omniture

ISEG Sahkan Pelancaran 50 Lokasi Bursa Saham Global Yang Mula Beroperasi Hari Ini dan Juga Pelancaran Capital Superhighway(TM)

ISEG Ltd
2017-02-07 17:02 535

LONDON, 7 Februari 2017 /PRNewswire/ -- ALLIEDSX telah memperoleh kesemua hak menerusi perjanjian pemindahan teknologi besar-besaran bernilai GBP 250 juta (USD 300 juta) bagi memberikan "Platform Bursa Saham Digital" ISEG/ALLIEDSX dengan pengaruh global di 50 negara.

ALLIEDSX melengkapi rakan-rakan kongsi tempatan dengan semua yang mereka perlukan untuk memiliki dan mengendalikan bursa saham syarikat baharu ALLIEDSX di negara mereka. Kesemua bursa saham ALLIEDSX menjalin kerjasama penting antara satu sama lain. Kesemuanya turut mengehoskan platform perdagangan unik ISEG/ALLIEDSX, sistem pembrokeran proprietari, teknologi, sistem bawaan dan ciri-ciri pengawalseliaan tempatan.

Ini merupakan kolaborasi terbesar Teknologi Kewangan (FinTech) yang mencetuskan peralihan terbesar bagi pasaran modal baru muncul.

"Syarikat-syarikat peringkat awal kini tiada tempat dituju untuk bertapak setelah mereka menutup pusingan pendanaan pertama mereka, sama ada melalui platform pendanaan orang ramai atau rakan-rakan serta keluarga," kata Edward Fitzpatrick, Ketua Pegawai Eksekutif ISEG. "Jurang semakin melebar dengan peraturan yang lebih ketat dan kos penyenaraian yang lebih tinggi. Ini menyebabkan syarikat-syarikat bersaiz kecil hingga sederhana gagal dalam bursa yang tidak lagi sesuai dengan objektif syarikat-syarikat dalam pertumbuhan peringkat awal hingga sederhana. Ketika pasaran berubah, jurang semakin melebar dan kami dapat mengisi jurang itu," tambah Fitzpatrick.

ALLIEDSX ialah bursa saham peringkat awal yang memenuhi keperluan syarikat-syarikat ini yang mempunyai keupayaan berdagang yang sederhana serta peraturan yang longgar berbanding bursa saham terbesar. Dengan menggabungkan teknologi dengan kepakaran serta prosedur, ALLIEDSX mewujudkan struktur yang dapat memenuhi keperluan pasaran ini dengan sempurna. Ia memudahkan proses untuk syarikat-syarikat peringkat awal dan mengurangkan risiko untuk kumpulan pelabur mereka.

ISEG turut mewujudkan dan melabur dalam rangkaian produk dan perkhidmatan Teknologi Kewangan yang dinamik untuk syarikat-syarikat yang tersenarai dalam bursa saham ALLIEDSX yang menyenaraikan mereka dalam "The Capital Superhighway" (TM) ciptaan ISEG. Inisiatif ini menyediakan instrumen yang dapat membantu syarikat-syarikat peringkat awal berkembang menjadi syarikat-syarikat peringkat seterusnya dengan lebih pantas dan lebih selamat.

ALLIEDSX membawakan bursa saham syarikat baharu yang bertepatan dengan tujuan ke 50 negara, yang akan merevolusikan pasaran modal, mewujudkan Capital Superhighway pertama dunia untuk membantu syarikat-syarikat peringkat awal dalam kitaran pertumbuhan mereka.

Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.alliedSX.com

Sumber: ISEG Ltd

Source: ISEG Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology New products/services