omniture

LKK Health Products Group Keluarkan Laporan CSR Pertama

Cipta ekosistem lestari
LKK Health Products Group
2017-01-25 20:00 997

HONG KONG, 25 Januari 2017 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group (LKKHPG) telah mengeluarkan laporan pertama tanggungjawab sosial korporat (CSR) di laman webnya hari ini.

 (Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/LKKHPG_20170104en.shtml)

 

 

Muka depan laporan CSR LKKHPG 2016
Muka depan laporan CSR LKKHPG 2016

 

Ucapan Pengerusi Kumpulan
Ucapan Pengerusi Kumpulan

 

Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren
Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren

 

Kembara Jejak Sumber Infinitus
Kembara Jejak Sumber Infinitus

 

Program Bola Sepak Riang Infinitus
Program Bola Sepak Riang Infinitus

"Dengan pelaksanaan berterusan strategi pembangunan kepelbagaian LKKHPG dan ahli-ahlinya sedang cuba untuk mencipta ekosistem yang lebih meluas dan dalam masa yang sama mempelbagai dan memperkukuh usaha untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat," kata En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG. 

Untuk memenuhi strategi pembangunan yang pelbagai, LKKHPG dan ahli-ahlinya menerbitkan laporan CSR mereka secara berasingan pada kali pertama. Laporan CSR LKKHPG termasuk maklumat penting tentang amalan CSR oleh Kumpulan dan ahli-ahlinya, yang memudahkan pemegang saham untuk memahami gambaran keseluruhan.

Sepanjang tahun lepas, LKKHPG komited terhadap penciptaan ekosistem lestari untuk kesihatan dan kebahagiaan melalui siri-siri inisiatifnya. Inisiatif ini termasuk derma sebanyak US$21 juta di bawah nama Keluarga Lee Kum Kee untuk menubuhkan Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung di Sekolah Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan, dengan matlamat untuk meneroka rahsia kesihatan dan kebahagiaan manusia, termasuklah melaburkan RMB 4.5 bilion (lebih kurang US$648 juta) untuk membina bangunan pejabat moden di Baiyun New Town, Guangzhou bertujuan menghasilkan produk kesihatan tambahan yang berkualiti tinggi. Tambahan pula pada 2016 Yayasan Si Li Ji Ren, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang dibiayai dan ditubuhkan oleh Infinitus (China) pada 2012, telah melaburkan RMB 17 juta (lebih kurang US$ 2.4 juta) di 37 program kebajikan awam yang berada dalam kawasan lemah ekonomi di serata China, termasuklah program yang memberi sokongan kepada pelajar yang layak supaya mereka boleh menamatkan pelajaran dan juga menubuhkan program bola sepak untuk kanak-kanak, memberikan mereka harapan dan masa depan untuk dikejar. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan penuh Kumpulan terhadap pembangunan masa depan mereka tetapi juga menunjukkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial.

"LKKHPG mampu menangani risiko masa depan yang tidak dapat diduga dengan kebaikan ekosistemnya yang lestari. Tambahan pula, dari sudut pandangan ekosistem, LKKHPG mampu menemukan sumber tambahan yang kami perlukan untuk perkembangan di masa depan," En. Sammy Lee, Pengerusi dan Pengarah Urusan LKKHPG menyatakan dalam laporan. "Sebagai penyokong kesihatan dan kebahagiaan, kami mempunyai keyakinan dalam kebolehan kami untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat kerana kesihatan merupakan topik penting dalam pembangunan lestari masa depan bukan sahaja di China tetapi di seluruh dunia."

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201701/LKKHPG/envideo.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170124/0861700078-h
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170124/0861700078-i
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170124/0861700078-e
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170124/0861700078-f
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170124/0861700078-g

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility New products/services