omniture

Kajian Penting Menunjukkan Analisis Susu Dalam Pemprosesan Harian Boleh Ramal Masa Depan Laktasi Lebih Tepat Berbanding DHIA Ujian Bulanan

Afimilk
2017-02-06 09:00 889

AFIKIM, Israel, 6 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Kajian dua tahun yang terulung ke atas 38,000 Israeli Hostein punyai implikasi terhadap pengurusan ternakan & pemilihan genetik

Analisis harian susu yang dibuat semasa dalam pemprosesan dengan penganalisis susu AfiLab Afimilk berkemungkinan lebih bermanfaat dalam meramalkan laktasi lembu di masa hadapan berbanding ujian DHIA bulanan, menurut terbitan terkini kajian 37,486 lembu Holstein dalam tempoh dua tahun.

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/461323/Afimilk_Infographic.jpg )

Dalam skop yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini, kajian "analisis genetik dan fenotip penghasilan susu, lemak, dan protein harian Israeli Holstein seperti yang ditentukan oleh penganalisis susu masa sebenar," menjadi "Pilihan Editor" dalam Journal of Dairy Science keluaran Disember 2016, kelihatan seperti mengesahkan hipotesis bahawa analisis harian komponen susu AfiLab menyediakan ukuran yang lebih tepat mewakili keseluruhan laktasi lembu apabila dibandingkan dengan ujian DHIA bulanan.

Joel Weller dan Ephraim Ezra dari Pertubuhan Penyelidikan Pertanian, Volcani Center, membandingkan rekod harian penghasilan susu, protein dan kepekatan lemak yang dikumpul oleh AfiLab dengan rekod hari ujian bulanan yang mempunyai statistik yang sama yang diperolehi daripada makmal pusat Persatuan Penternak Lembu Israel. Mereka menyimpulkan bahawa rekod harian masa sebenar berkemungkinan lebih baik daripada ujian DHIA bulanan berdasarkan beberapa penemuan:

  • Min laktasi adalah sama bagi kedua-dua kaedah untuk semua sifat kecuali penghasilan lemak, dengan perbezaan kecil sehingga 0.1 peratus.
  • Ciri-ciri keterwarisan pariti pertama lebih tinggi bagi laktasi yang dikira daripada rekod harian untuk semua sifat kecuali peratusan protein, tetapi perbezaannya tidak ketara.
  • Pada hanya 30 hari dalam susu (DIM), diperhatikan terdapat korelasi genetik tinggi dari 0.73 kepada 0.79 antara laktasi ramalan dan laktasi sebenar dengan menggunakan  kaedah pensampelan susu dalam pemprosesan.
  • Laktasi separa pariti pertama harian bagi penghasilan susu, lemak dan protein dengan DIM<150 meramalkan laktasi masa depan yang lebih tepat berbanding laktasi separa bulanan yang sepadan.

Menurut Weller & Ezra: " Korelasi fenotip Afilab adalah lebih tinggi daripada korelasi ICBA untuk kesemua 3 ciri di semua 9 titik pemangkasan, walaupun DIM pada pemangkasan adalah lebih rendah untuk rekod AfiLab."

Makmal Susu Dalam Pemprosesan Afimilk menyukat penghasilan susu, komponen dan kekonduksian setiap pemerahan susu untuk membantu urusan pemilihan lembu, dan memberi isyarat apabila lembu mempunyai risiko berpenyakit seperti mastitis dan ketosis, dan perubahan nutrisi yang memberi kesan kepada seluruh kumpulan lembu.

Afimilk, peneraju global dalam peralatan pengurusan ladang, membekalkan teknologi dan kepakaran dalam menghasilkan susu dengan lebih menguntungkan kepada penternak tenusu di lebih 50 negara selama lebih 40 tahun. Ketahui lebih lanjut: http://www.Afimilk.com.  Lawati kami di Ekspo Ag Sedunia di reruai DS69,70,83,84.

Hubungi:  
Noa Yonish
noa@afimilk.com
+972-4-6754812

Sumber: Afimilk

Source: Afimilk
Related Links:
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Animal Welfare Animals/Pets