omniture

Pemecut Pelancongan Menggemparkan Kini Terima Projek Di Wilayah Mekong

Penyokong termasuk Asian Development Bank, persatuan-persatuan pelancongan utama
Mekong Business Initiative
2017-02-13 18:55 603

HANOI, Vietnam, 13 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Inisiatif Pelancongan Syarikat Baharu Inovatif Mekong (MIST) mengumumkan dua pemecut baharu yang direka untuk lebih memudahkan dan mempercepatkan perniagaan perlancongan yang inovatif untuk bertapak kukuh di Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. Pemecut Syarikat Baharu MIST akan mengambil syarikat-syarikat peringkat awal yang mempunyai sama ada teknologi pelancongan atau pelan perniagaan pelancongan tradisional. Pemecut Akses Pasaran MIST mengalu-alukan penyertaan daripada syarikat-syarikat baharu pelancongan antarabangsa yang matang dan memerlukan bantuan untuk menembusi rantau tersebut. Kedua-dua pemecut ini akan menutup penyertaan pada 19 Mac ini.

Para pemohon perlu menunjukkan sejauh mana mereka akan mencipta peluang pekerjaan, menjana impak positif terhadap komuniti dan menyumbang terhadap kemajuan pelancongan yang lestari di Kemboja, Laos, Myanmar atau Vietnam.

"Program-program pemecut MIST membantu pelaburan pelancongan yang mencipta pekerjaan, membantu masyarakat setempat dan menyokong usaha keusahawanan, terutamanya untuk golongan wanita," jelas Dominic Mellor, pakar ekonomi kanan Asian Development Bank dan ketua Inisiatif Perniagaan Mekong.

Para pengasas yang diterima ke dalam program Pemecut Syarikat Baharu MIST akan menyertai kem latihan mini untuk membangunkan lagi pelan perniagaan mereka. Pelan-pelan perniagaan terbaik untuk setiap pasaran negara akan memenangi Geran Inovasi MIST, manakala pelan perniagaan terbaik keseluruhan menerima US$10,000 dan tiga pemenang teratas menerima US$7,000.

Para peserta program Pemecut Syarikat Baharu MIST akan mengambil bahagian dalam jelajah pelaziman mengikut pasaran-pasaran Wilayah Mekong yang berkenaan. Sepanjang jelajah ini, mereka akan mendapat bimbingan, maklumat pasaran tempatan dan pengenalan kepada rangkaian pembekal serta pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.

Peserta-peserta dalam kedua-dua program pemecut MIST akan mempersembahkan pelan mereka kepada pihak pelabur, program pemecutan global dan pemimpin pelancongan di Forum Pelancongan Mekong pada bulan Jun (Luang Prabang, Lao PDR) dan Sidang Kemuncak APEC pada bulan November (Danang, Vietnam). Pasukan-pasukan dalam negara akan menyediakan khidmat nasihat tambahan khusus mengikut keperluan perniagaan peserta.

"Subwilayah Mekong Besar merupakan antara destinasi pelancongan paling pesat berkembang di Dunia. Syarikat-syarikat baharu boleh menghentikan amalan-amalan tradisional untuk beradaptasi terhadap tingkah laku pengguna yang berubah, namun kita juga perlu menggalakkan inovasi yang bertanggungjwab yang dapat meningkatkan daya tarikan wilayah ini untuk generasi-generasi masa depan," kata Jens Thraenhart, Pengarah Eksekutif Pejabat Penyelarasan Pelancongan Mekong.

MIST ialah satu usaha sama antara Pejabat Penyelarasan Pelancongan Mekong dan Inisiatif Perniagaan Mekong. Ia memperoleh dana wilayah, khidmat nasihat dan sokongan teknikal daripada Asian Development Bank (ADB), Kerajaan Australia, Amadeus Next, Pacific Asia Travel Association, dan Village Capital. Ia diperakui oleh persatuan-persatuan usahawan muda dan kumpulan-kumpulan syarikat baharu di Kemboja, Lao PDR, Myanmar, dan Vietnam.

Latar Belakang Inisiatif Perniagaan Mekong (MBI) - MBI ialah satu kemudahan khidmat nasihat yang menggalakkan pembangunan sektor swasta di Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR), Myanmar, dan Vietnam. MBI memupuk pembangunan ekosistem inovasi dengan menyokong advokasi perniagaan, kewangan alternatif dan juga inovasi. Ia disokong oleh Asian Development Bank dan Kerajaan Australia. Di Facebook: MekongBusinessInitiative.

Latar Belakang Pejabat Penyelarasan Pelancongan Mekong (MTCO) -- Ditubuhkan pada awal tahun 2006, MTCO ialah satu usaha kolaboratif antara enam negara Subwilayah Mekong Besar (GMS). Matlamat MTCO adalah untuk membantu Organisasi-organisasi Pelancongan Kebangsaan GMS membangunkan dan mempromosikan Mekong sebagai satu destinasi pelancongan tunggal, menawarkan pelbagai produk subwilayah yang berkualiti dan berhasil tinggi yang dapat membantu mengagihkan faedah pelancongan dengan lebih meluas; menambah kepada usaha pembangunan pelancongan dalam setiap destinasi GMS; menyumbang kepada usaha pengurangan kemiskinan, kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita; selain mengurangkan sebarang impak buruk pelancongan menerusi pembangunan industri yang mampan. Di media sosial: @TourismMekong.

Source: Mekong Business Initiative
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Travel Corporate Expansion Joint ventures