omniture

Uomo Group Lancar Empat Acara Eksklusif Tempahan Khas oleh Artisan Hebat dari Itali

Uomo Group
2017-01-26 11:00 1205

SINGAPURA, 26 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Uomo Group menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam empat acara eksklusif bertemakan "Tempahan Khas" menampilkan Artisan Hebat dari Itali di Busana Pakaian Mewah Untuk Jejaka milik Kumpulan itu. Acara langsung ini akan bermula dari 31 Januari - 3 Februari 2017, dari 11 pagi-9 malam, di The Shoppes di Marina Bay Sands.

Acara Tempahan Khas 2017 Uomo Group
Acara Tempahan Khas 2017 Uomo Group

Para tetamu akan menikmati promosi eksklusif, yang direncana khas untuk menghargai pelanggan. Promosi hanya sah untuk 4 hari yang berkenaan sahaja.

UOMO COLLEZIONI, Aras Galeria, B1-73/74 

Buat tempahan suit dengan Tukang Jahit Tersohor dari Itali En. Francesco Pasquetti untuk Suit Super150s hanya dengan SGD2,500 dan dapatkan kemeja percuma berharga SGD600.

STEFANO RICCI, Aras Galeria, B1-75 

Nikmati penginapan percuma satu malam di Bilik Club di Marina Bay Sands dengan pesanan Tempahan Khas pada harga hanya SGD13,888.

MORESCHI, Aras Kasino, B2M-226

Tempah sepasang kasut Moreschi yang diperibadikan hanya dengan SGD950 dan dapatkan kit kasut kembara Moreschi percuma. Dapatkan Selipar Bilik Tidur Moreschi bernilai SGD588 dengan percuma apabila anda memesan 2 pasang kasut.

BRIONI, Aras Galeria, B1-76

Nikmati Ganjaran Mata Berganda serta penginapan percuma satu malam Bilik Deluxe di Marina Bay Sands apabila membuat pesanan Tempahan Khas dengan hanya SGD8,000.

Latar Belakang Uomo Group

Uomo Group membawakan Pakaian Mewah terbaik untuk Jejaka dari Eropah ke Singapura dalam lima buah butik rekaan elegan di lokasi yang sesuai di Marina Bay Sands yang ikonik. Butik berjenama tunggal yang dikendalikan oleh Uomo Group termasuk Stefano Ricci, Brioni, Zilli & Moreschi manakala butik pelbagai jenama Uomo Collezioni membawa jenama berprestij seperti Canali, Kiton, Artioli, JM oleh Johnny Manglani, Tardini, Billionaire, Tateossian, Jacob Cohen, Araldi dan banyak lagi.

Dengan portfolio jenama terkenalnya, Uomo Group merupakan destinasi membeli-belah utama di Asia untuk jejaka yang bijak menilai dan hanya inginkan yang terbaik serta yang gemar berbelanja dalam suasana mewah dan selesa.

Koleksi terkini boleh didapati di semua butik. Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang istimewa, butik-butik menyediakan perkhidmatan pelbagai pilihan su misura (tempahan khas) dari Itali yang sukar ditandingi. Semua item su misura menerapkan tradisi fatto a mano (buatan tangan) dan diperbuat di Itali oleh artisan hebat berpandukan tradisi jahitan Itali yang tidak lapuk ditelan zaman dan menggunakan fabrik yang paling mewah dari kilang terbaik Eropah. Pelanggan boleh memilih daripada lebih 2,000 fabrik dan pelbagai gaya yang boleh disesuaikan serta perincian yang mempesonakan yang akhirnya dapat menghasilkan pakaian yang unik.

Untuk temujanji, sila hubungi + 65-6884-4005 atau e-mel: info@uomogroup.com

Untuk maklumat lanjut tentang Uomo Group di laman sesawang kami: http://uomogroup.com/

Dapatkan koleksi terkini Jenama Mewah Itali Yang Terbaik secara dalam talian di http://shop.uomogroup.com/.

Untuk berita terkini, ikuti Wechat Uomo Group
Untuk berita terkini, ikuti Wechat Uomo Group

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170120/8521700394-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170124/8521700394-b

Source: Uomo Group
Related Links:
Keywords: Fashion Retail Textiles New products/services