omniture

Vertu Lancar Constellation Imbangi Elemen Warisan Ikonik Dengan Reka Bentuk Moden Yang Anggun

Vertu
2017-01-25 11:55 709

LONDON, 25 Januari 2017 /PRNewswire/ --

  • Pengeluar telefon mudah alih mewah Inggeris, Vertu, lancarkan telefon pintar berprestasi tinggi generasi terbaharu
  • Vertu Constellation boleh didapati di butik-butik dari pertengahan Februari 2017
  • Constellation gabungkan teknologi berprestasi unggul, kualiti pembuatan yang hebat, bahan-bahan mewah dan platform perkhidmatan khusus Vertu yang terkenal
  • Direka bentuk untuk pelancong global, Constellation termasuk Dwi SIM dan sokongan untuk 34 jalur dan protokol antarabangsa
  • Paparan WQHD AMOLED 5.5 " yang beresolusi tinggi, dengan lebih 3.6 juta piksel, memberikan warna yang hebat dan terperinci, dilindungi oleh skrin kristal nilam Generasi ke -6
  • Pengalaman pengimejan Constellation ini direka untuk kegunaan media sosial yang optimum, dengan kamera 12MP yang mana kepekaan cahaya dimaksimumkan melalui piksel mikro 1.55 yang besar
  • Kualiti suara terjamin melalui bunyi maya sekeliling Dolby® Digital Plus untuk akustik mudah alih yang tiada tandingan
  • Constellation menggabungkan keseluruhan tawaran perkhidmatan Vertu yang mendapat sanjungan, termasuk Vertu CONCIERGE dan Vertu LIFE
  • Kotak untuk menyimpan adalah daripada kulit lembut, dalam pelbagai warna-warna menarik, diperolehi daripada kilang kulit pakar yang dikendalikan oleh sebuah keluarga di Itali

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460084/Vertu.jpg )

Telefon Global

Etos Vertu merupakan 'telefon sedunia', dan Constellation benar-benar dioptimumkan untuk pengembara global. Mengambil kira bahawa ramai pelanggan Vertu tinggal dan mengembara merentasi pelbagai negara, Constellation adalah peranti Vertu yang pertama menyokong teknologi Dwi Sim. Ia membolehkan pengguna untuk beralih antara Sim dan rangkaian yang berbeza berpandukan destinasi mereka, dengan pasukan pembangunan Vertu ini memastikan bahawa, dimana anda berada di dunia, Constellation anda mempunyai persediaan yang optimum untuk kawasan tersebut.

Perkhidmatan sedunia yang sempurna ini dilengkapi dengan akses Wi-Fi global dari iPass, rangkaian Wi-Fi yang terbesar di dunia.

Prestasi

Constellation mempunyai resolusi paparan paling tinggi pernah dicatatkan Vertu, hasil daripada kehebatan panel WQHD AMOLED yang menawarkan 538 piksel per inci dan lebih 3.6 juta piksel, memberikan kejelasan yang luar biasa kepada butiran imej. Paparan ini dilindungi oleh kristal nilam 140 karat generasi ke-6 yang kalis-cakar dan kukuh.

Prestasi akustik yang luar biasa terhasil dengan pemprosesan bunyi maya sekeliling oleh Dolby® Digital Plus dan pembesar suara stereo depan, ditempatkan di bahagian atas dan bawah telefon untuk mencapai pemisahan stereo yang terbaik. Kualiti panggilan adalah terjamin melalui penyenyap hingar taut naik dan sokongan Suara HD.

Constellation juga meningkatkan aktiviti pengguna-penguna media sosial dengan kamera 12 megapiksel yang luar biasa, direka khas untuk jurugambar sosial. Menampilkan 1.55 piksel mikro yang besar, kamera ini memberikan pengalaman pengimejan yang unggul dengan sokongan video 4K, video slo-mo dan ciri-ciri panorama.

Di samping audio dan pengimejan berprestasi tinggi yang hebat, Constellation menampilkan ciri-ciri pengecasan tanpa wayar, NFC, Google Android ™ 6.01 Marshmallow dan komunikasi yang selamat dari Silent Circle. Spesifikasi teknikal terperinci disertakan pada akhir berita ini.

Maklumat perhubungan:

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Andrew Naylor di Neville McCarthy Associates
andrew@nevillemccarthy.com |+44(0)207-940-2900

http://www.vertu.com

Source: Vertu
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Jewelry Retail Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services