omniture

La Prairie Umum Perkongsian dengan Art Basel

La Prairie
2017-02-01 15:38 813

ZURICH, 1 Februari 2017 /PRNewswire/ --

La Prairie bekerjasama dengan pameran seni terkenal dijadual berlangsung pada 15-18 Jun 2017 di Basel.  

Pada tahun 2017, jenama penjagaan kulit mewah Switzerland La Prairie bakal bekerjasama dengan Art Basel, platform seni utama dunia, menerusi satu perkongsian yang pertama seumpamanya.

     (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/463455/Art_Basel_Logo.jpg )

     (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/463460/La_Prairie_Logo.jpg )

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/463456/La_Prairie_Art_of_packaging.jpg )

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/463459/La_Prairie_Science_and_Arts.jpg )

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/463457/La_Prairie_brand_seal.jpg )

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/463458/La_Prairie_design.jpg )

Sebagai sebahagian daripada inisiatif menarik ini, La Prairie akan berada di Ruang Istirehat Pengumpul Art Basel sepanjang tempoh pameran itu, di mana para VIP akan berpeluang mengalami dunia La Prairie dan menikmati rawatan La Prairie yang disesuaikan.

Menggunakan bahan-bahan luar biasa dan berharga, La Prairie terus membongkar rahsia penjagaan kulit mewah. Diasaskan menerusi kepercayaan bahawa proses kreatif sainstis adalah serupa dengan artis, setiap rumusan La Prairie bermula dengan suatu wawasan yang berani.

"Kami berasa amat teruja berhubung perkongsian antara La Prairie dan Art Basel, yang kami rasakan dapat menonjolkan usaha kami terhadap kecantikan abadi dan kesungguhan kami terhadap keberanian dengan begitu sempurna," kata Patrick Rasquinet, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif La Prairie Group. "Sesungguhnya, bermula daripada penyelidikan yang cermat dan teliti di sebalik penemuan saintifik kami kepada formulasi mewah yang menyelubungi deria, daripada pembungkusan seperti permata kepada perkhidmatan dengan sentuhan tinggi, seni bukan sahaja lambang La Prairie, seni juga merupakan kerja kami," tambah beliau.

Semangat inovatif tersebut dapat dilihat menerusi dunia seni kontemporari. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan La Prairie, sebuah syarikat yang seperti Art Basel, berasal dari Switzerland dan membina reputasi global untuk kecemerlangan yang tiada tandingan," kata Marc Spiegler, Pengarah Global Art Basel.

Selain menjalin kerjasama dengan pameran seni, La Prairie akan turut menyambut ulang tahun ke-30 bagi Skin Caviarnya yang ikonik. Bagi meraikan sambutan ini, La Prairie merancang untuk berkolaborasi menerusi inovasi sains dan kesenian bersama sekumpulan artis kontemporari terpilih, yang akan diumumkan kemudian.

Latar Belakang La Prairie  

La Prairie merupakan peneraju dalam penjagaan kulit mewah, berada di 90 negara di seluruh dunia. Bukan sahaja sinonim dengan kemewahan, nama La Prairie turut membangkitkan inovasi, prestasi, perkhidmatan sentuhan tinggi dan bercirikan Switzerland – ketulenan, ketepatan, inovasi dan kemahiran yang tersedia di negara luar biasa yang menyaksikan permulaan jenama ini pada tahun 1978. La Prairie berusaha memenuhi usaha pencarian terhadap kecantikan abadi melalui piawaian teknologi maju tertinggi digabungkan dengan formulasi canggih dan pembungkusan anggun – memartabatkan sains menjadi seni.

Latar Belakang Art Basel  

Ditubuhkan pada tahun 1970 oleh pemilik galeri seni daripada Basel, Art Basel hari ini mempamerkan pertunjukan seni utama dunia bagi karya seni Moden dan kontemporari, bertempat di Basel, Miami Beach, dan Hong Kong. Ditakrifkan oleh bandar tuan rumah dan kawasannya, setiap pertunjukan adalah unik, yang dapat dilihat menerusi galeri-galeri yang mengambil bahagian, karya seni yang dipamerkan dan kandungan pemprograman selari yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan institusi-institusi tempatan bagi setiap edisi. Penglibatan Art Basel telah diperluas menjangkaui pameran-pameran seni menerusi pelbagai inisiatif baharu. Pada tahun 2014, Art Basel melancarkan Inisiatif Pendanaan Orang Ramainya, dengan kerjasama Kickstarter. Inisiatif ini mempamerkan projek-projek seni yang dipilih juri kepada para dermawan berpotensi, termasuk audiens Art Basel yang meriah dan komuniti Kickstarter. Inisiatif tersebut telah menjadi pemangkin bagi sokongan yang amat diperlukan untuk projek-projek seni bukan komersial yang cemerlang di seluruh dunia, dan setakat ini telah membantu mengumpul lebih $1.2 juta untuk projek-projek kreatif di seluruh dunia. Bagi Art Basel Cities, dilancarkan pada tahun 2016, Art Basel bekerjasama dengan bandar-bandar rakan kongsi terpilih bagi membangunkan program-program berdaya maju dan dipacu kandungan khusus untuk bandar individu. Bagi menghubungkan mereka dengan dunia seni global menerusi kepakaran dan jaringan Art Basel, Art Basel Cities menyokong rakan-rakan kongsinya membangunkan landskap budaya mereka yang unik. Untuk maklumat lanjut sila layari artbasel.com.

Maklumat Perhubungan Akhbar
Florent Canepa – Pengarah Komunikasi & Perhubungan Awam Global
florent.canepa@laprairie.com
+41-44-947-82-10

Source: La Prairie
Keywords: Art Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics