omniture

Guerlain Persembahkan Angelina Jolie: Ikon Baharu Guerlain Parfumeur

Guerlain Parfumeur
2017-01-25 03:04 803

PARIS, 25 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Guerlain Parfumeur, jenama kecantikan Perancis sejak 1828, berbangga mengumumkan Angelina Jolie sebagai ikon wangian baharunya untuk wanita. "Kami mencipta minyak wangi untuk wanita yang kami kagumi" kata Jacques Guerlain, pencipta wangian khayalan seperti Shalimar, L'Heure Bleue dan Mitsouko. Thierry Wasser, Pakar Minyak Wangi Guerlain, mengambil inspirasi daripada Angelina Jolie untuk mencipta wangian yang menzahirkan idea "nota seorang wanita": pilihan, emosi dan impian yang merangkumi kewanitaan moden. Perkongsian antara Angelina dan Guerlain ini dimeterai di Kemboja pada Disember 2015, ketika beliau mengarah filemnya First They Killed My Father. Namun begitu, ia berpunca daripada memori zaman kanak-kanak Angelina tentang ibunya yang gemarkan bedak Guerlain. Angelina Jolie ialah seorang pembuat filem, Duta Khas Agensi Pelarian PBB dan pengasas bersama Inisiatif Mencegah Keganasan Seksual. Beliau juga menderma semua gaji miliknya yang terhasil daripada kempen Guerlain kepada badan kebajikan.

(Logo: http://mma.prnewswire.com/media/459955/Guerlain_Logo.jpg)
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/459957/Angelina_Jolie.jpg)

Boleh didapati pada Mac 2017 - Hubungan Media : Halima Regragui - Jabatan Media Antarabangsa & Perhubungan Awam Guerlain - 125 rue du Président Wilson - F-92300 Levallois-Perret - Tel. +33(0)1 41-27-31-00 - Faks +33(0)1-41-27-32-29

Sumber: Guerlain Parfumeur

Source: Guerlain Parfumeur
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Licensing/marketing agreements Women-related news