk utama seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan tahan lama pengguna dan kad kredit. Banyak lagi maklumat boleh didapati di: www.fecredit.com.vn
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Pemasaran - FE CREDIT - VPBank Finance Company Limited
Telefon: +84-8-3911-5212
Emel: pr@fecredit.com.vn
Laman sesawang: www.fecredit.com.vn