omniture

Hangzhou Tonjolkan Bandar sebagai Destinasi MICE Antarabangsa dengan Beberapa Acara Promosi Jenama

Business Events Hangzhou
2017-01-24 22:12 914

BEIJING, 24 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Pegawai kerajaan bandar Hangzhou, pusat komersil, pelancongan dan kebudayaan penting di timur China, telah menetapkan matlamat mereka untuk mengubah Hangzhou menjadi destinasi mesyuarat antarabangsa, insentif perjalanan, konvensyen dan pameran (MICE) dan menjenama semula bandar ini dengan peranan baharu sebagai destinasi MICE yang mana ia dijadikan sebagai salah satu lambang utamanya. Sebagai salah satu langkah pertama, Business Event Hangzhou yang merupakan cabangan kerajaan yang bertanggungjawab mempromosi dan mengurus acara MICE dalam bandar, mengadakan mesyuarat promosi jenama "Hangzhou, Menyemarakkan Hubungan Baharu" semalam. Pada setengah pertama 2017, Hangzhou merancang untuk melancarkan siri acara promosi jenama MICE yang sejajar dengan pesanan slogan iklan baharu, yang bakal memasukkan Perjalanan Fam °CEO, Musim Promosi MICE Hangzhou dan Peta Panoramik Hangzhou sebagai Destinasi MICE.

 The main venue of the “Hangzhou, Inspiring New Connections” brand promotion meeting
The main venue of the “Hangzhou, Inspiring New Connections” brand promotion meeting

Hangzhou menjadi bandar Cina pertama berjenama destinasi MICE rasmi

Pada 2016, konvensyen yang diadakan di bandar ini hasil daripada Kempen Tahun Tawaran Istimewa MICE Hangzhou membawa masuk lebih 30 juta yuan (kira-kira US$4.3 juta), satu hasil yang cemerlang memandangkan pentadbiran bandar ini hanya membelanjakan satu perlima belas daripada jumlah tersebut untuk kos promosi bagi menjanakan hasil itu. Hangzhou tersenarai dalam 100 bandar destinasi MICE utama dunia buat pertama kalinya dan sekali lagi mendapat kedudukan ketiga tertinggi bandar destinasi MICE Cina, menurut Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa.

Pada penghujung tahun lalu, Hangzhou memperkenalkan slogan iklan baharu bandarnya "Hangzhou, Menyemarakkan Hubungan Baharu" di Konvensyen Industri Mesyuarat China ke-9, menjadikannya bandar Cina pertama dengan jenama destinasi MICE rasmi.

Hangzhou bakal mulakan dua kempen pemasaran utama pada setengah pertama 2017

Hangzhou merancang untuk memulakan dua kempen pemasaran utama pada 2017: Perjalanan Fam °CEO dan Musim Promosi MICE Hangzhou.

°CEO melambangkan pegawai berpengalaman °C Hangzhou, yang merupakan kempen pemasaran luar talian yang mengundang eksekutif perniagaan dari seluruh dunia untuk melawat Hangzhou dan mengalami kualiti unggul perkhidmatan yang menyokong acara MICE dan industri MICE di bandar ini. 500 syarikat utama dunia, penganjur persidangan profesional dan juga golongan berpengaruh media dan industri dijemput untuk menghadiri kempen ini.

Musim Promosi MICE Hangzhou, kolaborasi silang-industri dengan platform e-perdagangan terkemuka China, direka untuk menyampaikan himpunan sumber MICE Hangzhou yang luas kepada penganjur persidangan, dan dijangka akan langsung mencetuskan komitmen daripada penganjur.

Selain itu, perniagaan-perniagaan di Hangzhou yang terlibat secara langsung atau menyediakan perkhidmatan kepada industri MICE bandar ini merancang untuk menghadiri persidangan utama dan pameran perjalanan insentif yang diadakan di China dan luar negara.

Hangzhou merancang inisiatif tambahan pada 2017 untuk menarik lebih banyak mesyuarat antarabangsa ke bandar ini, sebagai langkah seterusnya dalam meningkatkan kaliber antarabangsa bandar ini sebagai destinasi persidangan antarabangsa sebenar.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170119/0861700743

Source: Business Events Hangzhou
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services