LONDON, 26 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Link Financial Group hari ini mengumumkan ia melabur lebih EUR580 juta dalam pemerolehan portfolio pinjaman tak berbayar dan berbayar pada tahun 2016, di samping turut berkembang ke dalam tiga pasaran baharu. Pelaburan yang besar turut dibuat pada tahun itu termasuk menghimpunkan pinjaman runcit tak berbayar dan berbayar semula daripada tiga kumpulan perbankan terbesar UK, dengan nilai pelaburan tersebut sahaja berjumlah EUR345 juta.
Syarikat ini turut meneruskan kejayaan selama 10 tahun berada di Itali menerusi satu perjanjian perintis untuk memperoleh perniagaan kewangaan pengguna Itali BBVA yang ditinggalkan yang bernilai hampir EUR100 juta selain memperoleh portfolio kedua dalam pasaran gadai janji Itali serta beberapa pembelian dalam sektor auto di Sepanyol. Portfolio pinjaman selanjutnya dan operasi kedua di Ireland telah ditambah menerusi pemerolehan Everyday Finance, yang berpangkalan di Galway.
Modal turut digunakan di luar pasaran teras ini dengan transaksi lebih kecil di Perancis dan Poland. Link turut mewujudkan operasi yang bertapak di Portugal dan telahpun mengintai beberapa peluang pelaburan tempatan. Syarikat ini melihat skop yang baik dalam pasaran-pasaran baharu ini untuk memperluas keupayaan pelaburannya dan menyuntik modal selanjutnya pada tahun 2017 dan tahun-tahun seterusnya.
Pembelian portfolio 2016 menjadikan jumlah aset terurus Syarikat kepada lebih EUR15.5 bilion, menjadikannya salah satu pelabur kredit yang lebih besar dan lama bertapak di Eropah yang memberi tumpuan terhadap aset-aset pengguna dan SME.
"Portfolio-portfolio baharu ini menunjukkan kebolehan kami dalam menyempurnakan urus niaga yang pelbagai dan rumit di seluruh Eropah dalam jangka masa yang singkat, meskipun dalam keadaan pasaran yang mencabar. Kami melihat potensi yang amat besar untuk membuat pelaburan selanjutnya memandangkan kami ingin menggunakan dana Syarikat yang tersedia untuk seluruh pasaran baharu dan sedia ada kami."
Selina Burdell, Ketua Pegawai Operasi - Link Financial Group
Nota untuk Editor:
Hubungi Link Financial Group: Anthony Harrison, Pengarah Pemasaran Kumpulan, T: +44(0)203-198-8635, aharrison@linkfinancial.eu