omniture

Shaw Academy Lancar Platform Teknologi Baharu Pendidikan Peribadi

Shaw Academy
2017-01-30 09:30 731

DUBLIN, 30 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Shaw Academy, pendidik dalam talian secara langsung yang terbesar di dunia, telah melancarkan platform pendidikan sendiri untuk menampung lonjakan berterusan pelajar yang memanfaatkan kandungannya. Syarikat yang berpangkalan di Ireland dengan pejabat-pejabat di UK, Amerika Syarikat & India menyediakan pendidikan dalam talian secara langsung merangkumi pelbagai mata pelajaran, memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal. Bilangan pelajarnya meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua belas bulan yang lalu dan perolehan melonjak dengan purata 322% berbanding tahun sebelumnya sejak penubuhannya pada tahun 2011.

Diasaskan bersama oleh James Egan dan Adrian Murphy, pertumbuhan pesat Shaw Academy berlandaskan kepada prinsip-prinsip teras dalam menyampaikan pendidikan yang hebat, sesuai kemampuan dan mampu akses kepada semua orang, disokong oleh teknologi proprietari. Kursus-kursus di Shaw Academy diselenggarakan dan dibangunkan oleh pakar bidang dan fakulti praktikal termasuk Pemasaran, Teknologi, Seni Reka, Kewangan, Jualan, Nutrisi dan Fotografi. Pembelajaran disampaikan secara langsung, dan oleh yang demikian memastikan trend terkini boleh dirangkumi dan pelajar berinteraksi dalam masa sebenar pada waktu pilihan mereka.

Platform baharu yang digelar Phoenix membolehkan Shaw Academy untuk mengajar lebih ramai pelajar dalam talian secara langsung serentak berbanding sebelum ini, di samping menyediakan perkhidmatan yang jauh lebih automatik namun disesuaikan secara khusus untuk pelajar. Pelanggan mendaftar untuk bidang pilihan mereka akan mendapat pembelajaran yang memberi tumpuan kepada keputusan mereka. Shaw Academy boleh membuat penyesuaian sepenuhnya maklumat yang disampaikan kepada pelajar berdasarkan pilihan mata pelajaran, tahap pengalaman dan laluan kerjaya yang dikehendaki. Banyak elemen gamifikasi yang relevan dengan subjek juga akan dilaksanakan di sepanjang tempoh pengajian untuk lebih merangsang kadar tamatan. Teknologi baharu ini akan meningkatkan lagi pengalaman hidup yang membolehkan pelajar untuk menerima jawapan yang terperinci serta-merta, dan menyumbang kepada soal selidik dan kajian dalam masa sebenar semasa sesi secara langsung yang membolehkan para pendidik Shaw Academy untuk mengubah suai dan memperbaiki kandungan. Keadaan ini lebih meningkatkan tahap kepuasan  dan seterusnya markah NPS .

Bercakap tentang pelancaran platform Phoenix Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif James Egan berkata, "Pewujudan Phoenix merupakan perkembangan yang sangat menarik di Shaw Academy. Kini kami memiliki platform pendidikan langsung boleh skala yang sentiasa dipertingkat. Ia membolehkan kami untuk lebih menyesuaikan pembelajaran kepada setiap individu pelajar dan meningkatkan pengalaman pembelajaran para pelajar kami, yang mana matlamat, impian dan cita-cita  mereka adalah keutamaan kami. Pertumbuhan berterusan kami bermakna pada akhir tahun 2017 kami akan mengajar dua juta pelajar baharu setiap bulan. Phoenix membolehkan kami untuk memperlihatkan inovasi sebenar dalam menyampaikan pendidikan, mengajar jutaan pelajar baharu, dan terus merendahkan kos pendidikan. "

Maklumat Hubungan

John White - Pengarah Hal Ehwal Korporat - john.white@shawacademy.com , +353-87-6678985

Source: Shaw Academy
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet New products/services