omniture

Huawei dan The Pantone Color Institute [TM] Bekerjasama Teroka Bahasa Warna dalam Peranti Akan Datang

Huawei Consumer Business Group
2017-02-16 20:54 519

LONDON, Feb. 16, 2017 /PRNewswire/ --

Perkongsian bawa keindahan tiada tandingan kepada telefon pintar anda dan kebebasan sebenar ekspresi  

Dalam satu langkah untuk mendekatkan lagi dunia teknologi dan warna berbanding sebelum ini, Huawei Consumer Business Group dan The Pantone Color Institute telah bekerjasama untuk menampilkan trend warna terkini dalam pelancaran produk Huawei yang bakal tiba.

Dengan menggabungkan kepakaran lanjutan kejuruteraan dan industri seni pertukangan logam terkemuka Huawei dengan kepimpinan pemikiran warna yang berwibawa dan diyakini dan hala tuju The Pantone Color Institute, pengguna pasti tidak sabar menantikan kemunculan peranti yang lancar menyatukan inovasi perintis dengan keindahan yang menakjubkan.

Sebagai pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia, Huawei CBG bermula dengan penampilan sulungnya di senarai Jenama Interbrand Global Terbaik yang berprestij pada 2014 dan meningkat ke tempat 72 pada tahun 2016. Kerjasama dengan The Pantone Color Institute dijangka akan meneruskan kejayaan peranti baru-baru ini, termasuk Huawei P9 dan P9 Plus yang telah melebihi 10 juta penghantaran global di seluruh dunia.

The Pantone Color Institute bekerjasama dengan jenama di seluruh dunia untuk membantu mereka memanfaatkan kuasa, psikologi dan emosi warna dalam strategi reka bentuk mereka. Satu destinasi yang unik untuk warna,The Pantone Color Institute meramalkan arah tuju warna pada masa hadapan, memperlihatkan bagaimana warna mempengaruhi emosi manusia melalui trend ramalan bermusim, penciptaan warna tersuai dan ulasan sosial,termasuk Warna Tahunan PANTONE.

Menerusi kerjasama menarik dengan Huawei ini,The Pantone Color Institute akan terus meneroka bahasa warna untuk membawakan warna paling menarik dan gabungan warna terkini ke telapak tangan pelanggan Huawei.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group berkata, "Sebagai syarikat yang berwibawa dan terkemuka di dunia dalam kepakaran warna, kami amat teruja untuk bekerja dengan The Pantone Color Institute dalam membangunkan rangkaian produk kami untukmembawakan pelanggan kami trend terkini. Di Huawei, kami amat yakin akan kuasa kebijaksanaan kolektif dan kolaborasi, dan perkongsian ini akan membolehkan para pengguna lebih mengekspresi diri mereka dengan jelas melalui bahasa warna yang sejagat. "

Laurie Pressman, Naib Presiden The Pantone Color Institute menambah, "Dengan pengguna yang semakin selesa menggunakan warna sebagai satu bentuk ekspresi diri, kita melihat lebih banyak eksperimentasi dan penggunaan kreatif warna. Warna adalah sesungguhnya satu medium di manapara individu boleh mengekspresi diri kepada dunia di sekeliling mereka. Huawei mengiktiraf dinamik pengguna yang sentiasa berubah ini dan menerusi perkongsian kami, kami tidak sabar untuk menyediakan pelanggan Huawei dengan keupayaan untuk membuat penyataan warna yang berani."

Maklumat lanjut dan maklumat tentang kerjasama antara Huawei dan The Pantone Color Institute akan diumumkan pada sidang akhbar Huawei CBG yang akan berlangsung di Kongres Dunia Mudah Alih, Barcelona, pada hari Ahad 26 Februari.

Latar Belakang Huawei Consumer Business Group  

Produk dan perkhidmatan Huawei boleh didapati di lebih 170 buah negara dan digunakan oleh satu pertiga daripada penduduk dunia,di tempat ketiga di dunia dalam penghantaran telefon mudah alih pada tahun 2014. Enam belas pusat R&D telah ditubuhkan di Amerika Syarikat,Jerman,Sweden,Rusia,India dan China. Huawei Consumer Business Group adalah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan merangkumi telefon pintar, peranti jalur lebar mudah alih, peranti kediaman dan perkhidmatan awan. Rangkaian global Huawei dibina atas 20 tahun kepakaran dalam industri telekom dan khusus untuk menyampaikan kemajuan teknologi terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://consumer.huawei.com

Untuk kemaskini terkini mengenai Huawei Consumer BG,ikuti kami di:

Twitter https://twitter.com/huaweimobile

Instagram https://www.instagram.com/huaweimobile

Facebook https://www.facebook.com/huaweimobile

YouTube https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo

Google+ https://plus.google.com/+HuaweiMobile

LinkedIn https://www.linkedin.com/company/huawei-consumer-business-group

Latar Belakang Pantone dan The Pantone Color Institute  

PANTONE®, anak syarikat milik penuh X-Rite, Incorporated, ialah syarikat berwibawa dalam bidang warna dan pembekal piawaian warna profesional untuk industri reka bentuk. Hari ini bahasa warna universal Pantone ini digunakan oleh 100 juta profesional reka bentuk di seluruh dunia untuk mengakses trend warna, berkomunikasi tentang pilihan warna dan mengawal keseragaman warna di setiap permukaan yang dapat dibayangkan, tekstur, bahan dan kemasan.

Menerusi The Pantone Color Institute, Pantone terus meramal arah tuju warna masa hadapan dan mengkaji bagaimana warna mempengaruhi proses pemikiran manusia, emosi dan tindak balas fizikal. Pantone melanjutkan lagi komitmennya untuk menyediakan para profesional dengan lebih pemahaman tentang warna dan untuk membantu mereka menggunakan warna dengan lebih efektif. Sentiasa merupakan sumber inspirasi warna, Pantone juga menawarkan produk dan perkhidmatan yang berinspirasikan pereka untuk pengguna. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.pantone.com. Untuk berita terkini, trend, maklumat dan perbualan,berhubung dengan Pantone di Instagram, FacebookTwitter, dan Pinterest.

Hubungi:
Hannah Moseley,
Hannah.moseley@hkstrategies.com,
+44(0)20-7413-3205

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements New products/services