omniture

UST Global dan Xperio Labs Bekerjasama Bantu Penyedia Khidmat Internet dan Operator Pelbagai Khidmat Bertukar Kepada Penyedia Gaya Hidup Pintar

UST Global
2017-02-06 14:30 505

TRIVANDRUM, India dan ALISO VIEJO, California, 6 Februari 2017 /PRNewswire/ -- UST Global dan Xperio Labs mengumumkan sebuah penggabungan yang akan memberikan manfaat kepada ISP (Pembekal Khidmat Internet) dan MSO (Operator Pelbagai Khidmat) yang membolehkan mereka mengubah perniagaan dengan memperoleh pelanggan-pelanggan baharu, berhubung dengan mereka dan menjana pendapatan dengan hanya menggunakan sebahagian kos dan masa berbanding model konvensional.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160714/813943 )

Perkongsian ini menawarkan penyelesaian yang unik – model SPRNGPOD di atas Platform sebagai Perkhidmatan (Paas), yang akan mengurangkan keperluan untuk penyedia perkhidmatan melabur dalam perbelanjaan modal dan juga mengurangkan Masa-Ke-Pasaran (TTM) mereka.

SPRNGPOD ialah sebuah platform Hidup Pintar yang membawa pemerolehan, penglibatan dan penjanaan pendapatan pengguna ke tahap baharu melalui perkhidmatan penjanaan pendapatan mudah alih berpaksikan OTT (Over-the-Top) bagi Keselamatan, Hiburan, Pengautomatan dan Komunikasi. Ia mengurangkan keperluan untuk penggunaan sebarang perkakas tempahan khas di rumah-rumah pelanggan menjadikannya penyelesaian Pintu Masuk Kurang Pintar pertama di dunia.

UST akan membawakan IoT dan penyelesaian mudah alih di seluruh domain, serta memanfaatkan kepakaran sistem bersepadu mereka untuk menyampaikan perkhidmatan digital dengan model perkhidmatan terurus.

ISP, MSO dan penyedia perkhidmatan yang seumpamanya berdepan dengan cabaran pengurangan pendapatan daripada pelbagai perkhidmatan tradisional seperti suara, khidmat pesanan ringkas (SMS), siaran video; dan kesukaran dalam memperoleh milenial yang selesa dengan perdagangan sosial (di telefon bimbit atau sebaliknya). Penyelesaian ini akan membolehkan para penyedia perkhidmatan mengharungi cabaran ini.

Alexander Varghese, Ketua Pengawai Tadbir dan Ketua Negara, UST Global berkata, "Kerjasama ini mengukuhkan lagi tawaran perkhidmatan kami dalam ruang M&E dan Telekom. Xperio mempunyai kefahaman yang mendalam dalam ruang M&E dari sudut kejuruteraan, dan melengkapi perkhidmatan Digital & IT bersama-sama dengan kepakaran pelbagai domain UST Global. MSO dan ISP boleh memanfaatkan penyelesaian-penyelesaian yang ditawarkan oleh perkongsian ini dengan mengubah perniagaan mereka, untuk mengekalkan pelanggan semasa serta mendapatkan pelanggan-pelanggan baharu dengan kadar yang pantas."

Roshan Dsouza, Presiden – Xperio Labs, berkata, " Kami teruja dengan perkongsian bersama UST Global, ia membantu SPRNGPOD mendapat capaian global berserta sokongan infrastruktur yang boleh memberikan keyakinan kepada penyedia perkhidmatan untuk melancarkan khidmat OTT terkini dan meningkatkan perniagaan mereka dengan pantas."

Latar Belakang UST Global:

UST Global ialah sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital utama yang menyediakan penyelesaian berkesan kepada syarikat-syarikat Global 1000. Misi UST Global adalah membimbing syarikat-syarikat melalui transformasi digital yang kritikal untuk memacu nilai perniagaan yang lebih tinggi. UST Global mengkhusus dalam khidmat digital enam generasi akan datang  – reka bentuk, keselamatan siber, mudah alih, sosial, analitik dan awan. Dikuasakan oleh mantera 'kurang pelanggan, lebih perhatian', UST Global berusaha mencapai kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan komitmen untuk kejayaan jangka masa panjang. Beribu pejabat di Aliso Viejo, California, UST Global mempunyai lebih 17,000 syarikat bersekutu; yang beroperasi di 25 negara di empat benua.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ust-global.com

Latar Belakang Xperio Labs:

Xperio Labs ialah syarikat pasaran baru muncul yang fokus kepada peranti dan perkhidmatan yang ditubuhkan di Hong Kong dengan pejabat-pejabat/kakitangan di Atlanta, Bangalore, Dubai, Hong Kong, Mumbai, Surrey (U.K) & Shanghai.

Xperio Labs telah ditubuhkan oleh mantan-matan ketua-ketua perniagaan dan jurutera Cisco dan Scientific Atlanta yang yakin bahawa pelanggan tidak lagi akan membeli produk-produk tetapi akan membeli penyelesaian dan pengalaman.

Reka bentuk industri, antara muka pelanggan serta reka bentuk perisian dan senibina produk-produk kami melambangkan kefahaman kami bahawa teknologi hanyalah sebaik kegunaannya kepada pengguna.

Peranti dan perkhidmatan kami dibina bukan hanya untuk memikirkan tentang pelanggan tetapi juga penyedia perkhidmatan. Komitment kami kepada inovasi, digabungkan dengan keupayaan kami untuk menawarkan produk dan penyelesaian hujung-ke-hujung sepenuhnya berserta penyesuaian yang responsif membantu kami mengurangkan TCO – Jumlah Kos Pemilikan dan TTM – Masa-Kepada-Pasaran bagi penyedia perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.xperiolabs.com

Hubungi:

UST Global
Manoj.Mattamana@ust-global.com
+91-9632000553

Source: UST Global
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Wireless Communications Joint ventures New products/services