omniture

Antai College of Economics and Management di Shanghai Jiao Tong University Tempat ke-34 dalam Ranking MBA Global FT 2017

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2017-02-06 08:28 525

SHANGHAI, 6 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Antai College of Economics and Management di Shanghai Jiao Tong University berada pada kedudukan ke-34 dalam Ranking MBA Global 2017 oleh Financial Times (FT) UK untuk 100 program terbaik yang dikeluarkan pada 30 Januari 2017, sekali lagi mendapat tempat dalam senarai 50 teratas sekolah perniagaan seluruh dunia FT dan mengesahkan semula kedudukannya sebagai salah satu peneraju sekolah perniagaan di China.

Antai pada masa kini merupakan sekolah perniagaan China tunggal yang tersenarai dalam keempat-empat ranking penting dalam 40 program terbaik seluruh dunia FT: selain mendapat tempat di Ranking MBA Global FT 2017, sekolah ini juga mendapat tempat ke-7 dalam Ranking EMBA Global FT 2016, tempat ke-9 dalam Ranking Pendidikan Tersuai Eksekutif Global FT 2016 dan tempat ke-33 dalam Ranking Sarjana Pengurusan Global FT 2016.

Program MBA Antai terus komited untuk membantu para pelajar dalam mengembangkan dan melaksanakan laluan kerjaya mereka, dan hasilnya dicerminkan dalam penunjuk teras perkembangan kerjaya siswazah dalam ranking FT. Kadar pekerjaan, kenaikan gaji dari tahap  pra-MBA, hasil pekerjaan, kemajuan kerjaya, prestasi kos dan gaji tiga tahun selepas tamat pengajian di Antai, masing-masing mendapat tempat pertama, ke-2, ke-17, ke-23, ke-31 dan ke-52.

Walaupun ekonomi global mengalami kemerosotan, purata gaji alumni siswazah MBA tiga tahun selepas tamat pengajian di Antai berjumlah sebanyak US$123,330, kenaikan 11 peratus berbanding 2016 dan 32 peratus berbanding 2015, menunjukkan bahawa siswazah MBA Antai semakin dicari dan diiktiraf oleh syarikat-syarikat.

Disokong oleh kelayakan akademik yang cemerlang, pengajar program MBA Antai merupakan eksekutif kanan atau pengarah bebas, atau ketua kerjasama dengan perniagaan tempatan. Di luar penglibatan antarabangsa mereka, mereka juga terlibat secara aktif untuk memahami perniagaan di peringkat tempatan. Ranking FT mengesahkan kemajuan Antai yang stabil dan berterusan dalam penunjuk akademik dan penyelidikan saintifik, dengan 92 peratus pengajar mempunyai PhD, berada di tempat kedua dalam ranking ini.

Antai komited terhadap globalisasi selama bertahun-tahun, dan ini dapat dibuktikan dengan peningkatan kadar pelajar antarabangsa dalam programnya. Program antarabangsanya mendapat tempat ke-27 di peringkat global. Program MBA Antai, gabungan pembelajaran di luar negara, pertukaran kampus, dan kursus dwi-ijazah, diperkayakan lagi dengan sumber pendidikan antarabangsa yang banyak. Hampir 80 peratus pelajarnya meneruskan pengajian di luar negara setelah tamat program tersebut.

Sebagai sekolah perniagaan pertama China dengan tiga akreditasi – akreditasi daripada Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), Association of MBAs (AMBA) dan European Quality Improvement System (EQUIS) -, Antai telah menunjukkan kepimpinan dari segi kedudukan berwibawa di peringkat global. Program perniagaan dan pengurusan Shanghai Jiao Tong University menduduki tempat ke-43 dalam Ranking MBA Dunia QS 2016, dengan empat program berkaitan pengurusan perniagaan disenaraikan dalam kedudukan 100 teratas di dunia.

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Survey, Polls & Research