omniture

Pelancaran DealShaker Bakal Bentuk Semula Industri E-Dagang

OneLife Network
2017-02-17 17:08 751

SOFIA, Bulgaria, 17 Februari 2017/PRNewswire/ --

Salah satu rangkaian jualan langsung terbesar di dunia, OneLife Network, bersiap sedia menetapkan semula piawaian industri menerusi pelancaran versi rintis platform e-dagang baharunya - DealShaker. Platform pengiklanan baharu ini, yang dilancarkan secara rasmi pada 16 Februari, ialah yang pertama seumpamanya bagi membolehkan pengguna menerima mata wang kripto OneCoin (ONE) sebagai kaedah pembayaran untuk produk dan perkhidmatan. Bahagian membeli belah pada platform ini ialah fasa projek yang paling dinanti-nantikan, selepas pendaftaran awal peniaga dan produk/perkhidmatan bermula pada Januari 2017.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform peniaga DealShaker 

Dengan menyertai DealShaker, kesemua pengguna berdaftar bukan sahaja dapat menjadi sebahagian daripada OneLife Network global, bahkan turut mendapat akses kepada jutaan rangkaian pengguna, membolehkan sesiapa sahaja mengiklankan perniagaan dan produk mereka ke pasaran global dan juga sebahagian besar kumpulan bakal pelanggan yang lebih luas. Objektif platform ini adalah untuk membolehkan promosi tawaran pelanggan-kepada-pelanggan dan perniagaan-kepada-pelanggan dibuat dengan gabungan harga antara OneCoins (ONE) dan tunai. Pengguna berpeluang menyemak melalui seleksi tawaran yang luas, termasuk hiburan dan hobi, pengembaraan, kesihatan dan khidmat peribadi, makanan dan minuman, aksesori, hiasan, perkakasan dan banyak lagi.

Ia memberi peluang unik kepada semua pengguna untuk memanfaatkan potensi yang belum diteroka dalam pasaran yang baru diperkenalkan, menawarkan model harga tersendiri, eksklusif untuk OneLife Network, dan turut memperluas capaian mereka, meningkatkan keterlihatan dan memperoleh pendapatan tambahan dengan menawarkan produk serta perkhidmatan mereka kepada berjuta-juta bakal pembeli.

Apa itu OneCoin? 

Mata wang lain yang digunakan untuk membuat pembayaran melalui DealShaker, selain wang tunai (EUR), ialah OneCoin. Ia merupakan mata wang digital berpusat, berasaskan kriptografi dan dicipta menerusi satu proses dikenali sebagai 'perlombongan'. Sama seperti nombor bersiri pada wang kertas, setiap duit syiling digital adalah unik. Menerusi jutaan pelombong, OneCoin serta merta menjadi salah satu mata wang kripto yang paling terkenal di dunia.

Apa itu OneLife Network? 

OneLife Network ialah sebuah syarikat jualan langsung, yang memberi akses terhadap pelbagai portfolio produk dan perkhidmatan, yang bermatlamat untuk menambah nilai individu dan sosial kepada kehidupan ahli-ahlinya selain memberi peluang untuk perkembangan profesional dan peribadi. Kini, OLN mempunyai ahli-ahli berdaftar hampir di setiap negara di dunia dan berada di 6 benua.

Source: OneLife Network
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Web Site New products/services