omniture

Memperkenalkan Penyelesaian Spider: Pakej Dron Menyeluruh untuk Regangan Talian Kuasa

Pengeluar dron Cina MMC perkenal penyelesaian dron menyeluruh untuk regangan talian kuasa, termasuk perkhidmatan oleh sepasukan pengendali dron profesional.
MicroMultiCopter Aero Technology Co., Ltd.
2017-02-09 10:00 734

SHENZHEN, China, 9 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar dron Cina, MMC memperkenalkan penyelesaian sehenti mereka untuk regangan talian kuasa di kawasan muka bumi berceranggah: Spider.

Pakej Spider MMC ialah hasil inovasi daripada industri dron, menyediakan bukan sahaja dron perindustrian berkuasa tinggi, bahkan latihan prajualan, projek dan perancangan penerbangan, pengendalian oleh pasukan juruterbang profesional dan perkhidmatan selepas jualan yang lengkap.

"Keperluannya jelas kelihatan," kata Ketua Pegawai Teknologi MMC, En. Lu. "Dengan menawarkan penyelesaian menyeluruh, kami membolehkan pasukan yang kurang berpengalaman dengan teknologi dron untuk meraih manfaat yang ditawarkan dron untuk regangan talian kuasa – kos lebih rendah, lebih mesra alam dan lebih baik untuk orang ramai."

Dron Spider dibuat khusus untuk regangan talian kuasa, menawarkan himpunan ciri-ciri komprehensif untuk projek-projek dalam semua rupa bumi:

  • Peranti penerbangan pintar, dengan ciri pengelakan halangan;
  • Ketahanan penerbangan lebih lama dan muatan lebih tinggi, mampu menampung garis utama standard 3mm;
  • Ciri-ciri penerbangan bebas;
  • Rintangan angin dan rintangan hujan gred 5, pilihan gentian karbon;
  • Sistem pasang-dan-guna pada muatan yang boleh ditukar ganti.

Penyelesaian Spider yang rendah kos dan rendah kesan alam sekitar ini telah digunakan di kebanyakan rantau yang kesuntukan masa untuk menyediakan bekalan elektrik ke kawasan pedalaman. Menerusi pasukan juruterbang yang besar yang berpangkalan di seluruh Asia, MMC membantu syarikat-syarikat kuasa menyiapkan projek-projek di seluruh benua itu.

Banyak projek yang telah tertangguh selama bertahun-tahun sebelum bekerjasama dengan MMC, disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dapat diatasi. "Biasanya, pekerja perlu mendaki perancah buluh buatan manusia untuk membawa tali utama merentasi garisan elektrik yang aktif," jelas Pakar Regangan PLN, En. Bambang. "Sukar untuk pekerja kami mengekalkan keseimbangan pada perancah sambil memastikan tali utama kekal pada ketegangan yang betul – terdapat risiko yang tinggi tali utama itu jatuh pada talian aktif dan menyebabkan litar pintas." Dengan penyelesaian Spider MMC, pasukan ini mampu menyiapkan projek dalam tempoh beberapa minggu.

MMC ialah pengeluar utama bagi penyelesaian dron komersial dan perindustrian, menyediakan reka bentuk komersial yang bersifat inovatif dan berkesan kos, termasuk penggunaan tenaga sel hidrogen yang mesra alam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Spider untuk regangan talian kuasa, layari: http://www.mmcuav.com/drones/spider-solution-of-power-line-stringing/

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Spring
No. Telefon: +86-755-8607-4603
E-mel: info@mmcuav.com

Source: MicroMultiCopter Aero Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components