omniture

SweetRing: 60% Si Bujang Mahu Jatuh Cinta

Penjawat awam tersingkir, pemuda dalam sektor IT pilihan utama
Adakah bilangan rakan-rakan Facebook menjadi kriteria pemilihan pasangan?
SweetRing
2017-02-16 10:10 453

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Februari 2017 /PRNewswire/ - Dengan menjelangnya Hari Valentine hanya beberapa hari selepas berakhirnya cuti Tahun Baru Cina tahun ini, para bujang menghantar mesej yang jelas: mereka tidak lagi mahu membujang. Tinjauan terbaru yang dijalankan oleh SweetRing, aplikasi pencarian jodoh berorientasikan perkahwinan, mendedahkan bahawa trafik aplikasi pencarian jodoh mereka telah berkembang 60 peratus daripada tahun sebelumnya.

Menurut analisis senario janji temu di Malaysia, sebelum ini penjawat kerajaan ialah calon yang paling dicari untuk dijadikan pasangan hidup. Walau bagaimanapun, tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita berketurunan Cina di Malaysia paling menggemari pakar dan juruteknik IT sebagai pasangan hidup. Dari segi umur, ramai wanita kini mencari seorang lelaki yang lebih muda sebagai pasangan, manakala 62 peratus daripada lelaki berkata mereka sanggup berpacaran dengan wanita yang lebih tua. Yang ketara, buat pertama kali, bilangan rakan-rakan Facebook dianggap sebagai kriteria pemilihan pasangan. Lelaki yang mempunyai 300 hingga 500 rakan Facebook memberikan wanita rasa terjamin yang paling tinggi dan tanggapan yang lebih baik.

Tinjauan SweetRing mendapati bahawa wanita Cina di Malaysia tidak lagi mempertimbangkan "iron rice bowl" (pekerjaan yang berpendapatan tetap dan terjamin  seumur hidup) sebagai salah satu kriteria. Sebaliknya, pemuda yang berkepakaran IT menjadi pilihan utama disebabkan pembangunan baharu industri internet. Dari segi umur, kedua-dua lelaki dan wanita sanggup menerima keadaan di mana pasangan wanita yang lebih berumur daripada pasangan lelaki. Lelaki sanggup menerima wanita sehingga 4 tahun lebih tua, manakala wanita kini sanggup mempertimbangkan lelaki sehingga 6 tahun lebih muda. Selain pekerjaan dan umur, bintang bakal pasangan kini tersenarai dalam kriteria pemilihan. Lelaki lebih sukakan wanita berbintang Libra sebagai pasangan hidup, manakala wanita lebih menyenangi sifat lucu dan bijak pemuda Aries.

Source: SweetRing
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Social Media Survey, Polls & Research