omniture

CBD-IBCTF (Shanghai) Bawa Idea Baharu Pembentukan Semula Tempahan Khas Seluruh Rumah Premium Dalam Industri

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa
2017-02-06 19:57 1051

SHANGHAI, China, 3 Februari 2017 /PRNewswire/-- Dengan fokus utama untuk "menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi industri bangunan dan hiasan", Pameran Perdagangan Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa 2017 (Shanghai) ("CBD-IBCTF (Shanghai)") akan kembali ke Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) dari 22 hingga 25 Mac 2017 dan dijangka akan menerima lebih daripada 30,000 pengunjung.

CBD-IBCTF (Shanghai) 2017 kembali dengan idea pembentukan semula seluruh rumah yang premium
CBD-IBCTF (Shanghai) 2017 kembali dengan idea pembentukan semula seluruh rumah yang premium

CBD-IBCTF (Shanghai) 2017 akan mempamerkan produk dan penyelesaian untuk keseluruhan rantaian industri bahan binaan rumah, memberikan sistem menyeluruh bagi penyesuaian perabot seluruh rumah yang premium berasaskan bahan-bahan yang mesra alam.

Pameran ini akan menampilkan Perabot Rumah Tempahan Khas, Pintu & Tingkap Aluminium, Sistem Pintu & Tingkap dan Hiasan Dinding, serta mempamerkan produk dari bidang baru muncul Integrasi Dinding/Siling Terapung, Pintu Kayu dan Hiasan Seluruh Kayu, Tangga, Kediaman Pintar dan Rak Pakaian Pintar.

  • Perabot Rumah Tempahan Khas

Kawasan pameran bersepadu untuk perabot tempahan khas akan mengumpulkan syarikat-syarikat utama dalam perabot tempahan khas, pintu kayu/perabot seluruh kayu dan integrasi dinding/siling terapung, termasuk Suofeiya, Holike, Healthcare Co., MTMT, Cimen, Youpon, Mellkit dan Aupu.

  • Sistem Perabot Rumah

Syarikat-syarikat terkenal seperti Technoform Bautec, Paiya, Phonpa dan Hennissy akan membawa produk-produk terbaru mereka untuk dipamerkan, termasuk penyelesaian pintu dan tingkap seluruh rumah.

  • Kediaman Pintar

Peneraju dalam bidang kediaman pintar, Ming-men akan membawa kunci tanpa bunyi terkini, kunci pintar dan set produk perkakasan seluruh rumah ke pameran ini.

  • Bahan-bahan Mesra Alam

Syarikat-syarikat antarabangsa utama yang mengkhususkan bahan-bahan binaan mesra alam termasuk selut diatom, cat seni, dinding dan fabrik bersepadu juga akan memperkenalkan produk terbaharu mereka di pameran ini.

En. Li, presiden jawatankuasa penganjur, berkata pameran yang akan berlangsung di Shanghai itu akan lebih baik daripada Pameran CDB (Guangzhou) untuk mengembangkan platform pembentukan semula seluruh rumah tempahan khas yang premium untuk ahli-ahli industri.

"Dengan berbekalkan 20 tahun pengalaman dan sumber-sumber bersepadu, kami akan terus membina platform yang terkini dan komprehensif untuk pameran, komunikasi dan pertukaran," kata Li. "Pameran tahun ini akan menjadi tuan rumah kepada hampir 40 persidangan dan perbincangan mengenai topik-topik seni bina dan reka bentuk dalaman, kediaman pintar dan pemadanan perdagangan untuk menghubungkan peserta-peserta pameran dan pengunjung dengan lebih baik lagi."

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://shfair-cbd.no4e.com/index.php?l=en

Latar Belakang CBD-IBCTF (Shanghai)

CBD-IBCTF (Shanghai) dianjurkan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. dan Worldwide Exhibition Service Co., Ltd. Pameran ini bermula pada 2015 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) dan telah menarik 60,000 peserta pameran dan pembeli dari seluruh dunia.

Foto – http://photos.prnasia.com/prnh/20170203/0861700928

Source: Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa
Keywords: Construction/Building Furniture & Furnishings Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news