omniture

Perkenalkan Tablet Tahan Lasak ALGIZ 8X, Komputer Mantap Baharu daripada Handheld

Handheld Group
2017-02-08 15:30 616

LIDKOPING, Sweden, 8 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar utama bagi komputer mudah alih dan tablet tahan lasak, hari ini memperkenalkan komputer tablet ultra lasak Algiz 8X serba baharu. Algiz 8X baharu ini dibangunkan untuk pekerja lapangan moden yang memerlukan komputer bimbit yang berkuasa bagi membuat tugas-tugas mudah alih.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/8030651-algiz-8x-rugged-tablet-tough-handheld

Algiz 8X menawarkan fungsi-fungsi komunikasi seperti LTE dan WLAN dwijalur, berserta skrin sentuh kapasitif projektif berukuran 8 inci yang amat terang dan dibangunkan untuk kegunaan luar. Ciri-ciri mod sarung tangan atau mod hujan membolehkan operasi yang lancar dalam cuaca yang berubah-ubah. Kaca yang dikukuhkan secara kimia sememangnya lasak - ia lulus dalam ujian impak yang mana bola keluli seberat 64 gram dijatuhkan ke atas skrin sebanyak 10 kali daripada ketinggian 1.2 meter. Algiz 8X turut didatangkan dengan stilus kapasitif aktif pilihan.

"Algiz 8X baharu ini merupakan tablet Windows paling kompak dan ergonomik yang pernah kami bangunkan. Kami telah melangkaui sempadan teknologi lapangan moden menerusi produk ini, demi memenuhi keperluan pelanggan terhadap ciri pengkomputeran yang berkuasa, mobiliti, prestasi skrin dan hayat bateri luar biasa. Kami sama sekali tidak berkompromi," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk.

Ciri-ciri terbina dalam 

Algiz 8X yang berciri lengkap ini didatangkan secara standard dengan Windows 10 Enterprise LTSB, memperlihatkan komitmen Handheld dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan perusahaan yang mementingkan kestabilan jangka panjang. Algiz 8X yang berkuasa ini juga mempunyai ciri-ciri:

  • u-blox GPS dan GLONASS
  • WLAN a/b/g/n/ac
  • BT 4.2 LE
  • Kamera belakang 8 MP dengan fokus automatik serta denyar LED
  • 4G/LTE

Pilihan tambahan 

Algiz 8X menawarkan port LAN, port COM atau pilihan imbasan kod bar. Ia juga menampilkan sistem "beg sandang" yang membolehkan pengguna menambah ciri-ciri peribadi dan elektronik.

Diuji untuk ciri kelasakan 

Algiz 8X diuji secara lasak untuk digunakan dalam persekitaran luar dan perindustrian yang mencabar. Produk ini mendapat penarafan IP65 bagi pengingresan habuk dan air, selain memenuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat untuk:

  • Suhu beroperasi: -20°C hingga 60°C (-4°F hingga 140°F) - Kaedah 501.5, Prosedur II
  • Suhu simpanan: -40°C hingga 70°C (-40°F hingga 158°F) - Kaedah 501.5/502.5, Prosedur I
  • Jatuhan: 26 jatuhan daripada ketinggian 1.22 meter (4 kaki) - Kaedah 516.6, Prosedur IV
  • Getaran: Kaedah 514.6, Prosedur I & II
  • Kelembapan: 0-95% (tidak terkondensasi) - Kaedah 507.5
  • Altitud: 4,572 meter (15,000 kaki) - Kaedah 500.5, Prosedur I

Pesanan dan ketersediaan 

Pesanan boleh dibuat segera, unit akan tersedia pada bulan Mac.

Pautan berkaitan

SPESIFIKASI PRODUK ALGIZ 8X 
IMEJ AKHBAR 
WEBINAR PRODUK PERCUMA 
VIDEO PERSEMBAHAN PRODUK 
DAPATKAN SEBUT HARGA 
BARISAN PRODUK HANDHELD

'Tweet' berita ini:

Handheld memperkenalkan komputer tablet tahan lasak baharu ALGIZ 8X http://www.handheldgroup.com/8X

Latar Belakang Handheld
Handheld Group ialah pengeluar komputer mudah alih, PDA dan tablet yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti yang lengkap untuk syarikat-syarikat dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group di Sweden memiliki anak-anak syarikat di Finland, U.K., Jerman, Switzerland, Itali, Belanda, Australia dan juga AS. http://www.handheldgroup.com

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/447146/ALGIZ_8X.jpg )

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services