omniture

PetroSaudi International Dilepaskan Mahkamah Rayuan

PetroSaudi International
2017-01-31 23:47 921

LONDON, 31 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang memihak kepada PetroSaudi mengarahkan pembayaran penuh jumlah wang yang terhutang kepada pihak mereka menurut surat kredit tunggu sedia.

     (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/462567/PetroSaudi_International_Logo.jpg )

Penghakiman oleh Mahkamah Rayuan menolak keputusan terdahulu oleh Mahkamah Tinggi bahawa penandatangan itu adalah palsu menurut representasi undang-undang mereka. Christopher Clarke LJ yang mempengerusikan rayuan itu memutuskan pemahaman penandatangan itu bukan sahaja "tidak berunsur penipuan dalam sebarang keadaan" dan hakikatnya merupakan "kesimpulan yang sama yang telah dicapai" dan "konsisten dengan pertimbangan baik komersial."

Pada tahun 2009, PetroSaudi telah memeterai kontrak penggerudian dengan Petróleos de Venezuela, S.A. (PDVSA), syarikat minyak dan gas asli milik kerajaan Venezuela. Seperti yang dijelaskan oleh penghakiman itu sebagai "sejarah pembayaran lewat Venezuela," surat kredit tunggu sedia berautonomi telah diperoleh bagi menyediakan jaminan pembayaran daripada PDVSA. Tujuan komersial surat kredit tunggu sedia itu adalah untuk memastikan benefisiari – dalam kes ini, PetroSaudi – boleh mendapatkan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan di bawah kontrak utama daripada sebuah bank yang mendapat kepercayaan kredit, tanpa mengira sama ada jumlah wang tersebut dipertikaikan atau sama ada pihak terbabit tidak dapat membayarnya. Di negara-negara yang mempunyai risiko pembayaran yang tinggi seperti Venezuela, pemerolehan surat kredit adalah satu amalan biasa perniagaan.

PetroSaudi kemudiannya menjalankan perkhidmatan penggerudian untuk PDVSA berjumlah US $129 juta. Tempoh kredit yang dipersetujui berlalu tanpa sebarang bayaran mana-mana invois dan pertikaian tentang pembayaran itu kemudian dirujuk kepada penimbangtaraan.

David Bennet, Rakan Kongsi di Clyde & Co dan peguam utama kes itu berkata: "Jelas sekali keputusan ini menyokong sepenuhnya tindakan, integriti dan profesionalisme PetroSaudi International dan Majlis Utamanya."

Keputusan akhir mendapati bayaran menurut surat kredit itu ditahan dengan cara yang salah dan perayu (PetroSaudi) berhak mendapat bayaran penuh daripada bank pengeluar.

LATAR BELAKANG PETROSAUDI INTERNATIONAL

PetroSaudi International ialah sebuah syarikat cari gali dan pengeluaran minyak milik persendirian dengan ibu pejabatnya terletak di United Kingdom, Arab Saudi dan Switzerland. Diasaskan pada tahun 2005 oleh ahli perniagaan Arab Saudi Tarek Obaid, PetroSaudi terlibat dalam projek-projek minyak dan gas seluruh dunia.

Source: PetroSaudi International
Keywords: Oil/Energy Utilities Legal issues