omniture

Jentera Pelabuhan SANY Tangani Masalah Pelepasan Kastam yang Lama Berlarutan di Maldives

SANY
2017-02-17 11:53 744

MALE, Maldives, 17 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pelepasan kastam yang tidak cekap di Pelabuhan Male, Maldives dan kenaikan harga barang kesan daripada masalah itu sentiasa menghantui negara ini, sehinggalah kemunculan peralatan pelabuhan SANY. "Tiada sebab untuk tidak menurunkan harga barang (sekarang)," janji Presiden Maldives Abdulla Yameen kepada orang awam.

Jentera penyusun SANY memunggah kontena di Pelabuhan Male di Maldives
Jentera penyusun SANY memunggah kontena di Pelabuhan Male di Maldives

Komitmen Presiden sama sekali bukanlah suatu yang tidak beliau tunaikan. Sejumlah 12 set jentera pelabuhan, termasuk jentera penyusun, pengendali kontena dan trak forklift, dibeli oleh Kerajaan Maldives daripada SANY India, sebuah subsidiari SANY yang berpangkalan di India pada November lepas.

Setakat ini, kecekapan memunggah kontena menunjukkan peningkatan yang tinggi. Setiap kapal pengangkut hanya menunggu selama tiga hari sebelum kontena dipunggah dalam masa hanya 18 jam. Pelepasan kontena setiap hari kini meningkat sehingga 250, dua kali ganda berbanding jumlah terdahulu. Oleh yang demikian, bayaran agensi pelepasan kapal pengangkut dan pelanggan yang telah lama berlarutan dijangka akan dikurangkan kepada kadar yang lebih munasabah.

"Maldives ialah pasaran baru muncul yang akan lebih diteroka oleh SANY tidak lama lagi," kata Deepark Garg, Ketua Pegawai Eksekutif SANY India. Setakat ini, lebih 50 unit jentera SANY telah digunakan dalam pembinaan lapangan terbang, jalan raya, jambatan dan juga pelabuhan di Maldives, dengan rangkaian jualan dan perkhidmatannya telahpun bertapak kukuh di lokasi tersebut.

Latar Belakang SANY

SANY Group (SANY) ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, selain segmen perniagaan syarikat ini meliputi lebih 150 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Hubungi:
Rebecca Zhou
(+86) 010-60737480
zhouyy5@sanygroup.cn

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170216/0861701214 

Source: SANY
Keywords: Auto Banking/Financial Service Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services