omniture

Produk QuickPass mudah alih UnionPay diperkenal julung kali di Hong Kong

UnionPay International
2017-02-23 17:47 564

HONG KONG, 23 Februari 2017 /PRNewswire/ -- UnionPay telah mencapai kemajuan baharu dalam usaha melancarkan QuickPass mudah alih ke seluruh dunia. Ekoran pengeluaran produk QuickPass mudah alih UnionPay HCE di Macau dan Korea Selatan, UnionPay International kini bekerjasama dengan Bank of China (Hong Kong) bagi menawarkan produk QuickPass mudah alih UnionPay buat julung kalinya di Hong Kong. Para pemegang kad kini berpeluang menikmati perkhidmatan pembayaran mudah alih rentas sempadan yang pantas, mudah dan selamat melalui terminal-terminal QuickPass UnionPay di serata dunia dengan Apple Pay.

QuickPass mudah alih UnionPay turut menyokong kaedah pembayaran luar talian menggunakan telefon pintar, peranti boleh pakai dan kad cip UnionPay selain pembayaran mudah alih dalam talian. Di luar tanah besar China, lebih 400,000 terminal POS di Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Kanada, Australia dan UAE menerima QuickPass mudah alih. Sementara itu, UnionPay International mengeluarkan produk UnionPay International di Timur Laut Asia dan Asia Tenggara, bagi menawarkan perkhidmatan pembayaran yang mudah dan selamat kepada penduduk setempat.

Hong Kong ialah pasaran yang biasa menerima penggunaan kad UnionPay. Sebanyak 16 juta kad UnionPay telah dikeluarkan secara akumulatif, dan ini bermakna setiap penduduk Hong Kong mempunyai 2 kad UnionPay secara purata. Kira-kira 20,000 terminal POS dalam pasaran menerima QuickPass mudah alih, dan ini merangkumi peniaga seperti SOGO, 7-11, Mannings dan Tsui Wah Restaurant.

Selain menikmati perkhidmatan di Hong Kong, para pemegang kad kredit dwi-mata wang BOC UnionPay juga dapat memperoleh pengalaman rentas sempadan yang belum pernah berlaku sebelum ini di semua terminal QuickPass mudah alih UnionPay di serata dunia dengan Apple Pay. Di tanah besar China khususnya, lebih 10 juta terminal yang terdapat dalam peniaga seperti KFC, McDonald's, Watsons, Starbucks, dan FamilyMart, menerima QuickPass mudah alih. QuickPass mudah alih juga tersedia dalam aplikasi mudah alih Ctrip, China Eastern Airlines, 360buy.com dan dianping.com, dll.

QuickPass mudah alih juga selamat digunakan memandangkan ia menyediakan pelbagai langkah keselamatan termasuk kod keselamatan dinamik dan token pembayaran demi menjamin keselamatan pembayaran. Nombor kad sebenar tidak dipaparkan ketika membuat pembayaran dan maklumat urus niaga disimpan dalam rangkaian pengeluar dan UnionPay.

Data terkini menunjukkan jumlah urus niaga QuickPass mudah alih dalam pasaran di luar tanah besar China meningkat kira-kira 5 kali ganda pada tahun 2016. Kini, Australia ialah pasaran luar negara yang mempunyai jumlah terminal POS tertinggi yang menerima QuickPass mudah alih. Di Macau, "UnionPay" ialah jenama kad bank antarabangsa yang paling kerap digunakan bagi pembayaran tanpa sentuh. Doota Mall, GS25 Convenience Store, Watsons dan GongCha di Korea Selatan dan Kamalan Bus, Taipei Leechi, serta KingStone Bookstore di Taiwan kesemuanya menerima QuickPass mudah alih.

Hubungi:

Hou Lingwei 
+86-21-2026-5843 
houlingwei@unionpayintl.com

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services