omniture

Israel Aerospace Industries (IAI) Laksana Penyelesaian Peneutralan Eksploitasi Votiro

Votiro
2017-02-08 09:00 760

TEL AVIV, Israel, 8 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Teknologi Votiro akan meneutralkan serangan siber pada IAI, bagi menghalang maklumat sulit dan sensitif daripada jatuh ke tangan penggodam

Votiro, peneraju global dalam  penyelesaian Get Laluan Sanitasi Selamat, untuk melindungi organisasi terhadap pengeksploitasian hari-sifar dan ancaman siber yang berterusan, hari ini mengumumkan bahawa Israel Aerospace Industries (IAI), peneraju dalam pembangunan dan pengeluaran sistem pertahanan dan pasaran aeronautik komersial, telah memasang penyelesaian Get Laluan Selamat Votiro yang dikuasakan oleh teknologi Pelucutan dan Rekonstruksi Kandungan Lanjutan yang telah dipatenkan. Penyelesaian ini termasuk Get Laluan Media Boleh Alih dan Get Laluan Pindahan Fail Selamat Votiro.

Teknologi Pelucutan Dan Rekonstruksi Kandungan Lanjutan yang dipatenkan Votiro ini mengimbas setiap fail dan membuang semua pengeksploitasian, melindungi IAI daripada ancaman hari-sifar dan ancaman tak terdedah. Fail-fail yang disanitasi memelihara integriti dan fungsi fail asal. Fail-fail seterusnya akan masuk ke rangkaian dalaman IAI.

Proses pensanitasian tidak kelihatan kepada pengguna, dilakukan dalam masa nyata dan tidak mengganggu aktiviti perniagaan IAI.

"Kami amat teruja untuk menambahkan satu lagi syarikat utama dalam senarai pelanggan kami yang kian berkembang," kata Itay Glick, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Votiro. "Israel Aerospace Industries adalah salah satu daripada syarikat pertahanan tentera yang termaju di dunia, yang menjadikan ia sebagai sasaran utama penggodam. Keputusan IAI untuk melaksanakan Get Laluan Selamat Votiro, membuktikan kepercayaan mereka terhadap produk kami. Kami telah bekerja rapat dengan organisasi IT dan pasukan keselamatan untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang cara Industri Aeroangkasa menggunakan fail untuk membina satu sistem khusus bagi memenuhi keperluan mereka. "

Penyelesaian Votiro ini dilaksanakan di seluruh dunia, membantu ratusan ribu pengguna dalam melindungi daripada serangan yang disasarkan dengan menghapuskan eksploit hari-sifar dan eksploit tak terdedah. Dengan membuang kod aktif daripada dokumen untuk mengelakkan jangkitan yang berpotensi, Votiro mampu memberikan perlindungan sepenuhnya daripada serangan yang disasarkan.

Latar Belakang Votiro

Votiro menyediakan organisasi dengan perlindungan penting terhadap eksploit hari-sifar dan eksploit tak terdedah yang digunakan dalam serangan siber. Get Laluan Selamat syarikat ini menyediakan perlindungan teguh dan teknologi pelucutan dan Rekonstruksi Kandungan Lanjutan yang dipatenkan untuk pembersihan fail daripada ancaman siber yang berpotensi. Ditubuhkan pada 2010, Votiro beribu pejabat di Israel dengan pejabat-pejabat jualan di Amerika Syarikat dan Singapura. Para pelanggan termasuk bank-bank dan institusi kewangan lain, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat tenaga dan utiliti, penyedia perkhidmatan telekomunikasi, kesihatan, runcit dan perusahaan besar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.votiro.com.
Ikuti Votiro di Twitter - @votiro.  

Hubungan media:
Idan Yatziv
marketing@votiro.com
+972-52-330-9099

Sumber: Votiro

Source: Votiro
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Chemical Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements