omniture

Perbandaran Dubai Lancar Inisiatif Hari Bebas Kereta ke-8

Dubai Municipality
2017-02-06 09:34 585

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 6 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Perbandaran Dubai pada hari Ahad telah melancarkan "Hari Bebas Kereta" ke-8 dengan penyertaan kerajaan, organisasi separa kerajaan dan swasta, dan beberapa orang ternama termasuklah ketua-ketua jabatan kerajaan dan beberapa sektor seperti pendidikan, hartanah, peruncitan, perhotelan, perbankan dan orang kelainan upaya, yang memastikan sokongan menyeluruh bagi inisiatif ini.

(Logo: http://mma.prnewswire.com/media/464753/Dubai_Municipality_Logo.jpg )
(Logo: http://mma.prnewswire.com/media/464752/Government_of_Dubai_Logo.jpg )
(Photo: http://mma.prnewswire.com/media/464931/Car_Free_Day_1.jpg )
(Photo: http://mma.prnewswire.com/media/464932/Car_Free_Day_2.jpg )
(Photo: http://mma.prnewswire.com/media/464933/Car_Free_Day_3.jpg )
(Photo: http://mma.prnewswire.com/media/464934/Car_Free_Day_4.jpg )

Eng. Hussain Nasser Lootah, Ketua Pengarah Perbandaran Dubai menekankan usaha tidak putus-putus oleh Perbandaran untuk menaikkan profil Dubai sebagai bandar mesra alam di dunia melalui pencarian penyelesaian yang mampan dan berkesan untuk memenuhi pelbagai cabaran alam sekitar, terutamanya pencemaran udara dan peningkatan jejak karbon yang disebabkan oleh emisi kenderaan.

"Setiap kenderaan, dengan tangki penuh bersaiz 15 gelen, mengeluarkan hampir 140 kilogram karbon dioksida ke udara, menghasilkan emisi tahunan sebanyak empat tan, menyumbang kepada pemanasan global. Kempen ini akan menyumbang kepada pencapaian objektif Agenda Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu 2021 untuk pemeliharaan kualiti udara dan mengurangkan jejak karbon," kata Lootah.

Beliau berkata inisiatif ini akan menyumbang kepada keberkesanan promosi penggunaan kenderaan awam berbanding penggunaan kenderaan persendirian untuk ke tempat kerja. " Ia mempamerkan komitmen Dubai kepada perjanjian perubahan iklim antarabangsa untuk mengurangkan emisi gas-gas yang menyebabkan pemanasan global," kata beliau.

Lootah menyatakan bahawa inisiatif tahun ini telah dikaitkan dengan Tahun Memberi dengan pakar dalam Perbandaran membuat pengiraan jejak karbon dan menukarnya kepada wang tunai dan didermakan kepada kerja-kerja amal sejajar dengan Tahun Memberi yang diumumkan oleh Presiden Yang Mulia Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan.

"Bermula dengan dua organisasi pada Hari Bebas Kereta yang pertama, penyertaan telah bertambah menjadi 1,070 pada tahun lalu. Hasil alam sekitar yang dicapai juga berkali ganda. Berbanding 1,000 orang pada tahun pertama, 30,000 orang meninggalkan kenderaan persendirian dan sebaliknya beralih kepada pengangkutan mesra alam," kata Khalid Sharif, Penolong Ketua Pengarah Alam Sekitar, Kesihatan dan Kawalan Keselamatan.

Beliau berkata bahawa pameran yang diadakan bersama acara kelapan ini, mempamerkan kenderaan mesra alam, yang bergerak menggunakan sumber bahan api alternatif, sama ada solar atau kuasa elektrik atau bio-bahan api. "Ia juga mempamerkan amalan, teknik dan pencapaian berkaitan kualiti udara dan pemuliharaan sumber semula jadi," kata Al Awadhi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Ismail Meladi 
Pegawai Kanan Media
Bahagian Media, Jabatan Pemasaran Korporat & Perhubungan 
Perbandaran Dubai Tel: +971-04-2064634 Tel bimbit: +971-052-1080895 
Emel: ipparambil@dm.gov.ae 

Sumber: Perbandaran Dubai

Source: Dubai Municipality
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation