omniture

Kepercayaan dan Penjagaan Kesihatan: T.B. Joshua Biayai Pembedahan Kerongkong Kanak-kanak Lelaki

Emmanuel TV
2017-02-17 23:16 699

LAGOS, Nigeria, 17 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Matlamat Pembangunan Lestari 3 PBB, yang menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan untuk semua, membantu mengimbangi peruntukan untuk penjagaan kesihatan dan pembiayaan kesihatan, selain menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh rakyat marhaen. Kerumitan dari segi akses dan pembiayaan terhadap penjagaan kesihatan jelas terlihat menerusi pengalaman hidup yang menyayat hari seorang anak yatim Nigeria berusia 13 tahun bernama Praise Sunday dalam satu khidmat gereja pada hari Ahad, 12 Februari 2017 lalu, di The Synagogue, Church Of All Nations (SCOAN), Lagos, Nigeria.  

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Dalam satu kejadian rompakan bersenjata pada 8 Mei 2016, Praise Sunday kehilangan ibu dan kakaknya dengan begitu tragis. Sepanjang tempoh yang perit ini, kanak-kanak lelaki ini, yang kehilangan bapa beberapa tahun sebelumnya, mengalami kecederaan yang mengancam nyawanya pada bahagian kerongkongnya.

Praise dan ahli-ahli keluarga luasnya mencari bantuan perubatan di seluruh Nigeria, kehabisan sumber kewangan mereka sewaktu beliau menjalani tujuh pembedahan. Dibiarkan dengan tiub trakeostomi di bahagian kerongkong beliau yang membolehkan beliau bernafas, beliau sama sekali tidak dapat bercakap dan berkomunikasi hanya melalui tulisan. Pada September 2016, mereka memohon bantuan di The SCOAN, sebuah institusi keagamaan yang terkenal dengan kerja-kerja amal yang cukup luas. Ketua Penyelia, T.B. Joshua, menerusi cabang kemanusiaan organisasi berasaskan agama beliau, membiayai prosedur kesihatan yang rumit dan kompleks, dijalankan di Life Vincent Pallotti Hospital, Cape Town, Afrika Selatan.

Pakar-pakar, Dr Martin Vanlierde dan Profesor Mark De Groot, menjalankan pembedahan pembetulan bagi memulihkan keupayaan Praise untuk bernafas dan bertutur semula seperti biasa. Prosedur tersebut berjaya dan pemulihan segera beliau melangkaui jangkaan. Jumlah kos perbelanjaan perjalanan Praise, kebajikan dan bil perubatan adalah sebanyak US$50,000 – semuanya dibiayai oleh organisasi berasaskan agama T.B. Joshua.

Semasa satu siaran langsung berkenaan kisah beliau di Emmanuel TV, T.B. Joshua bercakap kepada ahli jemaah, menggalakkan para pemimpin agama dan juga doktor-doktor perubatan untuk berganding baharu demi menangani kesulitan masyarakat, berhubung akses terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan pada masa kini. Beliau berkata: "Sekiranya hamba Tuhan dan doktor berganding bahu, tiada hadnya dalam perkara yang mampu dicapai. Ubat-ubatan yang digunakan oleh doktor-doktor diperoleh daripada alam semula jadi dan Tuhan kita ialah Tuhan kepada alam semula jadi."

Terdahulu, SCOAN pernah membiayai perjalanan perubatan lain, termasuk untuk seorang polis Nigeria yang menerima lebih $25,000 untuk diterbangkan ke India bagi menjalani prosedur perubatan yang rumit bagi memulihkan kerosakan pada sistem saluran kencing beliau setelah beliau ditembak oleh lelaki bersenjata semasa waktu bertugas.

Menerusi usaha kolaboratif mereka, organisasi-organisasi berasaskan agama, seperti The SCOAN, yang membantu mengubah pengalaman pahit seorang kanak-kanak lelaki menjadi sebuah kisah penuh inspirasi, dapat meningkatkan sebahagian besar akses terhadap penjagaan kesihatan dan pembiayaannya.

Sumber: Emmanuel TV

Source: Emmanuel TV
Related Links:
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Television Children-related news Not for profit Religion