omniture

Accent Alma Lasers Raikan 10 Tahun Kejayaan dengan Kempen Baharu

Alma Lasers
2017-02-08 13:20 454

TOKYO, 8 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Accent Prime, salah satu daripada jenama Alma Lasers yang paling berjaya dan telah diperakui untuk penegangan kulit, pengkonturan badan dan stesen kerja peningkatan estetika meraikan ulang tahun ke-10 dengan kempen yang baharu dilancarkan. Alma Lasers, penginovasi global penyelesaian laser, berasaskan cahaya, frekuensi radio dan ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan telah mengeluarkan platform generasi pertama berjenama Accent pada tahun 2007, dengan kelulusan FDA, dan mempertingkatkan teknologi platform ini sepanjang dekad yang lalu sehingga keluaran terbaharu rangkaian produk pengkonturan tubuh Alma Lasers: Accent Prime. Platform terkini menggabungkan inovasi termaju dalam ultrabunyi dan teknologi frekuensi radio Unipolar ™ bagi menghasilkan rawatan yang boleh disesuaikan dengan pelanggan, pantas, berkesan dengan hasil yang berpanjangan.  Accent Prime, platform Accent generasi ke-empat dilancarkan dalam jangkamasa 10 tahun, boleh menggandakan kepantasan pengkonturan badan dan rawatan penegangan kulit.

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/465306/Alma_Laser.jpg )

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Accent Prime layari http://www.almaaccentprime.com

Kempen ulang tahun Accent ke-10 akan berlangsung sepanjang 2017 dan akan menarik penglibatan melalui peraduan di Facebook, video dan penyebaran isi kandungan digital, yang akan mempamerkan kejayaan jenama ini.

"Kami amat teruja untuk meraikan warisan Accent dan kejayaan dekad yang bermakna dalam pembentukan jenama dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan. Keluaran terbaharu selama 10 tahun Perjalanan Accent -. Accent Prime- telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza yang belum pernah berlaku dan tercapai sebelum ini, "kata Ketua Pegawai Eksekutif Alma, Dr. Ziv Karni

Accent adalah salah satu jenama terkemuka Alma Lasers untuk rawatan penegangan kulit lanjutan, pengkonturan tubuh badan dan merupakan stesen kerja untuk pembangunan estetik, menggabungkan inovasi terkini dalam ultrabunyi dan teknologi frekuensi radio (RF) untuk menghasilkan rawatan yang efektif  dan disesuaikan khusus - dengan hasil semulajadi dan berpanjangan.

Latar Belakang Alma Lasers 

Alma Laser adalah penginovasi laser global, berasaskan cahaya, frekuensi radio dan penyelesaian ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan. Kami membolehkan pengamal menawarkan prosedur yang selamat dan berkesan, justeru membolehkan pesakit mendapat manfaat daripada teknologi dan rawatan tercanggih yang terbukti secara klinikal. Lawati kami di http://www.almalasers.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Tal Burgan Rosen
Alma Lasers
+972-4-627-5357

Source: Alma Lasers
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Fashion Health Care/Hospital Medical Equipment