omniture

DediProg Technology Perkenal Siri Penuh Pengatur Cara Storan Kilat Sejagat (UFS) dan Penyelesaian Pengeluaran Besar-besaran

DediProg Technology
2017-02-21 10:00 975

TAIPEI, Taiwan, 21 Februari 2017 /PRNewswire/ -- DediProg Technology, penyedia utama bagi pengaturcara IC kejuruteraan dan automatik, memperkenalkan pengatur cara Storan Kilat Sejagat (UFS) bagi tujuan kejuruteraan dan pengeluaran besar-besaran dalam jumlah yang tinggi. NuProg-E, NuProg-F8, dan DP3500 baharu melengkapi reka bentuk dan penggunaan sistem UFS, khususnya dalam bidang penyelidikan & pembangunan (R&D), pengesahan produk, serta pengeluaran berskala kecil dan berjumlah tinggi.

NuProg-E Engineering UFS/eMMC Programmer
NuProg-E Engineering UFS/eMMC Programmer

NuProg-E dilancarkan pada awal tahun 2016 dan merupakan pengatur cara UFS Pertama yang dapat mengakses UFS terbenam dan kad UFS boleh tanggal. Pembangun memerlukan alat-alat ini bagi membangunkan dan mengoptimumkan platform mudah alih demi mengekalkan kelajuan akses memori yang lebih tinggi, penggunaan kuasa yang rendah dan kepadatan storan yang lebih besar. Platform NuProg-E telah ditingkatkan menjadi pengatur cara geng dan disepadukan ke dalam pengelola automatik, DP3500 bagi menjamin penduaan UFS berjumlah tinggi untuk pengeluaran telefon pintar.

DP3500 eMMC/UFS Automated Programming and Duplication system
DP3500 eMMC/UFS Automated Programming and Duplication system

"Telefon pintar, video resolusi Tinggi, realiti maya (VR) 3D dan alat canggih terkini telah mendorong keperluan terhadap peranti UFS dan meningkatkan tahap kerumitan rekaan dan pembuatan," kata Chong Tsao, Ketua Pegawai Eksekutif DediProg. "DediProg menyediakan penyelesaian andal dalam pengaturcaraan UFS dan akan terus menginovasi teknologi UFS."

"Siri NuProg menyokong rangkaian penuh peranti UFS yang terdapat dalam pasaran dan dapat menangani cabaran pengeluaran. Ia menyediakan pengaturcaraan UFS berkualiti tinggi dan meningkatkan kecekapan pembuatan dengan GIGABAIT data dipramuat dan bukannya Pengaturcaraan-Dalam-Sistem (ISP)," kata Jerry Wu, Penolong Naib Presiden, HTC Manufacturing Engineering.

Platform NuProg menyokong piawaian UFS2.0, UFS2.1, eMMC dan eMCP, memberikan kelajuan pengaturcaraan yang tinggi, kelajuan menulis sehingga 50 MBait/saat, dan kelajuan membaca 100 MBait/saat. Ia mampu mengakses konfigurasi UFS dan tetapan lanjutan seperti Deskriptor, Atribut, LUN dan Bendera. Dediprog bekerjasama erat bersama para pengeluar semikonduktor UFS termasuk Samsung Semiconductor, SK Hynix, Toshiba dan lain-lain bagi memastikan kesemua algoritma disokong dan diuji demi memenuhi spesifikasi produk individu.

Direka untuk memudahkan proses pengeluaran dan pengendalian, pengatur cara geng UFS, NuProg-F8, menyokong 8 soket hamba berserta 1 soket induk yang mempunyai pengatur cara dan pendua. Pengelola pengaturcaraan automatik DP3500 boleh memasang 6 unit NuProg-F8 dan mencapai sehingga 48 tapak demi memaksimumkan daya pemprosesan pengeluaran.

NuProg-F8 UFS/eMMC Gang Programmer and Duplicator
NuProg-F8 UFS/eMMC Gang Programmer and Duplicator

Latar Belakang DediProg Technology

DediProg mereka dan mencipta penyelesaian pengaturcaraan IC untuk pelbagai jenis kilat, Pengawal Mikro dan peranti boleh diatur cara yang lain, serta menawarkan peralatan pengaturcaraan automatik berkecekapan tinggi bagi mendayakan reka bentuk dan pembuatan produk elektronik untuk pasaran automotif, perubatan, tanpa-wayar, barangan elektronik pengguna dan juga aeroangkasa.

Hubungi:

LiChong Tai
Naib Presiden
+886-2-2790-7932
lc.tai@dediprog.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170213/8521700822-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170213/8521700822-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170213/8521700822-c 

Source: DediProg Technology
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components New products/services