SHENZHEN, China, 27 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar telefon pintar utama, Vivo baru-baru ini melancarkan Vivo V5 Plus yang revolusioner di Asia Tenggara dan India, telefon pintar pertama dengan kamera dwihadapan 20MP di rantau tersebut, berikutan slogan jenama yang baru diperkenalkan, "Kamera & Muzik".
Dibangunkan bersama Sony, model V5 Plus menampilkan kamera hadapan 20MP, Cahaya Lembut Swafoto dan algoritma pemprosesan imej canggih. Resolusi 20MP dengan apertur besar f/2.0, lensa 5P dan saiz sensor 1/2.78'' dapat menghasilkan gambar potret yang mengagumkan dalam semua keadaan.
Gabungan antara kamera 20MP yang berkuasa ini dengan kamera kedua dapat mencipta kesan bokeh bergred profesional setanding dengan kamera DSLR dengan apertur besar. Ciri Cahaya Lembut Swafoto pula mencipta kesan cahaya seperti dalam studio fotografi profesional yang membolehkan pengguna merakam kecantikan mereka dalam semua keadaan cahaya. Para pengguna juga akan beroleh pengalaman fotografi yang lebih baik menerusi ciri fokus semula tangkapan canggih Vivo dengan menambah fokus walaupun selepas gambar diambil.
Dengan elemen muzik yang merupakan ciri penting Vivo, V5 Plus menyediakan pengalaman muzik yang amat menghiburkan, seperti mana model terdahulu. Dengan mengaplikasikan AK4376 ikonik yang ditempah khas dengan nisbah isyarat-kepada-hingar (SNR) sehingga 115 dB, telefon pintar itu dapat mengembalikan semula setiap butiran dalam cebisan muzik dengan kualiti bunyi yang hebat.
"Telefon pintar V5 Plus baharu mewarisi pengalaman Vivo yang beraneka dalam fotografi dan muzik mudah alih, dua daripada cara-cara paling penting untuk pengguna mengekspresikan diri dan menikmati kehidupan moden mereka. Kami turut menubuhkan tujuh Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Silicon Valley, San Diego, dan lima bandar di China bagi membawakan inovasi teknikal terunggul dalam semua aspek buat para pengguna kami pada tahun 2017," kata Alex Feng, naib presiden global Vivo.
Ciri-ciri lain V5 Plus termasuk:
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.vivo.com/en/product/V5Plus/index.html
Vivo V5 Plus kini disediakan di India, Thailand, Vietnam, Malaysia, Filipina, serta Myanmar dan bakal dilancarkan di Indonesia pada bulan Februari.
Latar Belakang Vivo
Sebuah jenama telefon pintar global yang berjiwa muda, fokus dalam memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi hebat berserta teknologi terkini, Vivo menghasilkan produk yang dinamik serta bergaya untuk golongan muda yang bersemangat. Syarikat ini tergolong antara 5 jenama telefon pintar terbaik di seluruh dunia, menurut laporan IDC Suku Ketiga 2016.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170125/0861700854-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170125/0861700854-b