omniture

Huawei Umum Perkongsian Antarabangsa Dengan Saatchi Gallery Terkenal Dunia

Huawei Consumer Business Group
2017-02-17 17:17 507

- Perkongsian bakal menakrif semula fotografi potret menerusi lensa Huawei P10, dilancar pada 26 Februari 

LONDON, 17 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengumumkan satu perkongsian antarabangsa dengan Saatchi Gallery yang terkenal di dunia. Menerusi pengenalan telefon pintar Huawei P10 baharu pada 26 Februari ini, Huawei akan menakrifkan semula fotografi potret menerusi teknologi dan reka bentuk, dan bersama-sama Saatchi Gallery dan rakan kongsi sedia ada Leica Camera, ia akan terus meneroka bidang ini menerusi lensa Huawei P10 baharu.

Diiktiraf kerana pendekatan rintis terhadap seni kontemporari, Saatchi Gallery telah melancarkan platform untuk ramai artis paling berpengaruh pada masa kini, termasuk Tracey Emin, Damien Hirst dan Jeff Koons. Menumpu perhatiannya terhadap perubahan dalam seni pemotretan, perkongsian ini akan meneroka gabungan antara budaya dan teknologi, untuk mendayakan penafsiran semula fotografi potret kontemporari.

Saatchi Gallery dan Leica Camera telah menugaskan tujuh jurugambar terkemuka untuk menggunakan Huawei P10 bagi meneroka naratif baharu ini mengikut gaya unik mereka sendiri, menerusi interpretasi mereka terhadap dunia di sekeliling mereka menggunakan kamera dwilensa inovatif pada telefon pintar itu. Hasil kerja eksklusif ini akan diperkenal buat julung kali dalam satu pameran khas di Kongres Dunia Mudah Alih, Barcelona, mulai 26 Februari – 2 Mac 2017, membawakan hasil seni baharu ke MWC buat julung kalinya.

Sebagai pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia, Huawei Consumer Business Group dimasukkan buat julung kali dalam senarai Jenama Global Terbaik Interbrand berprestij pada tahun 2014 dan mendaki anak tangga ke kedudukan 72 pada tahun 2016. Perkongsian bersama Saatchi Gallery dan rakan kongsi sedia ada Leica Camera, dilihat bakal meneruskan kejayaan peranti-peranti terbaru, termasuk Huawei P9 dan P9 Plus yang telah mencatat jualan global melebihi 10 juta di seluruh dunia.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group, berkata: "Di Huawei, kami sentiasa ingin menerobos sempadan perkara yang boleh dicapai menerusi kejuruteraan dan teknologi. Kami berbesar hati dapat meraikan dan meneroka pertembungan antara teknologi dan budaya, dengan Saatchi Gallery dan Leica serta berkongsi interpretasi fotografi potret kontemporari menerusi lensa Huawei P10."

Nigel Hurst, Pengarah Galeri & Ketua Eksekutif Saatchi Gallery, menambah: "Teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam hasil kerja para artis, jurugambar profesional dan juga peminat. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Huawei untuk meneroka kemungkinan baharu menerusi bidang fotografi. Kami berharap dapat memperkenalkan interpretasi tersendiri jurugambar yang terkenal dari segi kemungkinan nilai estetika baharu dengan membawakan pelbagai pendekatan mereka terhadap seni pemotretan kontemporari di peringkat antarabangsa."

"Dengan menggabungkan kepakaran rekaan industri termaju Huawei dan gaya fotografi terkenal Leica Camera dengan pendekatan rintis Saatchi Gallery terhadap seni kontemporari, kami memanfaatkan peluang untuk meneroka kemungkinan kreatif dan estetika baharu," ulas Karin Rehn-Kaufmann, Pengarah Seni & Ketua Perwakilan, Leica Galleries International. "Huawei P10 memberikan golongan berminda artistik dengan alat untuk mengekspresikan daya kreativiti mereka dan menakrif semula bidang fotografi potret menerusi telefon pintar, selain membantu mempengaruhi dan menginspirasi peminat fotografi generasi baharu."

Latar Belakang Huawei Consumer Business Group 

Produk dan perkhidmatan Huawei boleh didapati di lebih 170 negara dan digunakan oleh satu pertiga daripada penduduk dunia, menduduki tempat ketiga di peringkat dunia bagi penghantaran telefon mudah alih pada tahun 2014. Enam belas pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) ditubuhkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Huawei Consumer Business Group ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan merangkumi telefon pintar, peranti jalur lebar mudah alih, peranti kediaman dan perkhidmatan awan. Rangkaian global Huawei dibangunkan menerusi 20 tahun kepakaran dalam industri telekomunikasi dan dikhususkan untuk menyediakan kemajuan teknologi terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://consumer.huawei.com

Bagi mendapatkan maklumat terkini secara berkala tentang Huawei Consumer BG, ikuti kami melalui:

Twitter https://twitter.com/huaweimobile

Instagram https://www.instagram.com/huaweimobile

Facebook https://www.facebook.com/huaweimobile

YouTube https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo

Google+ https://plus.google.com/+HuaweiMobile

LinkedIn https://www.linkedin.com/company/huawei-consumer-business-group

Latar Belakang Leica Camera 

Leica Camera AG ialah pengeluar kamera dan produk optik sukan premium yang beroperasi di peringkat antarabangsa. Status legenda jenama Leica diasaskan menerusi penghasilan kanta daripada syarikat yang telah lama bertapak ini. Menerusi gabungan teknologi yang inovatif, Leica menjadi penyedia untuk imej yang lebih baik dalam semua aspek melibatkan penglihatan serta persepsi. Leica Camera AG mempunyai ibu pejabat di Wetzlar di negeri Hesse, Jerman, manakala tapak pengeluaran kedua berada di Vila Nova de Famalicão, Portugal. Syarikat ini diwakili di seluruh dunia menerusi  pejabat-pejabat cawangan di Australia, China, England, Perancis, Itali, Jepun, Switzerland, Singapura, Korea Selatan, juga AS. Produk-produk baharu dan inovatif telah mendorong kemajuan positif terkini syarikat ini.

Latar Belakang Saatchi Gallery 

Saatchi Gallery diasaskan pada tahun 1985 bagi menyediakan platform inovatif untuk membawakan seni kontemporari kepada audiens seluas yang mungkin dan menjadikannya mudah diakses.

Sejak lima tahun lalu, Saatchi Gallery telah menganjurkan 15 daripada 20 pameran terkemuka yang paling banyak dikunjungi di London, menurut tinjauan tahunan oleh The Art Newspaper berhubung kehadiran muzium antarabangsa dan turut disenaraikan antara lima muzium terbaik yang paling digemari di dunia menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan Google+. Kemasukan ke semua pameran Saatchi Gallery adalah percuma.

http://www.saatchigallery.com

Hannah Moseley, Hannah.moseley@hkstrategies.com +44(0)20-7413-3205

Sumber: Huawei Consumer Business Group

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts