omniture

Infinitus Diiktiraf oleh Lembaga Eropah untuk Inovasi Berkualiti

LKK Health Products Group
2017-02-13 07:44 682

PRAGUE, 10 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pada majlis Anugerah Inovasi Berkualiti 2016 yang diadakan baru-baru ini di Prague, Czech, enam syarikat Cina termasuk Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), meraih enam anugerah untuk enam projek mereka, termasuk satu hadiah tempat pertama dan lima anugerah finalis. Ini merupakan kali pertama syarikat-syarikat Cina dan projek-projek mereka merangkul Anugerah Inovasi Berkualiti.

Infinitus Diiktiraf oleh Lembaga Eropah untuk Inovasi Berkualiti
Infinitus Diiktiraf oleh Lembaga Eropah untuk Inovasi Berkualiti

Acara ini, iaitu pertandingan peringkat antarabangsa yang menilai inovasi dalam kualiti, membolehkan sebuah negara mengesyorkan hanya satu projek dalam setiap kategori yang disertai. Syarikat-syarikat dan projek-projek yang dihantar oleh China untuk acara tahun 2016 dipilih oleh China Association for Quality daripada lebih 50 syarikat dalam lebih 20 industri seluruh negara, termasuk industri aeroangkasa, kereta api dan minyak. Infinitus meraih anugerah "Finalis Antarabangsa bagi Kategori Inovasi Sektor Sosial & Penjagaan Kesihatan" untuk projek "Inovasi dalam Pemprosesan dan Teknologi Kawalan Kualiti untuk Penghasilan Nutraseutikal Herba."

Ekoran pertumbuhan pesat ekonomi Cina sejak pelaksanaan perubahannya dan dasar pembukaan pada tahun 1979, pemulihan seluruh sektor kesihatan menjadi jaminan asas terhadap perkembangan berterusan negara ini. Pada tahun 2016, Majlis Negeri memperkenalkan pelan Healthy China 2030, satu himpunan cadangan yang membentangkan strategi untuk membangunkan ekosistem yang komprehensif untuk seluruh sektor kesihatan, di samping menggalakkan usaha inovasi dalam firma-firma bersaiz besar, selain daya saing mereka di peringkat antarabangsa. Infinitus, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam produk-produk kesihatan herba Cina, telah mengukuhkan kedudukan dalam sistem pengurusan kualiti dan keselamatan, yang merangkumi seluruh rantaian industri, sentiasa mempertingkatkan ketahanan proses-proses pengeluaran dan ketekalan dari segi kualiti produk-produknya, selain melaksanakan kawalan proses dan automasi tahap tinggi merentasi seluruh proses pengeluaran, mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor dalam industri kesihatan herba Cina.

Teknologi yang ditampilkan dalam projek yang dihantar oleh Infinitus telah digunakan dalam banyak produk kesihatan herba Cina. Ia meningkatkan kadar penggunaan bahan-bahan perubatan herba Cina, memendekkan dengan ketara tempoh masa yang diperlukan untuk pengujian produk, di samping menggandakan kadar kecekapan pengeluaran sebanyak 100%, mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk tujuan pengeluaran selain mengurangkan emisi. Peningkatan keberkesanan terapeutik produk-produk akhir itu sendiri mewajarkan pelaburan yang dibuat serta perhatian yang diperuntukkan terhadap teknologi ini.

"Anugerah ini melambangkan dorongan bagi pihak organisasi-organisasi antarabangsa terhadap Infinitus dalam meneruskan usahanya mencapai kualiti tinggi dan inovasi yang berterusan," jelas En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG. "Ia akan dapat memotivasikan Infinitus untuk terus meningkatkan proses dan teknologi pengeluaran, menyediakan produk-produk kesihatan herba Cina berkualiti kepada pengguna di China dan luar negara."

Maklumat lanjut tentang Anugerah Inovasi Berkualiti: www.qualityinnovation.org 
Maklumat lanjut tentang LKK Health Products Group:
 www.lkkhpg.com  
Ikuti kami melalui Facebook:
 https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170209/0861701022

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards