omniture

G2A Lancar G2A Deal - Pek Permainan Ganjaran

G2A.com
2017-02-15 13:55 707

HONG KONG, 15 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pasaran permainan digital global G2A.COM melancarkan G2A Deal yang pertama seumpamanya, pek permainan video yang memberi ganjaran termasuk Lords of the Fallen, Syberia 1 and 2, Dirt 3, dan SUPERHOT, kesemuanya dengan harga langganan yang rendah. G2A Deal, disokong oleh pembangun G2A dan sistem sokongan penerbit G2A Direct, ialah program ganjaran serba baharu yang menyediakan himpunan permainan video popular terus daripada pembangun dan juga penerbit permainan video itu sendiri.

generated by system

G2A Deal ialah produk terbaharu daripada rangkaian produk G2A, yang telahpun memperkenalkan produk-produk seperti G2A PAY, platform pembayaran yang menawarkan lebih 200 jenis kaedah bayaran berbeza, dan G2A 3D, pasaran untuk barangan cetakan 3D. Sebagai sebahagian daripada progam ganjaran untuk pelanggan setia, G2A Deal menyasarkan untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati seleksi judul permainan yang begitu luas tanpa mengira bajet mereka. G2A akan melancarkan secara berkala G2A Deal baharu – setiap satunya dipenuhi dengan set judul berbeza yang dipilih sendiri terus daripada pembangun mahupun penerbit permainan video itu sendiri (tiada penjual pihak ketiga terlibat). G2A Deal akan turut menyediakan kod diskaun, dan lebih banyak ganjaran akan ditambah pada bulan-bulan akan datang.

G2A Deal pertama kini tersedia mulai Jumaat, 10 Februari dan merangkumi Lords of the Fallen daripada CI Games, Syberia 1 and 2 daripada Microïds, Dirt 3 daripada Codemasters, dan juga SUPERHOT daripada pasukan Superhot. Pelanggan boleh membeli G2A Deal dengan dua cara, sama ada melalui langganan atau pembelian sekali sahaja. Kunci akan tersedia serta merta selepas pembelian sebagai kod Steam dan tidak akan disekat mengikut kawasan. 

Untuk maklumat lanjut, dan harga sebenar, layari https://www.g2a.com/en/game-deals.

Sila hubungi pr@g2a.com untuk butiran lanjut.

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services