omniture

GAC Motor Kembali dengan Kejayaan di NAIAS 2017 Raih Pujian Tinggi Penyelidikan dan Pembangunan Inovatif

Pusat R&D Pertama di Amerika Utara Bertapak di Silicon Valley
GAC Motor
2017-01-26 08:19 883

DETROIT, 26 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Jenama kenderaan yang paling pesat berkembang di China GAC Motor baru sahaja menutup pameran mereka di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 pada 22 Januari di Detroit, AS, mencapai kejayaan besar sebagai satu-satunya syarikat Cina pertama yang mempamer kenderaan dan teknologi baharu yang menyerlahkan jenama di ruang pameran utama dalam sejarah NAIAS dengan pelancaran besar-besaran kenderaan elektrik pertama GE3, SUV GS7 baharu dan kereta konsep EnSpirit. Syarikat menerima anugerah "Memperingati Komitmen Kepada NAIAS 2017" kerana berjaya menjadi penghubung industri kenderaan antara China dan AS.

Yu Jun, general manager of GAC Motor, gave a keynote speech at GS7’s world premiere.
Yu Jun, general manager of GAC Motor, gave a keynote speech at GS7’s world premiere.

Yu Jun, pengurus besar GAC Motor, berkata bahawa barisan kenderaan blokbuster syarikat GS7, GE3, EnSpirit dan sedan elit GA8 di NAIAS merupakan tafsiran menyeluruh tema pameran mereka "Inovasi untuk Masa Hadapan".

"Kami faham bahawa jenama yang hebat dibina dari asas pengalaman pengguna. Saya benar-benar berharap GAC Motor akan menjadi jenama popular di Amerika dan serata dunia," kata Yu.

GS7, SUV baharu yang lasak, mendapat perhatian meluas dan pujian daripada peneraju dan pakar industri kenderaan dengan liputan meluas daripada peneraju media antarabangsa termasuklah Associated Press, Wall Street Journal, USA Today, ABC News, Automotive Magazine, Auto Express, The Detroit News, dan banyak lagi.

Florent Menegaux, ketua pegawai operasi di Michelin, melawat pameran GAC Motor di NAIAS untuk mengalami kenderaan baharu tersebut. Beliau berkata GS7 mempunyai reka bentuk yang amat tegap dan garisan yang cantik pada luaran dan juga mutu kerja yang sangat halus pada dalaman dan SUV ini akan menjadi saingan hebat di pasaran.

Model ini dicipta, direka dan dibuat di China yang bukan hanya mempunyai konfigurasi tahap tertinggi tetapi juga mempunyai unsur rekaan menarik. GS7 yang berteknologi inovatif, berseni dinamik dan berfungsian mudah mempamerkan pemikiran inovatif GAC Motor dalam pembuatan kenderaan dan mencipta pengalaman memandu dan menaiki kenderaan yang lain daripada yang lain untuk pelanggan seluruh dunia.

Sementara itu, kenderaan elektrik GE3 dan kereta konsep pemalam hibrid 'crossover' EnSpirit juga menunjukkan asas kukuh GAC Motor untuk membina mobiliti masa depan dengan kenderaan revolusioner dan mesra alam.

Peter Lake, naib presiden eksekutif ZF TRW Automotive Holdings Corp., pembekal automotif peneraju dunia, memuji kualiti tinggi produk GAC Motor dan menyatakan bahawa ZF TRW akan meneruskan lanjutan usaha sama dengan GAC Motor dengan sokongan penuh pembangunan produk, kawalan mutu, bekalan pengeluaran dan pengembangan pasaran untuk menyediakan produk yang lebih baik dan dipercayai kepada pengguna.

Untuk menyiapkan pembinaan sistem global R&D, GAC Motor menubuhkan Pusat R&D Amerika Utara pertamanya di Silicon Valley pada 2017, mengumpulkan bakat dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan lanjutan untuk mencipta kenderaan generasi seterusnya yang inovatif, tegap dan mesra.

"Menerusi penyepaduan sumber global, GAC Motor akan mencapai kejayaan dalam pasaran kenderaan utama seluruh dunia, berkembang menjadi perusahaan kenderaan antarabangsa yang akan menyediakan produk dan perkhidmatan automotif paling bernilai kepada pengguna seluruh dunia," kata Feng Xingya, presiden GAC Group.

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti tinggi, mencapai 96% kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor berada pada kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2016, J.D. Power Asia Pasifik yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Facebook:  https://www.facebook.com/GACMoto/posts/1275665359142728  
Instagram:
 https://instagram.com/p/BMCLdjegUnI/  
Twitter:
 https://twitter.com/gac_motor/status/791324958353821697

Hubungan Media:

Suki Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170124/0861700847

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news